Friday, September 8, 2017

Sudah Sampai Sini : Endau, Mersing dan pantai-pantainya...

Cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah yang lalu.


Selama ni hanya lalu. Tak pernah singgah. Kali pertama pusing-pusing pekan Endau dan makan. (maaf..gambar makan tak ambik...perut lapar lebih diutamakan daripada bergambar πŸ˜€)


Seberang jambatan dah masuk negeri Pahang. Maklumlah sempadan. Sempat juga makan di Dataran Kuala Rompin. (maaf sekali lagi...gambar makan tak ambik...perut lapar sekali lagi lebih diutamakan πŸ˜€ πŸ˜€ )

Antara pantai yang berdekatan. Pantai Pasir Lanun. Dari dulu rasa teruja dengan namanya. Kawasannya agak terpencil. Kalau musim hujan memang jahanam la kereta berlecak. Jalan nak masuknya jalan kebun. Tak ada tar.

 Pantai Penyabong. Berdekatan dengan tempat bermalam (Teluk Penyabung Resort - Heavenly Bay Garden). Maaf juga tak ada gambar, penulis terleka menonton acara gimrama Sukan Sea sampai terlupa nak ambil gambar πŸ˜€...

Kat sini ada gerai-gerai makanan laut. Boleh juga beli hasil tangkapan laut dari nelayan. Nak sewa bot ronda-ronda pulau berdekatan pun boleh.

 Ini pula Pantai Teluk Gorek. Tak jauh dari Pantai Air Papan. Air Papan dah komersil sangat. Lalu sahaja malas dah nak menyinggah. Teluk Gorek masih belum membangun. Orang pun tak ramai.


Ok...sekian sahaja sudah sampai sini edisi bercanda di tepian pantai. Terimakasih.





8 comments:

  1. Nama je org johor aku ni.endau pun tak penah sampai lagi..heheh

    ReplyDelete
  2. wow cantik tempatnya.. best tu jeti mancing situ haha

    ReplyDelete
  3. Superb foto foto semua nya. Di pantai tu ada tak tempat untuk bermalam?

    ReplyDelete
  4. My favourite too. Still looking for fairly price first album vanishing vision. The only album that still missing from my collection. Others all great and remarkable albums.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X japan ni memang susah nak cari harga yang mampu milik...

      Delete