Monday, October 2, 2017

Falling Into Infinity

Sempena ulang tahunnya yang ke 20 (23hb Sep) dan kedatangan Dream Theater ke Malaysia pada hari ini (2hb Oktober).


Dream Theater - Falling Into Infinity (1997)

Dah pernah buat entri pasal album ni 7 tahun yang lalu. Kalau rajin nak baca sila klik >SINI<

Kalau 7 tahun dulu penulis katakan yang agak susah juga nak hadam muzik Dream Theater, nampaknya sehingga hari masih juga dengan perasaan yang sama. Salah sendiri kot. Sejak entri tersebut ditulis, penulis memang tidak betul-betul mendalami muzik Dream Theater. Cd mereka yang bertambah dalam koleksi pun hanya sekadar "upgrade" Images & Words ke cd dan 2 cd album cover mereka "The Number Of The Beast" dan "Master Of  Puppets". Makanya memang tak layak la nak bercerita perihal Dream Theater.



Bagi penulis ini adalah album mereka yang paling mudah nak hadam. Album yang agak komersial. "You Not Me" siap guna khidmat Desmond Child. Lagu-lagu perlahannya memang mudah menangkap. Mungkin untuk siapa-siapa yang nak bermula, ini adalah tempat sepatutnya. Kira album pemanas badan. Tetapi selera manusia berlainan. Mungkin ada yang tak suka, malah Mike Portnoy sendiri pun kurang gemar dengan album ini.

Kepada mereka-mereka yang turun ke KLCC Plenary Hall malam ini...selamat berhibur...



8 comments:

  1. Mlm ni eh DT main aku pun tak perasan.yela pasal tak prgi..heheh

    ReplyDelete
  2. Try dgr train of thought bang. Itu y senang nak hadam mcm dgr metallica ja. :-D

    ReplyDelete
  3. Dream theater last two or three album aku tak tahu langsung. Last aku tahu dan dengar is systematic chaos ke hapa tu

    ReplyDelete
  4. kalo tak disebabkan aku sakit darah tinggi, aku pegi konsert DT ni semalam. Apakan daya, Allah bagi ujian sikit supaya sedar hari di atas dunia ini are numbered. hehehe. MMmmm... Mr. Big nnt pegi tak, bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesihatan lebih utama...hehe...

      Mr Big pun tak pergi...susah juga dah tua2 ni nak berkonsert...banyak komitment nak kena jaga...haha...

      Delete
  5. aku kira love/hate DT ni... certain album aku layan, certain album tak masuk~

    ReplyDelete
  6. As usual, first 3 studio album mmg favourite. Lain lain beli tapi kurang dengar dah. Beli untuk display. Apart 3 album tu, EP A change of seasons definitely and last album yg aku repeatedly dgr dari first hingga last track. Falling into Infinity is not my favourites and a point where I started losing interest.

    ReplyDelete