Saturday, April 21, 2018

Savage Amusement

Sempena 30 tahun pada 14hb April yang lalu...


Scorpions - Savage Amusement (1988)

Satu lagi album yang banyak kenangan. Tahun 1987, 1988 dan 1990 adalah tahun-tahun kemaruk saya dengan muzik rock. Sudah semestinya album-album dari tahun-tahun tersebut banyak yang meninggalkan kenangan dan sangat diminati.

Bagi generasi seperti saya yang mula kenal Scorpions ketika zaman pertengahan 80an, Scorpions kami adalah zaman Matthias Jabs. Untuk saya sendiri, album seperti Blackout (1982), Love At A First Sting (1984), World Wide Live (1985) dan Savage Amusement adalah antara pengenalan saya kepada muzik rock. Tetapi yang paling banyak kenangannya sudah semestinya Savage Amusement.


Walaupun Scorpions meletup dengan Wind Of Change ketika album Crazy World (1990). Tetapi kemuncak Scorpions untuk saya adalah Savage Amusement. Ketika zaman Wind Of Change selera muzik saya sudah lebih terarah kepada yang lebih ekstrim. Tak kisahlah walaupun ada yang kata Savage Amusement terlampau komersial dan glam metal. Tetapi, inilah muzik yang saya gemari pada ketika itu.

Savage Amusement agak underated. Tapi memang semua lagunya sedap. Produksi pun tip top. Soundnya mengingatkan saya kepada Hysteria dari Def Leppard. Ini adalah antara kasetnya yang naik lunyai hari-hari di pasang. Ianya juga menjadi lagu latar ketika majlis perpisahan kelas 5 Sains 1 di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. ­čśü



"We Let It Rock... You Let It Roll"

*aisey....versi piring hitam on the way...tak sempat nak riak formatwi...haha







2 comments:

  1. Aku pun tgh cari lp ni jugak..haha.semua riak tunjuk album ni dalam grup

    ReplyDelete