Thursday, March 7, 2019

No Sacrifice, No Victory

Yang dah 10 tahun pada 20hb Februari yang lalu....


HammerFall - No Sacrifice, No Victory (2009)

Ada sedikit perasaan “softspot” kepada mereka. Hammerfall dan Rhapsody adalah antara 2 band yang membuatkan saya kembali mendengar dan membeli muzik metal selepas sedikit “lost” pada penghujung tahun-tahun 90an.

Mereka adalah antara yang paling aktif menghasilkan album. Ini album mereka yang ketujuh. Satu masalah yang sering dihadapi oleh band-band power metal adalah untuk mengekalkan momentum setelah mereka menghasilkan album-album yang boleh dikatakan sebagai mencapai kemuncak kerjaya mereka.

Selepas Glory to the Brave (1997) dan Legacy of Kings (1998), dan mungkin juga Renegade (2000). Agak sukar juga untuk mereka mengekalkan formula muzik mereka tanpa membuatkan pendengar menjadi jemu. Bagi pendengar casual. Muzik mereka pastinya akan berbunyi seolah-olah sama. Tiada perubahan.


Sebenarnya inilah masalah untuk semua band yang berkonsepkan sebegini. Lagu-lagunya memang kedengaran catchy dan mungkin juga ada yang kata cheesy. Tetapi untuk ianya melekat dalam kepala agak payah juga. Jenis bila dengar rasa ok. Tetapi bila habis, tiada satu lagu pun yang boleh teringat dalam kepala.

Begitu juga dengan No Sacrifice, No Victory. Lagu-lagunya memang sedap. Melodi dan Rif yang sangat catchy. Tetapi ia memerlukan pendengaran yang berulang-ulang kali.

Hanya untuk die-hard HammerFall dan power metal. Yang baru nak bermula, sila cari Glory to the Brave atau pun Legacy of Kings.





2 comments: