Sunday, March 31, 2019

Power Plant

Yang dah 20 tahun pada 29hb Mac yang lalu..


Gamma Ray - Power Plant (1999)

Ini adalah antara tahun-tahun yang saya sedang kemaruk dengan power metal. Mendengar bermacam-macam band sehingga rasa tepu. Masalah utama genre ini ialah kebanyakan band akan kedengaran seolah-olah sama.

Mula merasa sedikit jemu dengan genre ini berberapa tahun kemudian. Majoritinya menjadikan band seperti Helloween sebagai rujukan.


Gamma Ray juga adalah salah satu darinya. Tapi tak boleh lah nak cakap ianya klon Helloween. Kerana sememangnya Kai Hansen adalah dari Helloween. Tambahan pula mereka adalah antara yang terawal. Adalah "soft spot" kat situ.

Power Plant adalah antara album terbaik untuk tahun 1999. Terutamanya jika anda pengemar genre power metal. Semuanya secukup rasa. Lagu-lagunya memang mudah menangkap. Catchy. Memang sedap.


Tidak dapat dinafikan sememangnya Gamma Ray adalah antara yang terbaik dari berpeluh atau mungkin beratus band power metal yang ujud pada ketika Itu.

*versi cd adalah reissue tahun 2002 dengan cover yang berlainan.








3 comments:

  1. helloween/gamma ray aku tak terlayan... padahal aku penggemar power/speed metal

    ReplyDelete
  2. Baru mula kerja. Byk duit habis bli komponen pc kat imbi. Demam napster memuncak masa ni dgn modem 56kbp sedut dulu dari internet. Ori bli kemudian. Music wise continuation from land of free, powerplant.

    ReplyDelete