Monday, April 29, 2019

The Fear

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 20 hb Februari yang lalu..


Acid Reign - The Fear (1989)

2 bulan juga tersangkut dalam draf...Masa dan idea untuk menulis asyik tersangkut.

Kali pertama tahu tentang Acid Reign adalah melalui majalah Metal Hammer seperti gambar di bawah. (Bertarikh 20hb Feb, 1989)  Tertarik dengan gambar cover dan ratingnya yang tinggi. Tapi zaman sebelum internet memang tak ada tempat untuk cuba dengar. Tak jumpa juga di kedai kaset. Memang tak pernah kot album (kaset) ini masuk pasaran Malaysia.


Ketika itu memang sedang kemaruk dengan thrash. Apa sahaja band yang berkonsepkan thrash memang teruja nak dengar. Tapi seperti biasalah. Selain kekangan kewangan seorang pelajar, banyak juga kaset-kaset band sebegini yang tak ada dalam pasaran Malaysia. Jadinya banyaklah band yang sekadar tahu nama, ada yang jumpa tshirtnya...tapi memang tak pernah dengar pun bagaimana bentuk muziknya. Memanglah poser...haha...


Sehinggalah pada satu hari, 7 atau 8 tahun kemudiannya, ketika sedang berdating, terjumpa kaset kompilasi The Worst Of Acid Reign di sebuah kedai kaset di Holiday Plaza, JB. Itulah kali pertama dapat dengar muzik thrash British acuan mereka. Menarik juga. Dan ianya menjadi wish list sehinggalah kenal e-bay dan berjaya di beli.


Cadang nak ulas. Tetapi kemalasan untuk menulis semakin menjadi-jadi. Makanya baca sahaja lah ulasan asal tahun 1989 dari majalah Metal Hammer seperti di atas.


*Khabarnya mereka pun dah buat comeback. Album baru mereka dalam proses rakaman.



1 comment: