Thursday, November 28, 2019

Throwback - Boneka Pentas



Sofea - Boneka Pentas (1989)

30 tahun dah. Dulu masa beli kasetnya baru jer habis sekolah menengah. Sekarang dah hampir nak dapat duit EPF dah..hahaha.... Kalau tak silap beli menggunakan duit kerja kilang semasa menunggu keputusan SPM. Ingat-ingat lupa. Tapi yang paling ingat, beli sekadar beli. Tak berapa dengar sangat pun. Ketika itu tengah mula kemaruk dengan muzik thrash. Sebab itu kasetnya pun entah hilang kemana. 3 tahun yang lalu ketika beli cd ini pun sama juga. Tak dengar pun. Terus simpan dalam rak. Sekarang ni barulah rasa bersemangat nak dengar semula.


Mereka ni memang kita tahu adalah klon Motley Crue dan WASP. Tak kira muzik mahu pun imejnya. Tetapi untuk Boneka Pentas ni agak sedikit berbeza. Mereka lebih rock n roll. Lebih "Poison" berbanding Motley Crue ataupun WASP. Ini adalah tahun-tahun yang muzik glam metal sedang berada di kemuncak. Boneka Pentas sememangnya ke arah itu.

Khabarnya Joe Burnmark yang bermain gitar untuk album ini. Tak pasti kenapa bukan Fancy. Sedangkan banyak juga lagu ciptaan beliau ada dalam album ini. Tetapi tak boleh dinafikan, Joe memang seorang gitaris yang bagus. Boneka Pentas memang banyak rif dan solo-solo yang hebat. Sedap juga sound yang terhasil dari gitar Kramer Richie Sambora beliau.


Tetapi saya ada sedikit kurang gemar dengan produksinya. Ada bahagian-bahagiannya yang bunyi gitar agak kebelakang. Tetapi bab lainnya memang tak ada komplen. Lagu-lagunya  pun sedap. Memang enjoy. Memang rock n roll. Kalau nak bagi cadangan untuk rujukan sebuah album glam metal Malaysia yang bagus, Boneka Pentas adalah salah satu darinya selain dari album pertama kumpulan Blackrose,

Best!...Makin lama dengar makin suka album ini dari album Sofea yang lainnya. Dulu terlampau "true" untuk menghargai album semacam ini...hahaha...




4 comments:

  1. Sedap lagu2 sofea ni. Antara band rilisan semula aku beli semua album haha

    ReplyDelete
  2. Lagi satu bert. No digi aku dah tak pakai. Digi dah blok no tu. Aku guna no baru 0183664784 nanti ada masa tolong masukan dlm grup blogger tu

    ReplyDelete