Friday, September 11, 2020

Survive

 


Nuclear Assault - Survive (1988)

Tak rasa album ni pernah masuk Malaysia pada penghujung 80an dulu. Nuclear Assault yang pertama nampak kat kedai kaset adalah album Handle With Care. Tak taulah kat tempat lain. Sekurang-kurangnya kat JB dan Segamat memang tak pernah nampak.

Mendengarnya buat kali pertama pada masa sekarang tidak akan sama ketika mendengarnya buat pertama kali pada penghujung 80an atau awal 90an. Kalau ikut "standard" sekarang, muzik mereka adalah generic thrash atau thrash metal yang biasa. Tetapi ketika penghujung 80an, muzik begini agak segar terutamanya untuk peminat thrash yang baru terjebak seperti saya.

Laju, kasar dan pada masa yang mempunyai riff dan solo-solo gitar yang agak melodic. Tetapi sesuatu yang menarik atau kelainan yang unik bagi saya adalah vokal John Connelly. Jeritannya agak lain dari yang lain. Perlu diingatkan juga, beliau juga boleh menyolo dengan baik. Ianya menjadikan Nuclear Assault antara band thrash yang mempunyai dual gitar solo.


Secara jujurnya saya lebih banyak mendengar Handle With Care berbanding album mereka yang lainnya kerana secara nostalgianya ia adalah album Nuclear Assault saya yang pertama dan tshirt rock saya yang ketiga selepas Metallica dan Helloween 😊. Tetapi kebelakangan ini rasanya album ini lebih menjadi pilihan utama jika teringin nak mendengar Nuclear Assault.

Sayangnya mereka tidaklah sepopular rakan sekampung mereka Anthrax. Tetapi untuk peminat thrash metal seperti saya, susah untuk menidakkan yang mereka adalah antara 10 band thrash yang terbaik di dunia..


1 comment:

  1. terbaik tulisan terutama pasal dual gitar tu..
    you are a fan.

    ReplyDelete