Saturday, September 19, 2020

The Good the Bad the Waysted

 Tribute to Pete Way and Paul Chapman.

Waysted - The Good the Bad the Waysted (1985)

Album ini dirakamkan selepas mereka menjadi band pembuka untuk tour Powerslave di UK. Sudah semestinya ianya adalah pertolongan Steve Harris kepada idolanya. Dalam inlay album ini pun memang ada ucapan khas terimakasih kepada beliau dan Iron Maiden.

Tour tersebut dan album ini memberi ruang untuk Pete Way lebih dikenali dengan Waysted tanpa perlu bayang-bayang dari UFO. Ianya lebih menarik dari Fastway, band beliau selepas UFO bersama "Fast" Eddie Clarke dari Motörhead. Rasanya "chemistry" beliau bersama Paul "Tonka" Chapman lebih ngam. Maklumlah mereka pernah bersama sejak dari UFO.

The Good the Bad the Waysted memang berbeza dari UFO mahupun Fastway. Walaupun sedikit acuan itu tetap ada. Maklumlah pencipta lagunya dari orang yang sama. Waysted lebih berat, lebih rock dan lebih raw soundnya. Dalam masa yang sama ianya juga agak melodic dan mempunyai perisa hard rock 80an yang kuat.

Lagu "Heaven Tonight" di dalam album ini adalah versi yang asal. Sound yang lebih raw berserta vokal Ian "Fin" Muir yang agak "husky". Lagu tersebut dalam album Save Your Prayer pula lebih bersih dan polished. Kena dengan vokal Danny Vaughn yang lebih pop dan AOR. Terpulang pada selera masing-masing. Tetapi saya agak bias dengan versi Danni, maklumlah kerana ianya lebih dahulu di dengar berbanding versi Fin.





3 comments:

  1. tak pernah tahu aku pasal ni album
    terbaik

    ReplyDelete
  2. Terbaik. Ada band gitaris Motorhead rupanya..


    PS: Kalau ada album Stratovarius, mohon tulis apa yang patut

    ReplyDelete