Sunday, March 7, 2021

Heavy Duty

Semangat tahun baru untuk lebih banyak membaca dari ber"netflix"... 

Heavy Duty : Days and Nights in Judas Priest - K.K. Downing (2020)

Dari mula mengenali muzik Judas Priest, saya sudah tertarik dengan imej beliau. Gitar V, hensem dan rambut blonde panjang mengurai merupakan imej rockstar yang menjadi rujukan bagi kami "budak-budak baru nak up" pada zaman tersebut.

Membaca lirik Judas Priest di inlay kaset bukan sahaja tentang liriknya, tetapi ianya juga tentang solo KK/Glenn/KK/Glenn sambil cuba menangkap yang mana satu solo KK dan yang mana satu solo Glenn. Mendengarnya dengan menggunakan head phone adalah sesuatu yang mengujakan.

Buku autobiography setebal 277 mukasurat ini dihabiskan hanya dalam masa 2 malam. Memang menarik. Ianya merungkai sejarah bagaimana Judas Priest bermula dan jawapan mengapa selepas 41 tahun bersama akhirnya beliau meninggalkan Judas Priest.


Jalan ceritanya memang tersusun menyebabkan rasa tak sabar untuk menghabiskannya. Antara yang menarik sudah tentu cerita tentang konflik beliau bersama Glenn Tipton dan pengurusan mereka. Asal usul imej stud dan leather. Ketidakpuasan hati beliau kepada Iron Maiden dan lain-lain cerita peribadi, band member dan kisah sepanjang tour dan rakaman album. 

Satu yang agak berbeza dari buku biography rockstar yang lain adalah tiadanya cerita tentang masalah penggunaan dadah. K.K sememangnya bebas dari dadah. Satu contoh yang baik untuk dijadikan tauladan. 

Ianya adalah satu bahan bacaan yang berbaloi untuk peminat Judas Priest khususnya. Akan cuba untuk mendapatkan buku autobiography Rob Halford pula.


4 comments:

  1. wow~ 2 malam saja?
    aku buku Enter Night baru belek 5 muka surat pertama pun dah jadi "malas", kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sebenarnya ikut juga cara penulisan dan jalan cerita.. Ada buku yg bosan... Ada yang ko baca kalau boleh nak hari tu jugak abis..

      Delete
  2. memang suka sangat dengan gitar flying V ni hehe

    ReplyDelete