Bertahun dah cari. Akhrinya ketemu di Shopee.....
Jamrud - Ningrat (2000)
Tak berapa mengikuti sangat perkembangan muzik rock dari Indonesia. Zaman hujung 80an dahulu yang pernah dengar hanyalah God Bless. Itu pun kerana lagu-lagunya ada di mainkan di radio Singapura (biasanya di mainkan oleh DJ Rock, Arwah Adnan Maswan).
Jamrud terutamanya lagu Surti-Tejo diperkenalkan kepada saya melalui Forum Metal Terus. (Sebuah portal untuk komuniti peminat rock dan metal di alam maya yang aktif pada awal tahun 2000an dulu). Liriknya yang agak kasar dan 18sx serta melodinya yang catchy memang mudah untuk menarik perhatian. Tetapi sebenarnya Jamrud bukanlah sekadar Surti-Tejo. Setelah mendengar keseluruhan albumnya, saya jadi tertarik dengan lagu-lagu yang lainnya.
Ningrat bagi saya adalah muzik rock yang rojak. Ada pelbagai perisa didalamnya. Ianya mengingatkan saya kepada Faith No More. Ada metal, ada rock, ada funk dan ada juga pop. Lagu-lagu seperti "Asal British", "Ingin Jadi Koboi", "Ningrat", "Gaya" dan balada seperti "Pelangi di Matamu" dan "Kabari Aku" memang mudah menangkap. Bolehlah dikatakan yang keseluruhan lagu-lagunya memang sedap.
Ningrat bagi saya adalah antara album terbaik yang pernah dihasilkan dari negara jiran, Indonesia. Mungkin 2 juta pembeli album tersebut yang menjadikan ianya album ke 7 paling laris sepanjang zaman di Indonesia dan 5 anugerah AMI (Anugerah Muzik Indonesia) yang diperolehi oleh mereka adalah bukti yang nyata.
Sekarang sedang cuba mengumpul cd-cd mereka yang lainnya...
kalau aku, album Kisah Klasik Untuk Masa Depan SO7 satu2nya album Indon-invasion yang bertaraf "soundtrack of my life" dan ada nilai2 nostalgic, nak kena cari juga CD album tu
ReplyDeleteSO7 pun bagus...cuma Jamrud ada metalnya bagi aku...
Deleteasal jamrud memang surti dan tejo.. tiada lainya. aku pun nak kolek satu album kompilasi mereka ni. asal lagu surti dan tejo ada haha
ReplyDelete