Perhatian.. Ini bukan blog Ada Apa Dengan Ijau? (biasa blog dia jer kan yang selalu buat cerita pasal air-air minum ni 😀)
Lama dah tau pasal air Bundaberg ni sejak Dr. Ibrisam tulis mengenainya dalam blog Kremaut. Pernah cuba sekali dulu, tapi itulah sahaja sekali. Dulu agak susah juga nak cari air ni berbanding sekarang.
Tetapi dalam tempoh sebulan yang lepas setelah berkali-kali kena "tag" di Facebook oleh rakan-rakan group whatsapp blogger... akhirnya atas pengaruh rakan rakan yang tak sebaya...terjebak juga...😁
Berjaya mencuba 8 jenis perisa (satu tiada dalam gambar) dengan harga yang berbeza-beza mengikut tempat (paling murah adalah di 99 Speedmart). Rasanya memang agak keras dan agak manis juga. Satu-satunya perisa yang agak kurang gemar adalah "lemon,lime & bitters". Yang lainnya memang sedap, cuma agak payah juga nak menghabiskan satu botol dengan sekali jalan bagi yang agak kurang gemar dengan minuman yang manis.
LLB la paling kick!
ReplyDeletelaju.. aku baru rasa dua perisa haha
ReplyDelete