Thursday, January 20, 2022

Gila Format - Slip of the Tongue

Satu lagi yang berjaya di"gila format"kan...

Whitesnake - Slip of the Tongue (1989)

Album ini akan sentiasa mengingatkan saya kepada rakan sebaya sekampung dan juga seITM. Beliau adalah peminat Steve Vai. Saya mendengar kaset album ini buat pertama kalinya dirumah beliau. Set hi-fi kepunyaan abang beliau sememangnya mempunyi bunyi yang sedap. Kalau nak banding dengan radio kaset transistor di rumah saya umpama langit dan bumi jauhnya. Mendengar petikan gitar Steve Vai di dalam lagu "Judgement Day" di rumah beliau yang sedap sangat bunyinya di telinga saya menyebabkan saya meminjam kasetnya.

Sound system sememangnya memainkan peranan. Mendengarnya di rumah sendiri agak kurang berkesan impaknya. Di set hi-fi yang mahal lagu tak sedap pun boleh jadi sedap. Selain dari lagu "Judgement Day", "Fool For You Loving" dan "Now You're Gone", lagu-lagu lainnya agak kurang masuk untuk saya. Magic yang ada pada John Sykes didalam album Whitesenake 1987 tidak dapat diulangi oleh Steve Vai. Mungkin konsepnya pun berlainan. Mungkin juga kerana Steve Vai tiada jiwa untuk album ini. Beliau hanyalah seorang "hired gun" yang diambil oleh David Coverdale. Keseluruhan lagu adalah dari idea David Coverdale dan Adrian Vandenberg. Mungkin kalau Adrian yang bermain, album ini berkemungkinan akan lain jadinya.

Versi kaset tak pernah beli. Kaset pula adalah milik abang. Beliau dah tak berminat untuk menyimpan. Makanya adalah lebih baik saya yang simpan 😁.

Versi cd dah tak ingat bila beli. Mungkin juga zaman kemaruk ebay dulu-dulu atau mungkin lebih awal lagi.

Versi piring hitam di beli beberapa bulan yang lalu. Tak mencari. Tetapi bila terjumpa dengan harga yang murah memang akan gagal untuk melawan nafsu walaupun ianya bukanlah sebuah album yang diminati sangat...



3 comments:

  1. betul, pengalaman pertama dengar lagu pasang kat set hi-fi memang ohsem, lebih-lebih lagi versi CD

    ReplyDelete
  2. Fuhh... Ranchakk.. Mungkin steve vai lebih sesuai tanpa band

    ReplyDelete