Antara yang baru berjaya dimiliki...
Wolfsbane - Live Fast , Die Fast (1989)
Pengenalan saya kepada Blaze Bayley adalah dari album ini. Bukannya Iron Maiden. Tetapi bukanlah dari segi pendengaran tetapi pembacaan.
Membaca tentangnya dari majalah Kerrang! . Mungkin sekitar tahun 1990. Gelaran "The Next Big Thing" yang diberikan oleh Kerrang! membuatkan rasa teringin betul nak dengar. Sayangnya tidak berpeluang. Rasanya album ini tak pernah masuk pun untuk pasaran di Malaysia. Yang pernah jumpa kasetnya di jual adalah album kedua, Down Fall the Good Guys (1991).
Mendapat albumnya secara fizikal baru sahaja dalam beberapa minggu yang lepas. Seperti apa yang dibaca, album ini semangnya mempunyai pengaruh Van Halen yang kuat. Baik dari segi lagu mahupun gitar solonya. Lenggok nyanyian Blaze pun agak terikut-ikut dengan gaya David Lee Roth. Tak dapat nak membayangkan kalau beliau melenggokan gaya begini ketika bersama Iron Maiden.
Ianya sebuah album yang bagus jika anda pengemar muzik hard rock atau pop metal 80an. Sayangnya mereka tidak dapat mencapai tahap "The Next Big Thing" tersebut. Mungkin kurangnya promosi di US. Pelik juga walaupun mereka bernaung di bawah syarikat Rick Rubin (Def American) dan Rick Rubin sendiri yang menerbitkannya.
Berkemungkinan juga masa yang tidak bersesuaian. Awal 90an genre muzik seperti mereka bukan lagi di arena mainstream. Mereka akhirnya digugurkan dari Def American selepas album kedua. Namun begitu sempat juga melahirkan album ketiga (1994) sebelum akhirnya Blaze di lamar Iron Maiden. Sayang... sebenarnya mereka pemuzik yang bagus dan Wolfsbane akhirnya terkubut. Tetapi tak boleh nak salahkan Blaze, peluang untuk menyertai band sebesar Iron Maiden sememangnya tak akan dilepaskan oleh sesiapa.
baru semalam (atau 2 hari lepas) tengok interview Blaze Bayley kat YouTube Metal Pilgrim
ReplyDeleteada dia cerita pasal Wolfsbane opening untuk Maiden, bila join Maiden macam main bola dari liga tempatan terus pegi World Cup final, cerita pasal dia jumpa Manowar, minta nasihat Eric Adams, dll... seronok tengok interview tu