Terkini yang berjaya di"gila format"kan...
Testament - Practice What You Preach (1989)
Satu lagi kapsul masa yang berjaya di"gila format"kan. Ianya mengembalikan ingatan kepada zaman belajar di ITM. Antara kaset yang dibeli dengan menggunakan duit pinjaman belajar 😅. Ianya juga antara pendedahan awal kepada genre yang dipanggil sebagai thrash. Zaman sebelum tu semua pun kita panggil rock ataupun heavy metal.
Zaman tersebut kita tak mampu untuk banyak membeli. Apa yang ada itulah yang akan kita dengar, belek dan baca liriknya berulang-ulang kali. Sememangnya akan melekat terus dalam memori. Pembelian gila format seperti ini sememangnya semata-mata untuk membeli kenangan. Walaupun sebenarnya ia adalah suatu pembaziran semata-mata…hahaha…
Pernah tulis tentang album ini suatu masa dahulu. Ianya pengenalan saya kepada Testament. Yang membuatkan jadi minat pada Testament adalah kerana gitarisnya, Alex Skolnick. Minat betul dengan solo-solo gitar beliau. Piring hitam ini dibeli melalui penjual di instagram. Bila nampak ianya diiklankan, memang tak berfikir panjang untuk membeli.
Versi cd pula dah tak boleh nak ingat bila dan dimana ianya dibeli. Tak pasti adakah ianya pembelian secara fizikal atau dalam talian melalui ebay. Tetapi sudah semestinya ianya adalah antara yang terawal di cari apabila mula mengumpul cd.
Versi kaset pula mungkin pada penghujung 1989 atau awal 1990. Ketika itu zaman thrash sedang melanda. Sememangnya naik rambang mata kalau berkunjung ke kedai kaset. Bermacam-macam tajuk yang ada. Biasanya pembelian rambang dibuat berdasarkan gambar cover atau nama band yang di baca di majalah atau thank list di inlay kaset band lain.
Tak ingat pula kenapa beli Practice What You Preach. Mungkin juga kerana gambar covernya. Dan biasalah....dulunya ada sedikit rasa cuak dengannya.
perghhh ini dah kira boxset ni
ReplyDelete