Sempena Mr Big nak main live di Zepp KL makan ni (14/08/2023)...
Mr Big - Get Over It (2000)
Album Mr Big yang paling tak best. Bukan sahaja kerana tiadanya Paul Gilbert. Tetapi hala tuju muzik meraka yang sudah berubah. Tiada lagi trademark lagu-lagu laju track pertama seperti "Addicted to That Rush", "Daddy, Brother, Lover, Little Boy (The Electric Drill Song)", "Colorado Bulldog". Malah kebanyakan lagu-lagunya kini berentak mid-tempo dengan pengaruh blues. Bukan nak kata tak bagus. Ada sahaja yang minat muzik sebegitu. Tetapi ianya bukan lagi Mr Big yang kita kenali.
Punca utama sudah semestinya Richie Kotzen. Saya faham, beliau tidak mahu dibayangi Paul Gilbert. Tetapi membuat perubahan secara mendadak bagi saya adalah satu perkara yang silap. Ianya juga apa yang berlaku kepada Poison ketika mereka menggunakan khidmat beliau.
Mungkin ini risiko yang diambil oleh sesesuah band apabila menggunakan gitaris yang sudah ada nama. Setiap perubahan sepatutnya secara berperingkat. Maaf untuk peminat Richie Kotzen. Tetapi bagi saya, pendekatan blues rock beliau telah merosakkan bukan satu. Tetapi 2 band kegemaran saya (Mr Big dan Poison).
Malah Adrian Smith pun terpalit sama apabila berkolaborasi bersama beliau dalam projek album Smith / Kotzen (2021). Saya mahukan album pop rock seperti A.S.A.P bukannya blues rock seperti Smith / Kotzen.
Maaf En. Kotzen....saya mencuba untuk menyukai album ini kerana ianya Mr. Big. Tetapi gagal...!
ni kira macam pelengkap koleksi la kan?
ReplyDeletehaha...untuk studio album yang gambar babi terbang tu jer yang aku tak ada
Delete