Monday, December 19, 2011

Jerangkung Dalam Almari

Sekali lagi ke tahun 1991...kali ni rock melayu la pulak...



Wings - Jerangkung Dalam Almari

Ketika album ni diriliskan...aku memang dah kurang dengar rock melayu...so aku memang tak ambik tau sangat pasal JDA ni pada awalnya...tapi setiap kali nak ke bandar Segamat (masa ni aku duk ITM Segamat) drebar bas ITM tu selalu beno pasang JDA ni kat dalam bas...bila dah banyak kali dengar...rasa best la pulak...

Jujurnya aku tak pernah beli kaset JDA...aku pau adik pompuan aku punya...tapi cd ni aku beli beberapa tahun yang lepas...benda dah 20 tahun...tapi rasanya tak terlambat untuk aku buat review yang bukan teknikal tapi ikut telinga aku...

1-Watari (intrumental)
seawal track pertama kita dah dihidangkan gorengan gitar Joe...tidak dinafikan album ni memang betul2 menyerlahkan kerja gitar Joe...ntah kenapa nama dia selalu terkebelakang kalau bercerita pasal gitar hero kat malaysia ni...tak banyak band rock Malaysia buat instrumental...antara yang aku suka selepas Sentuhan Kidal - Lefthanded.

2-R'N'R Lu Punya Suka
Aku suka...sedap...antara yang paling aku suka...bukan takat album ni...tapi keseluruhan lagu2 Wings...lirik pun sempoi abis..."Gua jerit sampai perit, pasal tiket sepuluh ringgit".... "Seluar koyak, main cinta menangis dengar lagu cinta"...haha...
Start suka lagu ni kalau tak silap masa Muzik Muzik TV3...ada video clip untuk pencalonan lagu ni kan?...Tak banyak band main rock n roll cenggini...Wings buatnya jadi best...teringat pulak kat satu lagi lagu rock n roll yang aku suka "Aku,Mercedes & Rock n Roll - Black Rose.

3-Aku Pun Tahu
Selepas Sejati...bukan satu kerja mudah nak follow up ngan lagu best camtu...kira "Aku Pun Tau" ni ok la...satu2nya lagu slow rock kat JDA...feeling jugak kalau dengar malam2 time hujan sejuk2 ni...teringat zaman naik bas ITM usha2 awek sebelah tapi tak dapat respon...hahaha..

4-Gemala Saktiku
lagu blues yang agak meleweh...lagu yang paling aku tak suka...memang selalu kena skip kalau pasang cd...tu hari masa pasang kat kereta pasal nak dengar balik untuk buat entri ni...wife sound..."ngantuk la lagu ni...." aku jawap sambil tekan butang >>...yang selepas ni konpem segar....

5-Lipas Kudung
Jojet is the best kat lagu ni...no disrespect to Black...tapi aku memang suka permainan Jojet sejak Gersang...(cekidot lagu Jiwa Rock N Roll)...lagu paling heavy dalam JDA...kerja gitar Joe pun best...satu lagi favourite aku dari JDA...
(btw...Gersang ni dasat2 gak pemuzik dorang...bila la dorang nak buat reunion ek...heheh...)



6-Dalam Kehadiran Sofiah
Satu lagi lagu slow blues...mungkin pengaruh popularnya Still Got The Blues - Gary Moore ketika tu mebuatkan Wings merakamkan lagu2 jenis camni....agaknya la...bukan untuk taste aku tapi aku ada ex-opismate yang suka lagu ni...tiap kali keluar breakfast/lunch naik kereta dia konpem dia bukak lagu ni...selagi lagu ni tak abis...walau dah sampai lokasi...mesti kena tunggu abis...baru boleh keluar kereta...
btw...Wings pernah bawak lagu ni live tak?...teringin nak dengar Awie live part jerit2 tu...

7-Kau Bukan Brader
lagu yang tak berapa nak heavy...mula2 dulu aku tak berapa suka nak dengar...tapi ok la...riff/solo Joe maitain terbaik...Bass Eddie pun sedap...naper yer jarang ada cerita pasal Eddie ni...bagi aku kalau kena undi pemain bass terbaik kat Malaysia ni....konpem aku undi dia...

8-Jerangkung Dalam Almari
baca tajuk teringat Skeleton In The Closet - Anthrax...tapi takder kena mengena...heheh...satu lagi lagu ala2 rock n roll acuan Wings...satu lagi lagu fav. aku dalam JDA...liriknya tu mengingatkan boss IT Dept company lama aku...dia cakap M.Nasir/Loloq budak tasauf...baca lirik JDA ni "Apa ada dalam kamu...Ada juga di dalam diri..Apa ada dalam diri..Ada juga di dalam kamu..." tu bahasa tasauf tu..mendalam maknanya kata dia...aku errr yer ker...dalam hati rock jugak orang tua ni...heheh...

9-Awang Trasher
yeayyyy...lirik yang sangat trendy...ada Sodom ada Metallica...maklum la zaman tu kan zaman thrash...walaupun ni bukanlah lagu thrash...heheh...tapi lagu ni memang layan...

10-Tirai Horizon
lagu mid tempo...ntah kenapa setiap kali dengar lagu ni mesti teringat dressing ala2 Klaus Meine dan Mathias Jabs yang Awie dan Joe pakai masa satu show kat TV3 dulu tu...scorpions abis...heheh...apa2 pun lagu ni memang sedap...jenis2 rilek jek...



Kesimpulannya...aku memang suka hasil kerja Joe kat JDA...riff2 dan solo2 dia semua best...cumanya produksinya agak kurang....sound agak mendap...jenis nak kena tinggikan volume baru best dengar...tapi tak kisahlah...JDA ni memang best...Kelab Peminat Wings pun ada buat tshirt sempena 20 tahun album ni...cekidot blog peminat tegar Wings ni Speedrider

tapi secara peribadinya...kalau album Wings yang paling aku suka...aku pilih Belenggu Irama...bukan pasal apa pun...tapi lebih kepada nilai sentimentalnya kepada aku...tapi pada sapa2 budak2 baru yang tak pernah dengar JDA...korang rugi...heheh..

Friday, December 16, 2011

The Metal Opera

Kembali pula ke album tahun 2001...10 tahun dah berlalu...



Avantasia - The Metal Opera

Ini adalah genre power metal...frankly speaking...power metal ni la yang membuat aku kembali mendengar muzik metal masa tahun 2000 dulu...selepas berkahwin (1996) aku mula tak ambik tau pasal metal2 ni semua...sehinggalah bila aku balik bertugas di JB dan mendengar Dawn Of Victory - Rhapsody di kedai Padil Muzik Box Plaza Kotaraya...

start tu aku mula dengar balik Helloween dan Gamma Ray...tu ajer la band power metal yang aku tau...tapi bila aku start join geng2 Metal Terus...tu jam zaman Yahoo mail..berkenalan ngan Encik Hafiz...aku mula kenal Blind Guardian,Stratovarius,Sonata Arctica,Angra,Hammerfall dan jugak band pencetus idea Avantasia ni iaitu Edguy...terimakasih En Hafiz...

Power metal ni bukan semua orang boleh terima...pasal bunyinya seakan2 sama...kalau melodi tak betul2 catchy...dengar sedap tapi tak menangkap dan susah nak ingat...Edguy adalah satu band contoh begitu...banyak lagu2nya sedap tapi aku susah nak ingat...

Tapi bila dapat cerita yang Tobias Sammet penyanyi Edguy ni ada buat side projek yang melibatkan who's who dalam scene power metal...aku tak teragak2 untuk beli...cekidot list pemuzik yang terlibat

Tobias Sammet (Edguy/vocals/keyboards)
Henjo Richter (Gamma Ray/guitars)
Markus Grosskopf (Helloween/bass)
Alex Holzwarth (Rhapsody/drums)


dan 8 vokalis jemputan

Michael Kiske (Helloween)
David DeFeis (Virgin Steele)
Oliver Hartmann (At Vance)
Rob Rock (Impellitteri)
Sharon Den Adel (Within Temptation)
Andre Matos (Angra)
Kai Hansen (Gamma Ray)
Timo Tolkki (Stratovarius)


Memang dasat mereka2 yang terlibat...tapi yang paling aku excited nak dengar adalah Michael Kiske...maklumlah dah lama beliau meninggalkan muzik yang begini...ternyata suara dia masih power dan alangkah ruginya beliau dah pencen dari genre sebegini..



Tobias Sammet mengelarkannya sebagai metal opera...tapi bagi pendengaran buta muzik macam aku ianya bukanlah sebenar2nya opera...cekidot "Nightfall In The Middle Earth" dari Blind Guardian atau pun "Streets: A Rock Opera" dari Savatage...tu baru betul opera...tapi Avantasia The Metal Opera ni bagi aku hanyalah sekadar melodic power metal...malah influenced dari Helloween memang sangat jelas dapat ditangkap...

Dari segi lagu2nya...bolehlah dikatakan memuaskan....tapi takder la boleh kata hebat sangat...antara lagu yang menarik perhatian aku adalah "Reach Out For The Light", "Breaking Away", "Farewell", "Avantasia" dan "Sign Of The Cross"...tapi yang tak berapa bestnya...walaupun ramai penyanyi jemputan...suara dorang seakan2 sama...bila dengar Sharon Den Adel kat lagu Farewell baru terasa kelaianan....patutnya Tobias bagi Sharon 2,3 lagu lagi...baru lebih menarik...

Apa2 pun...ini konsep album...so ada jalan cerita...tapi terus terang aku tak berapa paham ceritanya...sipnosisnya pun panjang berjela...tak larat nak baca...ada sikit2 berkisarkan cristianity...so jeling2 la liriknya kalau nak menyanyi bersama...

kesimpulannya...cd ni khas kepada sesapa yang minat power metal sahaja..

Wednesday, December 14, 2011

Breaker

Aku nak sambung lagi cerita pasal album2 yang sambut anniversary 10,20,30,40 tahun pada tahun 2011 ni...kali ni jom layan yang 30 tahun...



ACCEPT - BREAKER (1981)

Aku mula kenal Accept masa zaman kaset Apache (pertengahan 80an)...tambah pulak tu jam aku ada saputangan yang ada logo Accept...tapi 1st album yang aku betul2 dengar adalah "Balls To The Wall"...kawan sekelas aku kasi pinjam...dengar memang wau!!!...best...start tu mula dengar album2 lain dorang...tapi semuanya pinjam atau dubbing...satu2nya kaset Accept yang aku ada adalah album live "Staying A Life"...(ntah mana pegi hilang dah sekarang...)

Cd ni aku beli 3 tahun yang lepas...ni versi 2 dalam 1 (Breaker dan I'am A Rebel)...sayangnya cd ni jenis inlay sekeping...memang hampeh...terasa macam nak beli cd Breaker yang sebenar...tapi bila memikirkan ini bukanlah album Accept kegemaran aku...tak jadi la...aku lebih suka Balls To The Wall, Restless And Wild ataupun Metal Heart...

Walaubagaimanapun Breaker bukanlah tak best...ini adalah permulaan mereka menjadi heavy...hilang dah sikit2 klon ACDC dorang tu...sound pun raw...ada beberapa lagu yang memang giler heavy...speed metal pun iyer jugak...jangan lupa...ini tahun 1981...rasanya Iron Maiden KILLERS dan Venom WELCOME TO HELL jer yang lebih heavy...dengarkan Starlight, Breaker dan Run If You Can...memang gegar!!!

Tapi yang slacknya...beberapa track awal tu jer la yang heavy...beberapa lagu yang lainnya jenis2 hard rock...pengaruh ACDC masih belum hilang sepenuhnya...apa nak buat...suara Udo Dirkschneider ni memang macam Bon Scott...perbandingan tu tetap ada...tapi lagu slow Cant Stand The Night tu walaupun orang kata cheesy...tapi aku suka...ada la kelainan suara dia...sedap jugak bila dia bawak lagu slow...teringat memori zaman kaset apache bila dengar lagu ni...

Accept ni satu identiti dia yang tak berubah ialah part2 melodic masa chorus mereka...try dengar lagu2 macam "Run If You Can" dan "Feeling"...memang sedap...apa2 pun aku suka gitarist dia....Wolf Hoffman...sangat underated berbanding ngan gitarist2 jerman yang lain....walaupun Accept ni main 2 gitar...kebanyakan solo memang Wolf yang main...cuma kat lagu "Starlight" kita boleh dengar twin gitar solo antara dia ngan Jörg Fischer...

lastly...beli jika anda dah ada Balls To The Wall, Restless And Wild dan Metal Heart...kalau lum...cari n 3 dulu...

Tuesday, December 13, 2011

Metallica XXX

ini yang sepatutnya...









bukan LULU

heheh...






.

Monday, December 12, 2011

You Only Live Twice

malam ke 5 siri filem James Bond di astro HBO..





You Only Live Twice (1967)

Sedikit info...ketika filem ni...dah ada ura2 yang Sean Connery akan berhenti jadi James Bond...tapi dia kembali 4 tahun kemudiannya untuk Diamonds Are Forever..

ok...kali ni...aku pastikan anak aku tak tengok bersama2 untuk cerita ni...baru la line clear...heheh...untuk perhatian...cerita2 James Bond ni memang tak sesuai untuk budak2...

Pendapat aku You Only Live Twice adalah lebih mengarut dari Thunderball...ok..semua filem James Bond pun mengarut dan tak logik...tapi yang ni terlebih kartunnya...ada ker roket boleh telan kapal angkasa???..hehehe...memang dah macam cerita kartun...tapi maafkan lah...ni filem 60an...kira klasik la idea tu....tapi dia punya gadget2 kat helikopter "Little Nellie" tu agak kool jugak...

Satu yang aku tak suka citer2 lama ni bab adegan memandu kereta...nampak sangat ia dilakonkan kat dalam studio...gambo orang dan latarbelakangnya memang sentiasa nampak janggal...bab special effect...macam Thunderball...kalau zaman 2011 ni kira grade B movie la...

You Only Live Twice ni dilakonkan sepenuhnya kat Jepun...so awek James Bondnya pun dah tentu2 awek jepun...mungkin kalau zaman sekarang aku terbayang Miyabi (huhuhu...) tapi untuk tahun 60an...Mie Hama dan Akiko Wakabayashi tu pun kira ok la...heheh..

Satu lagi aku nak komplen cerita ni bab dia tunjuk cerita2 pasal jepun...agak meleret membuang masa...contohnya bab adegan tunjuk ninja berlatih tu...satu2 dia tunjuk macam dokumentari pulak...takder pun tak terjejas jalan ceritanya...

apa2 pun menonton kerana nilai klasik dan ini filem James Bond...kalau tak pasal tu memang tak berminat aku nak nengok sampai abis...sorry...walaupun gadget2 dia kool...mungkin zaman budak2 dulu boleh buat aku terpaku...tapi tidak untuk sekarang....

btw...best dan lawak pulak menonton dalam versi alih bahasa ni...heheh...

Sunday, December 11, 2011

Thunderball

Bulan disember ni setiap jam 10 malam astro HBO ada tayang semua 23 cerita James Bond...banyak yang dah lama aku tak tengok dan dah terlupa...so aku cuba untuk meluangkan masa menengoknya...sayangnya aku dah terlepas 3 malam pertama...cuma sempat tengok start dari filem no 4...




Thunderball (1965)


Aku membesar di zaman Sir Roger Moore sebagai James Bond...makanya cerita2 James Bond Sean Connery bukan lah menjadi pilihan aku...pada aku James Bond adalah Sir Roger Moore...oleh sebab tu rasanya aku cuma pernah sekali jer dulu nengok cerita Thunderball ni...lama dulu dah...aku pun ingat2 lupa dah cerita ni...

Walaupun begitu...Sean Connery memang sesuai ngan watak ejen 007 ni...nampak macho dan kacak bergaya orangnya...auuuuwwww...memang playboy abis...heheh...banyak adegan2 yang tak sesuai untuk menonton ngan anak2...kebetulan aku nengok ngan anak aku yang kecik...jenuh la pulak aku nak kena laver line bab2 cium tu...tu pun nasib banyak yang astro dah potong...next time kena berhati2 ngan cerita macam ni...cerita popular tak semestinya sesuai untuk kanak2...

Mungkin di tahun 60an dulu nampak best cerita aksi macam gini...tapi melihatnya di tahun 2011 rasa lawak la pulak tengok special effectnya...iyer la zaman tu mana ada teknik CGI...lawak tengok adegan jet fighter tenggelam dalam laut tu...nampak sangat jet mainan...mungkin kalau cerita ni di "remake" semula dengan teknologi zaman sekarang...hasilnya tentu hebat...tapi jangan tak tau...filem ni menang Academy Award tahun 1966 untuk Best Visual Effects...

Apa2 pun bagi aku takder la best sangat pun Thunderball ni...bab gaduh2nya pun tak real langsung...standed2 B grade action movie jer kalau zaman sekarang...tapi ianya boleh la dimaafkan...perlu ingat...ni filem tahun 1965...ni dah masuk tahap klasik action movie...

oh yer...nak lagi feel...jangan bukak chanel HD...bukan HBO Ch.411...pastu tukar yang cakap Bahasa Melayu....konpem korang akan terasa macam nengok cerita alih bahasa ultraman petang2 tu...hehehe...

Saturday, December 10, 2011

Sudah Sampai Sini : Melaka

Sebab kenapa aku tak gi Fenomena 30 tahun Search kat larkin tu hari adalah kerana ni..



iyer...untuk yang ke berapa kalinya ntah...bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah...biasalah dekat....murah sikit kosnya...hahaha...

Sebenonya ada jemputan kahwin kat Teluk Kemang,Port Dickson...tapi tak singgah pantai PD pun pasal memang bercadang nak bermalam di melaka...takder kemana sangat pun...dah banyak kali gi sini...layan anak2 jalan2 sekitar bandar hilir jer la....


Tempat tido...budget hotel...tengah bando...tak jauh dari mahkota parade...boleh la...cuti2 sekolah ni lambat tempah memang penuh dah...


A Famosa ni masa aku kecik2 dulu ikut rombongan sekolah memang excited giler bila dapat nengok depan mata...asyik tengok gambo dalam buku teks sejarah jer kan...(iyer SEJARAH...bukan TAWARIkH...aku muda sikit yer...hahaha...)


(view dari bukit gereja st paul)
setiap kali gi sini...mesti anak2 ajak panjat bukit gereja St Paul ni...letih beb...kena pulak kalau time panas terik...berpeluh...pancit...
tak dapat nak ambik gambo kat atas bukit tu...orang sesak...hari ahad rupanya dorang ada upacara semayang kat gereja tu...aku ingatkan gereja ni dah tak pakai lagi dah...

seingat aku masa aku kecik2...tahun 82 kot...1st time aku gi sini...depan A Famosa tu jalanraya...lepas tu laut...sekarang ni kalau korang nengok gambo atas ni...mana nampak lautnya...mahkota parade adala...giler jauh dorang tambak...


Aku tak pasti bangunan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan ni untuk apa...aku suka senibinanya...snap ajer la..


Pemandangan biasa kat bandar hilir ni...tu lum tengok waktu malam...ngan lampu lap lip dan radio macam disko bergeraknya lagi...RM20 kalau korang nak pusing2 naik beca ni..


"Kereta lembu...Dari Melaka...Di tarik pula oleh...Lembu perkasa..."

tapi ni lembunya takder...tengah lunch makam rumput...hihi...


ni kapal ni aku pernah cerita dulu2...SINI


Melaka river cruise...nanti2 la aku citer...
(tu gaya tangan tu bukan bapaknya yang ajor yer...hihi)

nanti sambung...