Friday, December 16, 2011

The Metal Opera

Kembali pula ke album tahun 2001...10 tahun dah berlalu...



Avantasia - The Metal Opera

Ini adalah genre power metal...frankly speaking...power metal ni la yang membuat aku kembali mendengar muzik metal masa tahun 2000 dulu...selepas berkahwin (1996) aku mula tak ambik tau pasal metal2 ni semua...sehinggalah bila aku balik bertugas di JB dan mendengar Dawn Of Victory - Rhapsody di kedai Padil Muzik Box Plaza Kotaraya...

start tu aku mula dengar balik Helloween dan Gamma Ray...tu ajer la band power metal yang aku tau...tapi bila aku start join geng2 Metal Terus...tu jam zaman Yahoo mail..berkenalan ngan Encik Hafiz...aku mula kenal Blind Guardian,Stratovarius,Sonata Arctica,Angra,Hammerfall dan jugak band pencetus idea Avantasia ni iaitu Edguy...terimakasih En Hafiz...

Power metal ni bukan semua orang boleh terima...pasal bunyinya seakan2 sama...kalau melodi tak betul2 catchy...dengar sedap tapi tak menangkap dan susah nak ingat...Edguy adalah satu band contoh begitu...banyak lagu2nya sedap tapi aku susah nak ingat...

Tapi bila dapat cerita yang Tobias Sammet penyanyi Edguy ni ada buat side projek yang melibatkan who's who dalam scene power metal...aku tak teragak2 untuk beli...cekidot list pemuzik yang terlibat

Tobias Sammet (Edguy/vocals/keyboards)
Henjo Richter (Gamma Ray/guitars)
Markus Grosskopf (Helloween/bass)
Alex Holzwarth (Rhapsody/drums)


dan 8 vokalis jemputan

Michael Kiske (Helloween)
David DeFeis (Virgin Steele)
Oliver Hartmann (At Vance)
Rob Rock (Impellitteri)
Sharon Den Adel (Within Temptation)
Andre Matos (Angra)
Kai Hansen (Gamma Ray)
Timo Tolkki (Stratovarius)


Memang dasat mereka2 yang terlibat...tapi yang paling aku excited nak dengar adalah Michael Kiske...maklumlah dah lama beliau meninggalkan muzik yang begini...ternyata suara dia masih power dan alangkah ruginya beliau dah pencen dari genre sebegini..



Tobias Sammet mengelarkannya sebagai metal opera...tapi bagi pendengaran buta muzik macam aku ianya bukanlah sebenar2nya opera...cekidot "Nightfall In The Middle Earth" dari Blind Guardian atau pun "Streets: A Rock Opera" dari Savatage...tu baru betul opera...tapi Avantasia The Metal Opera ni bagi aku hanyalah sekadar melodic power metal...malah influenced dari Helloween memang sangat jelas dapat ditangkap...

Dari segi lagu2nya...bolehlah dikatakan memuaskan....tapi takder la boleh kata hebat sangat...antara lagu yang menarik perhatian aku adalah "Reach Out For The Light", "Breaking Away", "Farewell", "Avantasia" dan "Sign Of The Cross"...tapi yang tak berapa bestnya...walaupun ramai penyanyi jemputan...suara dorang seakan2 sama...bila dengar Sharon Den Adel kat lagu Farewell baru terasa kelaianan....patutnya Tobias bagi Sharon 2,3 lagu lagi...baru lebih menarik...

Apa2 pun...ini konsep album...so ada jalan cerita...tapi terus terang aku tak berapa paham ceritanya...sipnosisnya pun panjang berjela...tak larat nak baca...ada sikit2 berkisarkan cristianity...so jeling2 la liriknya kalau nak menyanyi bersama...

kesimpulannya...cd ni khas kepada sesapa yang minat power metal sahaja..

7 comments:

  1. klu lagu2 power metal yg liriknya xmelibatkan swords & sorceries kebanyakkannya best

    tp kebanyakkannya dimonopoli oleh band2 belah eropah kan?

    ReplyDelete
  2. band cenggini bagi aku terlampau grandeur, tak boleh nak masuk sangat untuk aku.

    ReplyDelete
  3. gua suka avantasia seperti gua suka rhapsody of fire dan hammerfall. album ni ok tapi paling gua suka adalah album kedua The Metal Opera 11 pasal lagu "Chalice of Agony". layan sungguh lagu ni!

    tak lupa cover yang sangat menarik

    ReplyDelete
  4. jujur yang saya tahu POWER METAL itu hanya HAMMERFALL....yang lain tak berapa minat...

    ReplyDelete
  5. Band Eropah memang terer buat power metal campur opera dan klasikal. Memang opera dan klasikal muzik asal belah sana...so there is no problem for them to mix it with modern art..uiih cakap omputeh lak

    ReplyDelete
  6. kira supergroup la band ni, macam menarik tambah plak concept album..

    ReplyDelete