Wednesday, December 24, 2008

Pirates Of Selat Melaka

Sambung lagi skit citer kat Melaka.

Hari tu kat Melaka cadangnya nak pegi tempat2 baru macam Eyes On Malaysia dan Menara Taming Sari...tapi disebabkan susahnya nak cari parking...apa la Melaka ni..(jam giler...satu jam aku pusing2 cari parking...leceh la jalan time cuti sekolah ni..) dan hujan lebat...membatalkan hasrat nak pegi tempat2 tu...kebetulan kat tempat aku makan tu berdekatan ngan Muzium Samudera...dan aku sekeluarga tak pernah lagi pergi situ..tambahan pulak anak2 aku excited nak tengok kapal..akhirnya selepas hujan teduh...kami ke sana.

Info kat internet tulis muzium ni replika kapal portugis sebenar iaitu kapal Flor de La Mar berukuran 34 meter tinggi,36 meter panjang dan 8 meter lebar.Selain merasa persekitaran dalaman kapal, turut dipamerkan juga ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan du Melaka.

aku pun tak pernah merasa naik kapal...naik sampan,bot,rakit,feri pernah la..cuma kapal yg ni atas darat...mmg tak akan mabuk laut la...

Menara Taming Sari...walaupun dah dekat...tapi aku tak pergi...hujan..

Muzium Samudera...pandangan dari tempat aku makan.

Pandangan dari dekat...kena naik tangga utk masuk ke kapal ni..sapa yg gayat memang gayat arr..

Adakah ini wajah Captain Jack Sparrow?...atau wajah tok nenek Cristiano Ronaldo?...hehe..

Suasana dalam kapal...sebenonya banyak gambar...tapi asik ada muka anak aku berposing...tak yah la letak..hehe..

kata kapal Portugis...naper pulak ada atok Bruce Dickinson kat sini...tu bendera union jack kan?

Besar giler sauh ni...buat cover album best ni.. :D

ingat nak bergambar ala2 titanic u jump i jump...tapi part muncung kapal tu tutup pulak tak leh naik...rugi ahh...hehe..

8 comments:

  1. melaka ni yang sengalnya bila nak cari parking...memang padat giler minggu lepas aku cuma melayan "trafik jam" jer kat melaka..pusing2 cari parking tak dpt2 terus gua balik umah

    ReplyDelete
  2. oh ye aku dah link blog ko kat blog aku

    ReplyDelete
  3. gua tak penah naik kapal ni, lalu je 2-3 kali...

    ReplyDelete
  4. thanks berteromber cerita2 ni.
    lama sangat aku tak gi Melaka, tahu jugak aku perkembangan tempat2 menarik

    tapi yang lawak tu apsal ada union jack lak eh kalo kapal potugis

    ReplyDelete
  5. bro,melaka sekarang ni bukannya macam dolu2..pembangunannya pesat..setahu gua..kalo lu pegi kat mahkota parade tu,banyak parking..lepas tu naik beca la..he..he..

    ReplyDelete
  6. matakucing...
    aku pun sama la

    eddie...
    tu la pasal...wa pun dah berkali2 lalu...baru ni tergerak nak singgah

    deaf...
    tu yg konpius aku tu...ker dedulu bendera portugis bentuk camgitu..heh

    rajarock...
    naik beca eh...mahal la bro...sekarang beca pun dah ikut kaler digi & maxis..lagi kena sponsor lagi mahal siut..

    ReplyDelete
  7. hahahaha wa ingat lu tadi yang kat atas kapal tuuu !!!

    ReplyDelete
  8. heheheh.... mcm hampir sama rr entry ni ngan kat blog aku punya entry. Psl Melaka. Yup! Melaka mmg best utk dilawati. Byk tempat best utk singgah ek. Tp jalan kat situ mmg tersangatlah kecik nye!! Hmmm.. warga JB, kene fikirkan apa yg patut kita buat kasi JB ni best sket. Takat ada Danga Bay tpt warga asing tu melepak nk buat apa...

    ReplyDelete