Thursday, September 11, 2014

Animalize

Yang akan menyambut ulang ke 30 pada 13hb September ini...


KISS - Animalize (1984)

Ini adalah album yang membuatkan saya kembali mendengar KISS. Semuanya kerana lagu "Heaven's On Fire". Lagu yang terdapat dalam salah satu kompilasi Kerrang! versi kaset apache dan versi video tape VHS. Ianya adalah sebuah lagu hard rock atau mungkin boleh di panggil pop metal atau glam metal bagi mereka yang mementingkan sangat perihal genre muzik. Mungkin kerana selalu mendengarnya pada ketika itu menjadikan saya suka.

Bila dah suka, saya kembali mencari dan mendengar semula semua muzik KISS yang lama. Cerita ni ada saya ceritakan dalam entri berkenaan KISS dalam entri-entri saya yang lama. Kalau rajin, silalah baca.


Tetapi pada ketika itu saya tak tahu pun yang mendiang Mark St. John adalah gitaristnya. Beliau mungkin boleh dianggap seperti George Lazenby dalam filem James Bond. Mungkin kerana beliau juga adalah shredder seperti Vinnie Vincent. Makanya sound gitar antara mereka berdua ketika era "unmasked" KISS di tahun 80an seakan-akan sama. memang saya tak perasan. Animalize pun tak lari jauh dari Lick It Up (1983). Cumanya mungkin ianya terlebih pop maklumlah album ini sebenarnya lebih kepada citarasa Paul Stanley seorang.

Walaupun begitu pengaruh heavy metal 80an memang jelas kedengaran. Lagu-lagu seperti "I've Had Enough (Into the Fire)", "Under the Gun" jelas ada pengaruh band-band Hair Metal Sunset Strip dari Los Angeles. Memang pelik kan. Mereka menjadikan KISS sebagai pengaruh tetapi akhirnya KISS pula mengambil mereka sebagai pengaruh. Terbalik dah.

Walaubagaimanapun, album inilah yang membawa semula KISS ke dunia mainstream selepas tenggelam di era penghujung 70an.



Wednesday, September 10, 2014

Sudah Sampai Sini : Masjid Negara






Bila agaknya kali terakhir anda menjejakkan kaki di Masjid Negara?...
Adakah dulu-dulu zaman rombongan sekolah?...
kalau saya...06hb September 2014   05:30 pm....



Tuesday, September 9, 2014

Fistful of Metal

Lagenda thrash yang dah berusia 30 tahun...


Anthrax - Fistful of Metal (1984)

Lama dah cari cd ni. Akhirnya berjaya juga dimiliki awal tahun tempohari. Album pertama mereka yang satu-satunya menampilkan Neil Turbin sebagai vokalis dan Dan Lilker (Nuclear Assault) sebagai pemain bass.

Bukanlah album yang sesuai jika anda baru hendak mengenali muzik Anthrax. Ia sedikit berbeza dari zaman klasik line-up "Belladona,Ian,Benante,Spitz,Bello" mereka. Maklumlah ketika ini genre thrash baru hendak bermula. Fistful of Metal adalah antara album terawal dalam kategori tersebut.

Ini bukanlah thrash sepenuhnya tetapi sekadar permulaan untuk ke arah itu. Lagu yang terawal menggunakan perkataan thrash sebagai tajuknya "Metal Thrashing Mad" pun masih pekat pengaruh NWOBHM. Lagu kaver Alice Cooper "I'm Eighteen" walaupun agak menarik tetapi agak janggal kalau ianya hendak dipanggil thrash.

Vokal Neil Turbin tidaklah sehebat Joey Belladona. Adalah iras-iras klon campuran Rob Halford dan Paul Di'anno. Tetapi yang menarik perhatian saya adalah ketukan drum Charlie Benante. Memang power. Dan tak lupa juga solo shred melodic Dan Spitz contohnya dalam lagu  "Panic" dan "Subjugator.

Lagu-lagunya boleh tahan. Laju dan raw soundnya. "Metal Thrashing Mad" yang sering mereka bawa dalam konsert-konsert mereka sehingga sekarang adalah lagu pilihan saya. Sekali dengar pun dah terpikat. Walaupun begitu saya rasakan ianya tidak cukup kuat untuk menjadi sebuah "debut album" klasik seperti album-album lain yang seangkatan dengannya contohnya Kill Em All, Show No Mercy, Bonded by Blood mahupun Feel the Fire.



Monday, September 8, 2014

Putu Bambu Special Juriah Air Hitam

Selalu orang tanya aku apa yang best makanan kat Johor...kekadang terkial-kial juga aku nak jawap...tapi kalau bab makan...tersesat pula kat Air Hitam...takder benda lain yang anda patut cuba...Putu Bambu Special Juriah Air Hitam....ni kalau tak pernah cuba...tak boleh mengaku lagi la dah sampai Air Hitam.



Lokasinya mudah. Tak jauh dari exit Air Hitam. Lepas tol PLUS tu belok kiri menghala ke pekan Air Hitam. Jumpa lampu insyarat...toleh kanan...tu lah gerai dia. Ianya terletak kat kawasan medan selera...ada juga gerai cendol pulut yang boleh tahan sedap...Nampak gerai yang orang beratur panjang...memang tak salah...itulah tempatnya...



Satu pack ni tak silap aku harganya RM6  RM3... Iskh...masa menaip ni pun air liur aku dah meleleh...hahaha...memang sedap...lembut...lemak manis...memang tak sama la macam yang kat pasar malam jual tu..


Dulu-dulu zaman belum ada lebuhraya Utara Selatan...Pekan Air Hitam ni memang popular la tempat bas express berhenti makan. Sekarang dah takder lagi dah...tapi tempat jual pasu...barang-barang hantaran kahwin masih tetap happening...rasanya tinggal benda ni dan putu bambu juriah ni ajerlah yang jadi penyebab aku masih singgah Air Hitam.




Thursday, September 4, 2014

Powerslave

Semalam, 3hb Sept...genaplah 30 tahun usia album lagenda heavy metal ini....


Iron Maiden - Powerslave (1984)

Powerslave is the fifth studio album by English heavy metal band Iron Maiden, released on 3 September 1984 on EMI in Europe and its sister label Capitol Records in the US. It was re-released by Sanctuary/Columbia Records in the US in 2002.

It is notable for its Ancient Egyptian theme displayed in the cover artwork, lifted from the title track, which was carried over to the album's supporting tour. The World Slavery Tour' began in Warsaw, Poland on 9 August 1984, and is widely regarded as being the band's longest and most arduous to date, and lead to the live album Live After Death.

The release also contains a musical re-telling of Samuel Taylor Coleridge's "The Rime of the Ancient Mariner", which uses pieces of the original poem as lyrics and is, furthermore, Iron Maiden's longest song to date (at thirteen minutes and 42 seconds in length).


Powerslave is also notable as being the band's first album to feature the same lineup as the previous one, which would remain intact for two further studio releases.


Sepatutnya entri ini ditulis semalam...tetapi disebabkan terlupa nak tangkap gambar...maka terlewat sehari...bukan nak buat ulasan pun...dah pernah tulis dah pasal album ini 4 tahun yang lalu....tetapi ini hanyalah satu tribute kepada album yang mengenalkan saya kepada terma "Heavy Metal"....album yang lagu di dalamnya (2 Minutes to Midnight) menjadikan saya insan terpilih untuk meminati muzik yang sebegini...

Terimakasih Powerslave!

Untuk cerita saya tentang Powerslave 4 tahun yang lalu...klik >SINI<





Wednesday, September 3, 2014

Burning Heart




Mungkin ramai yang tak kenal siapa Jimi Jamison...dan ramai juga yang tak tahu Survivor dan lagu "Burning Heart"...tetapi mungkin kalau anda adalah peminat filem Rocky IV, atau sekurang-kurangnya pernah menontonnya, pastinya samada sedar atau tidak, anda sudah pernah mendengar lagu ni.

Semalam terbaca yang penyanyi kumpulan Survivor, Jimi Jamison dah meninggal dunia akibat sakit jantung...dan kebetulan pagi tadi terdengar pula lagu "Burning Heart" dari Survivor ini dimainkan di Lite FM sebagai tribute kepada beliau. Secara tiba-tiba kenangan 28 tahun dahulu ketika pertama kali mendengar lagu ini mula terbayang.

Tahun 1985 dan 1986..kecenderungan muzik saya mula berubah. Dari Duran Duran dan A-Ha, saya mula banyak mendengar lagu-lagu yang 'guitar oriented' dari band rock Top 40 dari Amerika. Bermula dari band-band rock seperti Journey, Foreigner, Toto, REO Speedwagon dan termasuklah Survivor inilah yang kemudiannya saya mula mendengar heavy metal. Saya masih ingat ada satu kompilasi kaset pirate lagu-lagu Top Hits kepunyaan abang saya yang didalamnya ada lagu ini. Kenangan ber"air guitar" menggunakan raket badminton semasa mendengar lagu ini tidak akan dapat saya lupakan


Survivor telah terlebih dahulu popular dengan lagu "Eye of the Tiger" dari soundtrack filem Rocky 111 (1982). Tetapi ketika itu Jimi Jamison bukanlah penyanyinya. Selepas itu Survivor agak tenggelam. Kemasukan Jimi dengan album Vital Sign (1984) berjaya mengembalikan Survivor ke puncak. Lagu seperti "The Search Is Over" (lagu kegemaran saya) dan juga "I Can't Hold Back" berjaya mengembalikan mereka ke dalam carta. Tetapi lagu Burning Heart dari soundtrack Rocky IV lah yang benar-benar membuatkan mereka popular kembali. Lagu ini sememangnya khas diciptakan atas permintaan Sylvester Stallone sendiri.

Mungkin ramai yang tak tau Jimi asalnya adalah penyanyi kepada sebuah band heavy metal. Malah beliau juga pernah ditawarkan untuk menjadi penyanyi Deep Purple selepas Ian Gillan dipecat pada tahun 1989. Sayangnya perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.

Saya tidak pernah ada kaset ataupun cd dari Survivor. Mungkin sudah sampai masanya saya membeli album Vital Sign. Kalau dapat dalam bentul vinyl pun menarik juga...



THANK YOU FOR THE MUSIC


Jimmy Wayne "Jimi" Jamison 
(August 23, 1951 – August 31, 2014)





Tuesday, September 2, 2014

Defenders of the Faith

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


Judas Priest - Defenders of the Faith (1984)

Agak sukar untuk memilih album kegemaran Judas Priest saya. Mungkin kerana saya hanya betul-betul mengikuti mereka pada tahun 1987, bermula dengan album Priest...Live!. Memang agak terlewat. Makanya agak kurang perasaan "sentimental value" pada mana-mana satu album. Mungkin Priest...Live!, yang lain tidak.

Screaming for Vengeance, Defenders of the Faith, Killing Machine/Hell Bent for Leather, British Steel, Painkiller dan Turbo adalah antara yang menjadi kegemaran. Yang menariknya bagi saya tentang Defender of the Faith adalah kerana adanya lagu "The Sentinel". Ianya penting bagi saya seperti mana "Before the Dawn" yang ada dalam album Hell Bent for Leather. Kerana 2 lagu inilah yang mengenalkan saya kepada Judas Priest.


Tetapi yang pastinya ini adalah antara album terbaik dari mereka. Mungkin juga antara yang terbaik untuk genre heavy metal. Semua lagu pun best. Mungkin "Rock Hard Ride Free" sedikit poppy ala "Living After Midnight" tetapi yang lainnya seperti "Jawbreaker", "Eat Me Alive", "Freewheel Burning" "Love Bites" "Some Heads Are Gonna Roll" dan "The Sentinel" adalah contoh lagu klasik keavy metal. Malah gambar kulit album pun dah cukup mengambarkan inilah heavy metal yang sebenar.

Jika anda pengemar heavy metal 80an, memang tidak ada sebab untuk anda tidak menyukainya.


Rekomended!