Friday, June 12, 2015

Killing Is My Business... and Business Is Good!

Yang genap 30 tahun pada hari ini (12 jun)


Megadeth - Killing Is My Business... and Business Is Good! (1985)

Ada orang kata benda yang terbaik Lars Ulrich/James Hetfield pernah buat adalah apabila dia memecat Dave Mustaine. Kalau tak pasal tu, maka tak wujudlah Megadeth. Untuk itu...terimakasih Lars/James... :P

Killing Is My Business... and Business Is Good! adalah album balas dendam Abang Mus pada Metallica. Dia nak lebih dari Metallica. Lebih laju dan lebih berat. Hasilnya lagu ciptaan beliau ketika bersama Metallica, "The Four Horsemen" menjadi lebih pantas temponya dengan tajuk "Mechanix". Tak salah kalau ada yang menganggap album ini lebih brutal dari Kill 'Em All.


Pengalaman peribadi saya mendengarnya pada kali pertama adalah pada tahun 1987. Pinjam kaset rakan sekolah. Yang bestnya pinjam saing dengan kaset Poison - Look What the Cat Dragged In. Dua-duanya saya "dubbing" guna radio kaset yang ada double deck. Zaman tu tak kisah pun layan Megadeth saing-saing dengan Poison. Tiada istilah poser. Janji bunyi distortion gitar...layan! Zaman tu orang masih panggil semua pun rock.

Siap saya lukis sendiri gambar cover "Vic Rattlehead" kat kaset dubbing tu. Sayang dah hilang untuk dijadikan bahan bukti. Tetapi pada ketika itu saya lebih sukakan "Poison - Look What the Cat Dragged In" kerana soundnya. Killing Is My Business... and Business Is Good! soundnya agak kotor, sebu dan tenggelam. Tambah pula ianya kaset dubbing.


Secara jujurnya, selepas mendengar album "Peace Sells... but Who's Buying (1986)", barulah saya kembali semula mendengar album ini. Ianya jenis grower. Salah satu album thrash atau speed metal yang terawal dalam sejarah. Lagu "Looking Down The Cross" tetap saya suka hingga kini. Masih mendengarnya sekali sekala. Lain-lain yang menarik pada saya termasuklah lagu yang menjadi title track, "Killing is my Business" serta "Skull Beneath the Skin" dan "Chosen Ones".

Yang tak bestnya cd saya adalah rilisan tahun 2009. Mana-mana cd rilisan selepas tahun 1995, tidak akan ada lagu cover "Nancy Sinatra - These Boots" kerana masalah copyright. Saya masih cuba untuk mendapatkan cd versi remastered tahun 2002. Tak kisahlah walaupun lagu "These Boots" dalam cd tersebut telah di"bleeped"kan pada lirik-lirik makian yang ditambah sesedap rasa oleh Abang Mus.

Nak cari yang ori press...memang susah la...kalau ada pun harganya memang tak mampu milik.




Thursday, June 11, 2015

Tuesday, June 9, 2015

Sudah sampai sini - Muzium Rakyat (People's Museum)

Last cerita pasal jalan-jalan ke Melaka untuk hari tu..

Melaka ni banyak kali dah pergi terutamanya kawasan Bandar Hilir. Sampai dah tau nak kemana lagi dah. Last-last layan muzium. Sini memang banyak muzium. Salah satu darinya adalah Muzium Rakyat.


Tak tahu apa-apa pun pasal muzium ini sebenarnya. Tengok tiket murah (Dewasa : RM2 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen), main masuk ajer la...tak rugi apa pun.


Kalau ikut google, katanya "Bahan pameran merangkumi perkara berkaitan isu-isu perkembangan ekonomi dan sosial Melaka dari era gelap hinggalah ke zaman dinamik. Bahan pameran dibahagikan kepada pelancongan, pertanian, industri dan sektor-sektor lain"

Tetapi sebenarnya bukanlah pasal Melaka sahaja, ada juga pameran berkenaan perkara-perkara lain berkenaan rakyat (people). Macam-macam ada...maklumlah 3 tingkat.


Contohnya permainan rakyat macam layang-layang dan wau.


Banyak lagi. Contohnya gasing....permainan baling tin pun ada. Tak larat jer nak letak semua gambar.


Ini pula bahagian kecantikan. Contohnya definasi kecantikan bagi pelbagai kaum di dunia.


Ada juga galeri 3d


Bahagian ni banyak gambar-gambar 3D zaman kesultanan Melaka. Sayangnya banyak juga yang dah rosak.


Ada juga bahagian angkasa lepas.


Batu taik bintang (meteor) yang sebenar. Berat-berat batunya..


Ada juga terselit poster filem-filem lama di dinding-dindingnya


Tapi yang peliknya poster LA Guns ni tak tau la untuk apa motifnya...


Axl Rose pun ada...ker mamat yang kerja muzium ni memang seorang rocker?...heheh...






Monday, June 8, 2015

King For A Day, Fool For A Lifetime

Yang dah pun 20 tahun pada bulan mac yang lalu...


Faith No More - King For A Day, Fool For A Lifetime (1995)

Minat saya pada Faith No More adalah kerana Jim Martins. Selain kerja gitarnya, sejarah beliau bersama Cliff Burton banyak mempengaruhi. Selepas beliau ditendang keluar dari Faith No More dan ditambah pula dengan album sebelumnya "Angel Dust (1992)" yang terlampau memberi tumpuan kepada bunyi keyboards. Minat saya pada Faith No More agak berkurang.

King For A Day, Fool For A Lifetime awalnya dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi selepas beberapa kali pendengaran, saya lebih bersikap terbuka. Kerana lagu-lagu mereka memang sedap. Bersama Jim Martins atau tidak, identiti Faith No More tidak jauh berubah. Tetap Rojak!



Kemasukan Trey Spruance sebagai gitaris (rakan Mike Patton dalam Mr Bungle) walaupun sekadar pemuzik undangan sebenarnya menarik. Latarbelakang beliau yang pelbagai berjaya merojakkan lagi muzik Faith No More. Tambah menariknya walaupun majoriti lagunya tiada solo gitar, tetapi bunyi keyboards bukan lagi elemen yang utama. Ini yang peliknya. Seolah-olah bukannya Jim Martins yang tiada, tetapi Roddy Bottum kerana bunyi keyboardnya agak kurang dan kebelakang.

King For A Day, Fool For A Lifetime muziknya lebih "straight" dan kurang progessif berbanding album sebelumnya, Angel Dust. Tetapi memang susahlah untuk melabelkan mereka mengikut genre. Dari yang metal/punkish seperti "Get Out" boleh bertukar 360 darjah kepada muzik yang jazz/swinggy  seperti "Star A.D."


Kalau anda tidak mementing genre, apa pun sebat janji sedap...Faith No More sememangnya salah satu band yang patut anda cuba. Kalau anda dari generasi baru, mungkin muzik System of a Down boleh dijadikan rujukan kerana memang jelas dan nyata dari mana mereka mendapatkan rujukan.

Bak kata Phil Rhine dari Sacred Reich, dalam lagu  "31 Flavors"...."Mike Patton's voice is smooth as silk."

Best!






Friday, June 5, 2015

Hunting High and Low

Oleh kerana agak sibuk dengan kerja di awal bulan, saya terlepas untuk meraikan sambutan ulangtahun album kegemaran ini....


a-ha - Hunting High and Low (1985)

Album ni dah pun 30 tahun usianya pada 1hb Jun yang lalu. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang mendengar lagu "Take On Me" di radio bersama-sama abang. Berebut-rebut cuba merakamnya bila ianya disiarkan di radio. Susah nak dapat yang sempurna. Asyiklah suara DJ menyampuk kalau tak diawal, menyampuk di akhir lagu. Hampeh! Sehinggalah abang berjaya membeli kaset "pirated"nya (RM3) di kedai kaset di Pekan Ulu Tiram.

Suka betul saya lagu tersebut. Apatah lagi bila dapat menonton video clipnya yang mengabungkan alam realiti dan kartun. Kreatif betul. Ianya adalah video clip kegemaran saya sepanjang zaman. Bahkan majoriti video clips mereka memang semuanya menarik.


Saya meninggalkan a-ha bila saya mula kemaruk dengan muzik metal dan rock. Tetapi album yang bagus terutamanya jika anda mempunyai banyak kenangan padanya tetap tidak akan dilupakan. Saya kembali mencari album ini dalam bentuk cd bila wujudnya zaman cd. Tambahan pula saya telah kehilangan versi kasetnya.

Walaupun saya sukakan lagu "Take On Me" tetapi lagu kegemaran saya dari album ini adalah "The Sun Always Shines on T.V."  Tajuknya sahaja sudah cukup untuk menarik minat apatah lagi bila mendengar. Dan pastikan juga anda menonton video clipnya. Ianya kesinambungan dari video clip "Take On Me". Seperti yang saya katakan awal tadi, video clip mereka memang semuanya menarik.


Selain itu lagu yang menjadi title track, "Hunting High and Low" pun sedap. "Train of Thought" pun ok tetapi bila time feeling emo mungkin boleh layan balada pendek tak sampai 2 minit, "And You Tell Me".

Mungkin kalau ada rezeki cuba-cuba juga untuk mencari versi piring hitam.

Ini bukan rock ataupun metal...tetapi sangat sedap. Rekomended!



Thursday, June 4, 2015

gila format




Bukan nak sangat kumpul semua format...Ni satu lagi hobi yang buat jahanam duit...cd tu dulu beli pasal nak ugdrade dari kaset pirated...tapi yang piring hitam ni memang tiada dalam perancangan...Nak beli benda lain tapi disebabkan boleh dapat postage percuma...suka-suka bid...tak sangka pula boleh menang...tak pasal-pasal complete semua format...nasib tak ada dvd ataupun t-shirt...

Tapi benda-benda macam ni kumpul pasal ada memorinya...ni semua kenangan zaman-zaman muda belasan tahun punya cerita....soundtrack zaman remaja....ala...dunia jer pun.....

Tapi hari tu anak bongsu beriya-iya nak dengar...dia ingat bendalah ni sama dengan filem Cinderella yang dia tengok kat panggung beberapa bulan lepas...heheh...



Wednesday, June 3, 2015

Big Bad Wolf



Tahun ke 3 pergi...tahun ini bukunya lebih menarik dari tahun lepas. Singgah sekejap...tak berani nak pusing betul-betul. Baru pusing sikit pun dah terkopak RM100 lebih.... Parah! (nasib juga boleh tolak income tax)


Macam biasa cari buku pasal muzik. Lainnya banyak beli buku untuk anak. Itu tiada dalam gambar. Tapi buku Lepat tu bukan beli kat sini...tapi di Ekspo Buku Johor di Plaza Agsana.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan...