Monday, March 30, 2015

Cinderella

Aktiviti rutin semasa cuti sekolah yang lalu....


Cinderella (2015)

Ini bukan cerita pasal Cinderella band glam metal tu. Kalau yang itu memanglah suka sangat. Kalau ikutkan lebih berminat untuk menonton The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water, tapi apakan daya terpaksa mengikut suara majoriti. Anak-anak semua perempuan lah kan.

Mengharapkan ada "twist" atau kelaianan yang tidak dijangka tetapi rupa-rupanya filem ini benar-benar "stay true" kepada cerita kartun yang asal. Apa yang kita baca atau kita tonton masa budak-budak dulu itulah yang dipaparkan.

Yang menariknya mungkin teknik CGI dan lakonan ibutiri yang jahat dari Cate Blanchett. Ok lah, Lily James pun boleh tahan comel untuk watak Cinderella. Lain-lain biasa-biasa sahaja.

Sesuai kepada sesiapa yang suka cerita-cerita fairy tales. Ada juga bonus filem pendek Frozen (Frozen Fever) di awalnya. Budak-budak perempuan mesti suka.



5 comments:

  1. tgk sambil minum bundaberg, layan ni~

    ReplyDelete
  2. Frame by frame exact ye dengan yang original katun tu? Tak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takder la frame by frame...tapi dia punya story line memang tak lari dengan versi filem kartun Walt Disney tahun 1950

      Delete
  3. Aku ingatkan review albun cinderella ke..hehe..tapi filem ni pun hot jugak ek.bebdk dok bercerita je pasal filem ni

    ReplyDelete