Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2016
Dah pernah buat cerita pasalnya 5 tahun yang lalu...>SINI<
Nampaknya hampir semua album-album kegemaran saya di zaman kegemilangan rock melayu telah pun di "cd" kan. Blackrose terutamanya album pertama mereka ini bagi saya sangat unik. Tiada band lain yang bermain glam metal ala-ala Poison dan Bon Jovi seperti mereka. Sayangnya angkara Juara Lagu 1991 mereka selamanya telah dicop sebagai band poster. Sekadar bergambar di cover album tetapi tidak bermain semasa rakaman dan tidak boleh bermain secara live.
Sebenarnya pada saya mereka bukanlah teruk sangat. Mereka mencipta lagu dan lirik mereka sendiri. Mereka ada konsep band mereka sendiri. Sayangnya syarikat rakaman dan penerbit mereka, Zulkif (Headwind) tidak mahu berbelanja untuk mereka. Demi nak jimat belanja dan masa, majoriti lagu lagunya di mainkan oleh anggota Headwind sendiri. Kecuali mungkin lagu "Penantian". Sila rujuk >sini<
Mungkin begitulah nasib pemuzik. Prinsip ada masanya terpaksa dikorbankan. Tetapi yang pastinya album ini menampilkan Zulkif dengan sisi yang berlainan. Kerja gitar dan solo solo ala Ritche Sambora yang tidak mungkin beliau dapat mainkan ketika bersama Headwind. Memang menarik.
![]() |
| versi cdr dan kaset |
Terakhirnya tajuk lagu, "Simfoni 14/2" menjadi "Simfoni". Tak pasti adakah ianya typo atau sememangnya sengaja di buat begitu. Lirik di dalam cd pun ditulis sebagai "Simfoni".
Dari segi sound bukanlah yang terbaik tetapi masih boleh diterima. Maklumlah sumbernya sekadar dari piring hitam. Sound kering di track track terakhirnya sememangnya nyata. Jika anda mempunyai set audio yang baik, sound begini memang sedikit mengecewakan. Tetapi jika anda seperti saya, lebih baiklah ada dari tiada langsung. Tetapi itu bukanlah lesen bagi syarikat rakaman untuk hentam keromo segala memori remaja saya.






















