Saturday, June 4, 2016

Load

Hari ini 4hb Jun., genap 20 tahun album ini dipasaran...


Metallica - Load (1996)

Kalau mengikut tarikh yang tertulis di inlay cd, Load saya beli sehari selepas tarikh ianya dipasarkan. Ini mengambarkan betapa terujanya saya untuk mendapatkan album terbaru Metallica pada ketika itu.

Sayangnya saya dikecewakan oleh mereka. Kalau "Black Album" pun pada saya agak mengecewakan, Load apatah lagi. Mereka berubah terus baik dari segi muzik mahupun imej. Tiada lagi thrash. Mereka jadi meleweh. Tiada lagi rambut panjang. Dah macam model GQ pun iyer juga. Memang saya kecewa.


Tetapi siapalah saya di mata mereka. Load terjual sebanyak 680,000 keping dalam masa seminggu. Menduduki carta  no 1 Billboard selama 4 minggu. Terjual sehingga 5 juta unit di US sahaja. Mereka menjadi semakin popular dan kaya. Load adalah cerita kejayaan mereka di tahun 90an. Saya tidak terkesan buat mereka. Hilang seorang, 20 peminat baru yang datang.


Sempena 20 tahun saya cuba mendengarnya semula. Mungkin dengan usia yang bertambah 20 tahun tua, penerimaan saya akan berlainan. Mana tahu lagu-lagunya "grower". Track pertama, "Ain't My Bitch" masih ok. "2 X 4" tak boleh nak masuk. "The House Jack Built" dah macam Alice In Chains. "Until It Sleeps" boleh la untuk dengar sekali sekala. "King Nothing" macam lagu dari Black album. "Hero of the Day" lagu meleweh..dan rasa nak skip dah...nasib tengahnya ada bahagian yang heavy. "Bleeding Me" lagi lagu meleweh...skip! "Cure" Mid tempo...tapi bosan...skip! "Poor Twisted Me" bosan lagi..skip!..berapa banyak dah skip ni. "Wasting My Hate" lagi skip... "Mama Said" lagu slow ala country. Tak terpikir pun Metallica akan buat lagu macam ni kalau anda membesar di tahun 80an. "Thorn Within" intro sedap, masuk lagu bosan. "Ronnie" skip!! "The Outlaw Torn" skip!..

Arghh...memang tak boleh nak masuk. Terlampau banyak sangat yang meleweh. Mungkin anda suka tetapi ianya bukan citarasa saya. Kononnya stop dengar Metallica selepas ini. Tetapi bila Reload keluar. Beli juga. Dan tertipu lagi...hahaha...

*kesimpulan selepas 20 tahun - Tetap tak minat. Akan mencuba lagi 10 tahun akan datang :P





11 comments:

  1. Artwork dia tak boleh tahan.. Air mani campur darah..

    ReplyDelete
  2. aku pula mula kenal metalicak melalui album black dan load (memori form 5 ni)... agak heavy bagi aku yg sebelum itu cuma dengar lagu2 alternatives dan grunge

    st anger je aku memang tak dapat hadam (sampai sekarang)

    ReplyDelete
  3. Ade le beberapa lagu aku suka dalam load n reload.. lagu yg mana masih ade lenggok mcm Metallica.. yg len2 lgu tu mana yg aku rase mcm tak Metallica punya lagu aku skip.. hehe
    Tp ape pun ia album Metallica mesti kene beli albumnya..hehe

    ReplyDelete
  4. Tetapi siapalah saya di mata mereka. > ungkapan seorang peminat yang benar2 kecewa tu...

    ReplyDelete
  5. Album ni zaman aku..mula jinak2 ketika era alternative/grunge..album ni jauh panggang dari diskografi mereka yang hebat dahulu..aku suka bleeding me.. suka solo kirk hammet dgn wah wah pedal.. pengawalan tone yang bagus... just my 2 cent..hihi

    ReplyDelete
  6. Ni pertama kali dalam hidup aku nampak foto inlay cd atsu kaset dia.

    Boleh bayangkan betapa aku fedup dengan metallica zaman ni haha

    ReplyDelete
  7. album paling membosankan dalam sejarah riwayat hidup metallica... hehe, gitulah yang boleh aku simpulkan berkaitan album LOad ni.. ingatkan ini album terakhir berkonsepkan begini, pas tu muncul pula album st.anger dan kemudiannya death magnetic, lagi la aku menyampah... kihh kihhh
    dengar citer terkini, album ke 10 mereka yg masih belum diberi tajuk, bakal diterbitkan pada musim panas 2016 ni.. harap-harap mereka akan kembali seperti di zaman 80an kembali.. harapan tinggal harapan jer lah.. huhu

    ReplyDelete
  8. dulu malam minggu radio THR ada rancangan 'alternative rock show' tu kan.dj tu siap cakap nak pasang lagu baru metallica sebelum album load rilis,1st time dengar 'until it sleep',eh?apahal macam lagu punk pulak ni? bila beli cd dia terus kuciwa..hahah

    ReplyDelete
  9. apa la kau ni album black pun tak boleh terima. album load ni best la bro, aku suka sangat, semua lagu sedap, layan beb, heavy la beb bukan meleweh, banyak solo yg sedap, psychedelic beb. cuba la terima kenyataan dan muhasabah diri. aku nasihatkan tak payah la kau layan album ni 10 tahun lagi, nanti aku balik kampung bagi je cd ni kat aku hehhehehe..

    ReplyDelete