Wednesday, June 15, 2016

Blackrose

Lagi album reissue...


Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2016

Dah pernah buat cerita pasalnya 5 tahun yang lalu...>SINI<

Nampaknya hampir semua album-album kegemaran saya di zaman kegemilangan rock melayu telah pun di "cd" kan. Blackrose terutamanya album pertama mereka ini bagi saya sangat unik. Tiada band lain yang bermain glam metal ala-ala Poison dan Bon Jovi seperti mereka. Sayangnya angkara Juara Lagu 1991 mereka selamanya telah dicop sebagai band poster. Sekadar bergambar di cover album tetapi tidak bermain semasa rakaman dan tidak boleh bermain secara live.


Sebenarnya pada saya mereka bukanlah teruk sangat. Mereka mencipta lagu dan lirik mereka sendiri. Mereka ada konsep band mereka sendiri. Sayangnya syarikat rakaman dan penerbit mereka, Zulkif (Headwind) tidak mahu berbelanja untuk mereka. Demi nak jimat belanja dan masa, majoriti lagu lagunya di mainkan oleh anggota Headwind sendiri. Kecuali mungkin lagu "Penantian". Sila rujuk >sini<

Mungkin begitulah nasib pemuzik. Prinsip ada masanya terpaksa dikorbankan. Tetapi yang pastinya album ini menampilkan Zulkif dengan sisi yang berlainan. Kerja gitar dan solo solo ala Ritche Sambora yang tidak mungkin beliau dapat mainkan ketika bersama Headwind. Memang menarik.

versi cdr dan kaset
Terdapat 3 perbezaan ketara untuk cd reissue ini. Pertama gambar covernya menampilkan 5 bukannya 4 orang anggota seperti kaset. Khabarnya mengikut cover piring hitam. Susunan lagunya juga berbeza. Tak pasti mungkin ianya juga mengikut versi piring hitam.


Terakhirnya tajuk lagu, "Simfoni 14/2" menjadi "Simfoni". Tak pasti adakah ianya typo atau sememangnya sengaja di buat begitu. Lirik di dalam cd pun ditulis sebagai "Simfoni".

Dari segi sound bukanlah yang terbaik tetapi masih boleh diterima. Maklumlah sumbernya sekadar dari piring hitam. Sound kering di track track terakhirnya sememangnya nyata. Jika anda mempunyai set audio yang baik, sound begini memang sedikit mengecewakan. Tetapi jika anda seperti saya, lebih baiklah ada dari tiada langsung. Tetapi itu bukanlah lesen bagi syarikat rakaman untuk hentam keromo segala memori remaja saya.




18 comments:

  1. Aku suka dan beli album ni pasal minat sgt dgn itu lagu mawar hitam tu..best.. dan jgk sound album ni sound King Studio.. hehe

    Bab kualiti tu rasanya elok la kita fahamkan dgn situasi skang.. zaman skang nk jual album ratus2 ribu unit tu zaman dlu2 je bleh.. skang ni plg2 pun dpt jual 200 unit aje utk satu album.. klu dorg nk buat inlay berlipat2 tu dgn mastering yg btol2 pro lg mmg tk balik modal la jawabnya.. rugi adalah.. klu zaman blum wujud bab sedut menyedut ni boleh la dorg kuar bajet besar kn.. skang siput sedut banyak.. lanun pun bnyk.. dlu klu cd tk laku penjualan kaset boleh pusing semula modal.. zaman skang kaset pun dh pupus.. dn label pun banyak yg gulung tikar kerana perubahan zaman.. jd ni lah masalah skang.. dn label yg masih bernyawa mcm sony ni mmg satu masalah nk rilis album2 yg xpernah rilis cd.. tp dorg ttp baik hati perkenakan permintaan peminat nk riliskan album2 lama2 ni.. tp riskio tu ada.. dan dorg tau album skang plg2 pun tk kurg 200/300 unit jek dpt jual (klu album tk berapa nk best).. nk elak rugi dn jimat rip terus aje dari mastertape/lp dan mastering guna khidmat tukang master yg biasa2 aje.. inlay lipat dua.. walaupun cmni keadaanya takdalah kualitinya teruk sangat.. bg aku ok lah.. janji ada dari tiada.. kita bersyukur dn terima kasih dgn org yg berusaha utk riliskn semula album2 lama ni..
    Dan klu mereka nk jual dgn harga rm39.90 mcm cd dlu2 pun boleh jgk tu.. janji kualiti "yang sebenar" tu ada.. kolekter tegar pasti sanggup beli kan kan.. hehe
    (

    ReplyDelete
  2. Nak satu cd blackrosenie. Kedai takde jualke? Harap-harap mawar hitam dia tak pekung sangat bunyi. Tapi kenapa kat radio main sedap bunyi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mawar hitam tu tak silap pernah keluar dalam cd kompilasi...so mungkin radio pakai versi tu...

      Delete
  3. Brader black rose cdr sound amacam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang tanya...haha...malas nak sebut kat entry atas..kang ada orang marah aku kang...heheh...

      sebenarnya cdr aku tu pun copy lp...sound terus terang cdr tu sama taraf dengan versi reissue malah bunyi bass dia lagi sedap...jelas...reissue punya tak dengar bunyi bass...cuma versi cdr ni ada lagu yang belum abis dah terpotong...rasanya bagi orang yang buat cdr ni mastering lagi hebat kot...just my 2 cents...

      Delete
  4. Mmg syg band ni kreatif,cipta lagu n lirik sendiri tapi dia muncul tak kena pada masa.kalo awal 80an aku rasa mmg dah legend mcm lefthanded jugak ni

    ReplyDelete
  5. wow ..!! mati-mati aku ingatkan gitaris blackrose yg menyolo utk lagu penantian tu.. ini suatu pendedahan yg hebat, tak sangka pula zulkif dari sebuah kumpulan pop headwind, boleh melakukan kerja gitar terbaik gitu.. tahniah dan syabas kepada zulkif.. juga tabik spring utk berteromber kerana kupasan eksklusif ini.. TQ

    ReplyDelete
  6. Ni band dulu top hits la pasal semua hensem2

    ReplyDelete
  7. Yeah, memang rock n roll habis album nie..sebelum nie dengar sound reissue nie macam ok je, ingatkan sound dari mastertape, sebab album ni dulu pernah ada keluar CD..nantilah nak cuba dengar balik sound kering tu camna compare dgn mp3 yg aku ada..he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa selalu main lp tau la camaner sound kering tu...

      Delete
  8. zaman tu Blackrose dan KRIS memang rock n roll.

    ReplyDelete
  9. Izin mencelah, kalau saya la, istilah master tape tu is the original reel yg diorang buat masa rakaman. Yg cd reissue kebykn skrg ni lebih kepada vinyl rip/needle drop tu yg sound mcm tu. kalau dari mastertape asal apa yg diorang kena buat is digitized utk jadi cd - so timbul isu kos, tak balik modal, etc. Sebab rasanya ada company yg reissue album tp sound sedap walaupun tak pernah keluar cd - ni maybe dia jaga rapi mastertape asal. yg mana pernah keluar as cd before lagi senang la, just repress je.Teringat interview dgn edrie hashim masa diorang nak remaster fenomena 2003, pegi cari balik master tape, bersihkan kulat semua before masuk kat protools. jimmy page pun cerita sama masa nak keluarkn album live how to win the west

    ReplyDelete
  10. ye kita akui dan hargai usaha mereka yang menggerakkn keja reissue ni, tapi takleh elak rasa tertipu bila sound bukan 'cd quality' atau byk error mcm skipping,etc dan bila kita komen/tanya kita kena sindir balik. kalau yg sindir org yg buat kerja reissue tu takpe juga, tapi ni 'supporter2' yg hentam lebih. i think mcm ramai dari kita cuma mau kan value utk duit yg kita spend dan nak produk berkualiti je. kalau la kata kita tegur cara kasar ke apa, understood jugala kalau nak marah balik. ni tanya elok2 kot huhu. setengah dari kita bukan jenis collector tegar beli cd pastu simpan tak bukak2 seal, tp memang nak dengar. saya sendiri tak kisah first press ke, ada hologram ke, tray cd warna hitam ke apa, janji album tu bunyi serupa asal masa zaman album tu keluar, tu je.

    tuan blog sorry membebel lebih kat sini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. "tapi ni 'supporter2' yg hentam lebih"

      ayat ni mengingatkan aku kes entri belantara beberapa bulan lepas

      Delete
    2. Tepat sekali Mohd Hanif. Sekurang-kurangnya kalau syarikat rakaman tidak dapat menggunakan master tape yang asal dan hanya sekadar menggunakan sumber dari piring hitam, buatlah nota di cover depan cd yang mengatakannya begitu. Sekurang-kurangnya pembeli telah diberi amaran terlebih dulu. Tiadalah pembeli yang akan rasa tertipu. Tapi itulah...ini mungkin bukan strategi pemasaran yang baik...dan saya hanyalah seorang pembeli yang terpaksa membeli apa sahaja yang ada demi memori zaman remaja saya...Apa-apa pun terimakasih kepada yang telah berusaha sedaya upaya itu cd-cd reissue ini...Anda memang rock!!!!

      Delete
  11. baru tahu pula bukan dorang yg main dlm album.. cancel lah nak beli haha

    ReplyDelete
  12. 17.11.2023 CD album Blackrose ni akan reissue lagi. Edaran PMP. Tak tau la copy master tape ke, LP ke, 1st press CD ke. Tunggu jela,

    ReplyDelete