The Rods - Brotherhood Of Metal (2019)
Comeback yang kedua setelah kali pertamanya pada tahun 2011. Sebelum tu lama mereka menyepi selepas album terakhir mereka pada tahun 1986.
Tak banyak tahu pasal The Rods. Zaman 80an dulu tak berpeluang nak dengar lagu-lagu mereka. Tetapi katanya lagu - lagu mereka seperti
White Lightning dan
Rock Warriors dari album L
et Them Eat Metal (1984) telah di "cover" oleh
Rahim Maarof & Whitesteel ketika zaman
Battle Of The Bands. Tapi iya lah...masa tu tak tahu pun itu lagu siapa.
Ada juga ternampak kasetnya dulu. Tetapi disebabkan kekangan kewangan seorang pelajar dan ada lagi kaset band-band lain yang lebih popular, maka dah tentu pilihannya kepada band-band yang lebih popular. Hanya mula mendengar mereka ketika zaman youtube. Setakat ini sudah memiliki 3 cd zaman 80an mereka tetapi sayangnya masih gagal untuk mendapatkan cd Let Them Eat Metal.
Ok berbalik kepada Brotherhood Of Metal, tajuknya sahaja sudah mengambarkan bagaimana muziknya. Ianya adalah sebuah album heavy metal yang simple. Shredding solo, catchy riff, sing a long chorus dengan lirik yang agak chessy. Kisah ke mereka jika album ini sekadar recycle beratus atau beribu album yang sama konsepnya dari 30++ tahun yang dulu lagi?... Sudah tentu tidak. The Rods adalah sekadar band orang lama yang memainkan apa yang mereka suka. Tak perlu nak pening-pening kepala. Selepas seharian penat bekerja. Kadang-kadang album sebeginilah yang kita perlukan untuk mengembalikan tenaga.
Tak ada yang buruk tentang Brotherhood Of Metal. Kecuali jika anda mahukan kelainan dan keaslian.
No ballad...just pure heavy metal, song after song....Sit back, relax and just enjoy the music!.