Saturday, September 19, 2020

The Good the Bad the Waysted

 Tribute to Pete Way and Paul Chapman.

Waysted - The Good the Bad the Waysted (1985)

Album ini dirakamkan selepas mereka menjadi band pembuka untuk tour Powerslave di UK. Sudah semestinya ianya adalah pertolongan Steve Harris kepada idolanya. Dalam inlay album ini pun memang ada ucapan khas terimakasih kepada beliau dan Iron Maiden.

Tour tersebut dan album ini memberi ruang untuk Pete Way lebih dikenali dengan Waysted tanpa perlu bayang-bayang dari UFO. Ianya lebih menarik dari Fastway, band beliau selepas UFO bersama "Fast" Eddie Clarke dari Motörhead. Rasanya "chemistry" beliau bersama Paul "Tonka" Chapman lebih ngam. Maklumlah mereka pernah bersama sejak dari UFO.

The Good the Bad the Waysted memang berbeza dari UFO mahupun Fastway. Walaupun sedikit acuan itu tetap ada. Maklumlah pencipta lagunya dari orang yang sama. Waysted lebih berat, lebih rock dan lebih raw soundnya. Dalam masa yang sama ianya juga agak melodic dan mempunyai perisa hard rock 80an yang kuat.

Lagu "Heaven Tonight" di dalam album ini adalah versi yang asal. Sound yang lebih raw berserta vokal Ian "Fin" Muir yang agak "husky". Lagu tersebut dalam album Save Your Prayer pula lebih bersih dan polished. Kena dengan vokal Danny Vaughn yang lebih pop dan AOR. Terpulang pada selera masing-masing. Tetapi saya agak bias dengan versi Danni, maklumlah kerana ianya lebih dahulu di dengar berbanding versi Fin.





Thursday, September 17, 2020

Gila Format - Keadilan

Satu lagi yang berjaya di "gila format"kan...

Lefthanded - Keadilan (1986)

Akhirnya... lama juga mencari versi kaset setelah kaset yang asal (cetak rompak jer pun) hilang entah kemana.

Citarasa boleh berubah-ubah mengikut mood atau keadaan semasa. Tetapi yang pastinya album ini akan sentiasa menjadi 3 pilihan utama atau "top 3" saya dalam apa juga keadaannya sebagai album melayu yang paling digemari sepanjang zaman.


Monday, September 14, 2020

Forever Black

 Lagi antara album yang terkini di pasaran. (abaikan nama bandnya yang kalau tersalah sebut jadi lain bunyinya...hahaha...)

Cirith Ungol - Forever Black (2020)

Sebuah lagi band orang tua lama yang membuat comeback. Kali terakhir mereka keluar dengan album studio adalah pada tahun 1991. Seperti album comeback dari Satan, Tokyo Blade dan Possessed, Cirith Ungol juga tidak mengecewakan. Mungkin atas faktor usia yang mana mereka tidak lagi tertekan untuk mengejar kemasyhuran atau terikat dengan muzik popular semasa. Mereka hanya perlu menghasilkan muzik yang ada DNA dengan nama band mereka. Tak perlu bereksperimentasi. Tak perlu berevolusi. Memang itulah muzik yang kita mahukan dari mereka. Kalau ada yang berbeza pun hanyalah kerana teknologi studio rakaman. Sound yang lebih terkini dan moden sesuai dengan keadaan semasa.

Mereka ni dah lama wujud. Mereka adalah sezaman dengan Metallica, Ratt, Steeler, Malice dan lain-lain yang terlibat dalam kompilasi lagenda "Metal Massacre" yang pertama pada tahun 1982. Sayangnya mereka tidak mencapai tahap kegemilangan seperti Ratt apatah lagi seperti Metallica.

Antara cd mereka yang berjaya dimiliki

Forever black memang tak banyak yang berubah. Mereka masih lagi sebuah band heavy metal yang mempunyai pengaruh NWOBHM dan doom metal ala Black Sabbath. Yang paling saya suka adalah solo-solo gitarnya yang mengimbau kenangan tahun 80an. Melodi pun sedap, Suara vokalisnya pun masih mantap. Memang Thumbs up!.

Tak kisah lah jika muzik mereka masih tersangkut di era 80an. Seperti golongan atuk-atuk kita yang seleranya masih dengan Pop Yeh Yeh 60an, golongan yang seperti saya pula akan sentiasa tersangkut di era 80an.


Friday, September 11, 2020

Survive

 


Nuclear Assault - Survive (1988)

Tak rasa album ni pernah masuk Malaysia pada penghujung 80an dulu. Nuclear Assault yang pertama nampak kat kedai kaset adalah album Handle With Care. Tak taulah kat tempat lain. Sekurang-kurangnya kat JB dan Segamat memang tak pernah nampak.

Mendengarnya buat kali pertama pada masa sekarang tidak akan sama ketika mendengarnya buat pertama kali pada penghujung 80an atau awal 90an. Kalau ikut "standard" sekarang, muzik mereka adalah generic thrash atau thrash metal yang biasa. Tetapi ketika penghujung 80an, muzik begini agak segar terutamanya untuk peminat thrash yang baru terjebak seperti saya.

Laju, kasar dan pada masa yang mempunyai riff dan solo-solo gitar yang agak melodic. Tetapi sesuatu yang menarik atau kelainan yang unik bagi saya adalah vokal John Connelly. Jeritannya agak lain dari yang lain. Perlu diingatkan juga, beliau juga boleh menyolo dengan baik. Ianya menjadikan Nuclear Assault antara band thrash yang mempunyai dual gitar solo.


Secara jujurnya saya lebih banyak mendengar Handle With Care berbanding album mereka yang lainnya kerana secara nostalgianya ia adalah album Nuclear Assault saya yang pertama dan tshirt rock saya yang ketiga selepas Metallica dan Helloween 😊. Tetapi kebelakangan ini rasanya album ini lebih menjadi pilihan utama jika teringin nak mendengar Nuclear Assault.

Sayangnya mereka tidaklah sepopular rakan sekampung mereka Anthrax. Tetapi untuk peminat thrash metal seperti saya, susah untuk menidakkan yang mereka adalah antara 10 band thrash yang terbaik di dunia..


Tuesday, September 8, 2020

Gila Format - Thunder in the East

LOUDNESS - THUNDER IN THE EAST (1986)

Lagi kenangan lalu yang berjaya di"gila format"kan. Dulunya sekadar mampu beli kaset pirate versi Apache RM3. Dah hilang pun dah. Akhirnya selepas 35 tahun berjaya juga memilikinya dalam bentuk fizikal 3 format. Benda macam ini hanya yang sama minat sahaja akan faham 😅

Album ini cukup besar pengaruhnya kepada mat rock era 80an di Malaysia.  Lambang matahari tu memang sinonim betul dengan mat rock pada zaman tersebut. Ianya menjadi soundtrack zaman persekolahan. Masih teringat-ingat betapa susahnya mencari lirik lagu Heavy Chains untuk dibawa pergi jamming. Naik lunyai kasetnya di kerjakan. Forward rewind forward rewind. Zaman tu mana la nak cari lirik. Bukan boleh google pun. Dah lah sebutan Minoru Niihara tu pekat sungguh pelat Jepunnya... lock n loll krazzy night...hahaha...



Friday, September 4, 2020

Look Sharp!

Kenangan dari zaman ITM Segamat tahun 1989.


Roxette - Look Sharp! (1988)

Penangan dari rakan satu dorm di ITM Segamat. Zaman ITM masih menggunakan rumah kedai di Segamat Baru. Lupa dah nama sebenar beliau. Kita panggil dia Acai. Dalam satu dorm yang ada 16 orang (kalau tak salah ingatan), majoriti yang mendengar muzik adalah mat rock dan mat metal.

Radio kaset yang ada di dalam dorm tersebut sudah semestinya hanya lagu rock/metal yang di pasang. Tak kiralah yang melayu atau orang putih. Tetapi ada masa-masa yang lepa, Acai akan pasang Look Sharp!. Dah selalu terdengar, lama-lama masuk kepala juga. Dari awal hingga ke hujung semester, Acai tak jadi mat rock. Tetapi kami yang mat rock dan mat metal pula yang boleh ikut menyanyikan lagu-lagu Roxette. Kah kah kah…


Yang menyebabkan mudah tertarik dengan Roxette adalah kerana lagu-lagunya yang "guitar oriented". Memang rock. Tambah pula melodinya yang catchy. Lagu-lagu yang popular dari album ini seperti The Look, Dressed for Success, Dangerous dan Listen to Your Heart memang sedap.

Apa-apa pun, terimakasih Marie Fredriksson. Thank you for the music....


Tuesday, September 1, 2020

Diatribes

Memori tahun 90an.


Napalm Death - Diatribes (1996)

Bukanlah peminat tegar Napalm Death mahupun Grindcore. Sekadar pendengar kasual. Tetapi bila terbaca ulasan dalam majalah Kerrang bil 579 (13th Jan, 1996), yang memberikan 4 K dari 5K dan ditambah dengan covernya yang cantik, memang teruja la juga untuk membeli kasetnya.

Tenyata di tahun 90an, majoriti band metal 80an telah bertukar arah. Napalm Death pun tidak terkecuali. Ini sememangnya bukan grindcore yang sinonim  dengan mereka. Tiada blastbeat. Ianya seperti mendengar album Sepultura Chaos AD.


Seperti kebanyakkan band metal ketika itu, Napalm Death juga cuba untuk menembusi pasaran mainstream. Muziknya lebih mudah untuk diterima oleh khalayak peminat rock biasa. Vokal Barney Greeway juga lebih jelas bunyi butir. Produksinya juga lebih bersih. 

Yang minat groove metal seperti Machine Head atau Sepultura era Chaos AD pastinya tiada masalah untuk menerima album ini. Tetapi bagi peminat grindcore sejati, album ini adalah antara yang dibenci.