Friday, August 30, 2013

True

Ni bukan entri pasal siapa true siapa poser. Tapi memang ada kena mengena dengan aku yang poser. Kembali ke 30 tahun yang lalu.


Spandau Ballet - True (1983)

1983 aku darjah 6. Tahun nak akil baligh. Tahun yang aku mula serius dengar muzik bukannya berkubang mandi paya. Tahun yang mula tau apa itu lagu pop. Apa itu Billboard Top 100 dan apa itu UK Pop Chart. Sudah semestinya apa yang dsogokkan di radio itulah yang aku minat.

Ketika itu demam New Wave sedang melanda. Mungkin sama kuat macam demam K-Pop yang melanda sekarang. Apa sahaja band-band dan penyanyi New Wave dari UK pasti aku minat. Spandau Ballet salah satu darinya. Jujurnya aku pernah tampal poster mereka di dalam bilik (sad but true...heheh..). Semua tu berubah bila pertama kali aku dengar lagu "2 Minutes to Midnight" masa tahun 1985. Ok...bab tu cerita lain.

Spandau Ballet adalah saingan utama Duran Duran. Lagu-lagu mereka dari album ini seperti "Communication", "Gold" dan "True" berjaya mengenalkan mereka kepada dunia. Memang sedap lagu-lagunya. Tetapi aku lebih suka Duran Duran. Spandau Ballet lagu-lagunya jenis balada dengan pengaruh  jazz dan R&B dengan solo saxaphone semua. Manakala Duran Duran lagu-lagunya lebih rancak. Synthpop dengan pengaruh punk. Walaupun masa tu aku belum rock, mungkin tanpa disedari, memang jiwa rock dah ada dalam hati. Pasal itu aku lebih sukakan lagu yang rancak, yang guitar oriented.

Dulu-dulu ada kaset. Tapi abang punya. Membeli cd ni demi kenangan zaman tersebut. Walaupun cd jenis kaver kotak kadboard. Takder Inlay pun. Kat UK beli suratkhabar Daily Mail dapat free jer pun cd ni. Tapi dengan harga RM10 kira tutup sebelah mata sudah lah. Sesekali layan memori kanak-kanak di zaman 80an pun syiok jugak.


**masa tu terikut-ikut jugak nak berambut ala-ala Martin Kemp...hehehe..




Wednesday, August 28, 2013

Tuesday, August 27, 2013

Piala Malaysia, Barclays Premier League dan Metalingkup


Aku tau ada yang nak baca review aku pasal game JDT vs Felda sabtu lepas. Aku minta maaf aku tak pergi pun game tu. So tak boleh lah nak review. Bukannya pasal malam tu aku pergi tengok Metallica kat Singapore pun. Tapi biasa la musim raya ni...open house...marhaban....mood nak gi stadium pun belum ada lagi.

Mungkin ada kata aku poser...lalang...Dah la Metallica pun tak pergi. Nampaknya rekod aku pergi ke Larkin setiap game sepanjang musim ni berakhir pada last game liga hari tu. Tapi ada beberapa sebab buat aku macam takder mood nak pergi.

1-TMJ sendiri cakap musim ni dah berakhir dengan berakhirnya liga tempohari. Dia pun tak letak harapan untuk Piala Malaysia. Dia target musim depan. Sebab tu dah sibuk beli player untuk musim depan. Rasanya mana-mana player yang dah tau musim depan nak kena gugur mesti dah tak sedap hati dah. Tu pasal 1st game Piala Malaysia hari tu main hancus. Takder semangat langsung. Nengok pun buat sakit hati.

2- Tiket dah naik harga. Terbuka RM15 dan berbumbung dah jadi RM30. FAM nak untung lebih. Padahal kat Pasir Gudang masih RM10. Tak paham kenapa mesti jadi lebih mahal sedangkan bendanya sama ajer. pemain yang sama, stadium yang sama, seat yang sama dan toilet pun sama. Dah la game kali ni lawannya tak berapa best. Rasa macam tak berbaloi pulak dengan harga tiket. Mungkin ada yang kata menyokong bukan time menang sahaja...tapi kena ingat...benda ni semua bukannya percuma. Kalah melawan dengan kalau main hancus adalah 2 benda yang berbeza. Nak suruh penonton datang...nak suruh aku datang...please entertain us...Metallica pun tak bawak lagu-lagu St Anger dan Lulu pasal dorang tau majoriti peminat tak suka.

3- Aku malas dah nak bersesak-sesak kat pintu masuk. Dah la pintu tak banyak...patut bukak la awal sikit. Dulu rilek jer masuk lepas maghrib masih dapat seat. Sekarang jangan harap. Kalau aku pergi sorang takder hal berdiri sampai abis game. Ni bawak anak bini. Memang leceh la. Tak kan pasal bola tak sembahyang maghrib beb. Kalau duduk grandstand ok la jugak...surau kat dalam...kalau kat terbuka memang leceh sikit. Aku sokong penuh kalau seat letak nombor macam panggung wayang. Senang sikit masuk lambat pun dah konpem tau ada seat.

4- Aku rasa mungkin bukan aku jer yang rasa macam ni...tu sebab stadium tu hari kosong...orang masih mood raya...belum gaji...tiket mahal...main hampeh....tak tau la game-game akan datang kalau ada mood mungkin aku pergi kot. tapi sokong tetap sokong. Rasa macam nak pergi Pasir Gudang je malam ni...tapi tu la...taman perumahan aku tak habis lagi marhaban.

BPL pulak....

1-Sikit la nak cerita. Musim pertama tanpa SAF rasa macam lain pulak. dah biasa nampak orang tua tu kat tepi padang kan. Bagi can la kat David Moyes. Tapi aku masih tertunggu-tunggu siapa star yang dia nak bawak masuk. Transfer window dah nak tutup dah...tapi masih macam tak nampak bayang.

2-Tapi kalau tak dapat beli sesiapa pun. aku rasa team warisan SAF ni dah cukup kuat. Trio remaja Wilfried Zaha, Adnan Januzaj dan Jesse Lingard pun bagus. Kalau selalu diberi peluang pun aku rasa dorang ni pun boleh jadi star.

3-Game pagi tadi nampaknya Mourinho masih Maourinho yang dulu. Taktik parking bas dia masih tak beubah. Dan aku rasa Rooney dan Van Persie macam tak kena jer kalau main bersama. Stail dorang ni sama. Tapi seri pun ok la. Tak best la game macam ni awal-awal musim dah main. Semua pun belum panas lagi kan.

Last caress...Metallica...

Tu hari bila berborak dengan kawan aku yang sama-sama tak pergi...mula-mula rasa ok...tapi bila dah baca review dan tengok gambar...rasa macam rugi jugak la...tapi tak kisah la...anggap bukan rezeki. Lagipun sebelum ni pun aku dah cakap aku pencen dah konsert-konsert ni. Tambah-tambah bila dah tengok Iron Maiden depan mata. Cukup lah kot. Tapi tak berani juga nak cakap...esok lusa Spin, Scan, Spring dan Budak Kaca Mata tetiba buat reunion konsert....ada pulak yang aku pergi kang....hahahaha...


*lokasi gambar- Bazaar Karat, JB










Monday, August 26, 2013

My Soul is Wet

Ni untuk En Adi Herman. Album yang dah 20 tahun dah.


Mutha's Day Out - My Soul is Wet (1993)

Ketika zaman tiadanya internet, membeli kaset band-band baru adalah melalui cadangan rakan-rakan dan pembacaan. Semuanya adalah suatu proses trial and error. Nasib baik terjumpa yang bagus, kalau tak peram jadi pekasam. My Soul is Wet juga dari proses begitu. Semuanya adalah kerana kes terpengaruh dengan review positif  dari Kerrang.

Review Kerrang terbitan May 1994...dapat 4K tu kira album bagus la tu
Bagi yang pertama kali mendengar muzik Mutha's Day Out hari ini, mungkin anda berangapan mereka adalah klon muzik rap metal ala Limp Bizkit, Linkin Park dan seangkatan dengannya. Tapi sebenarnya mereka telah ujud lebih awal. Malah terlalu awal sehinggakan tak ramai yang sedar pasal kewujudan mereka. Maklumlah ketika album ini diriliskan, demam grunge sedang bermaharajalela.

Sangat jelas pengaruh mereka adalah dari band-band yang pernah merojakkan metal/rock dengan rap seperti Faith No More, Anthrax, Beastie Boys dan mungkin juga Aerosmith/Run DMC. Mungkin bagi band-band tersebut merakamkan lagu-lagu begitu adalah untuk tujuan suka-suka tetapi tidak bagi Mutha's Day Out, My Soul is Wet majoriti lagu-lagunya memang bercorak begitu.


Pada aku album ni ok. Kalau tak, takkan lah aku upgrade ke cd. (kaset asal dah takder, dah hilang) Mungkin kerana adanya riff-riff groovy thrash dan chorus yang catchy. Suara vokalistnya cuba meniru Mike Patton tapi bunyi ala-ala Glen Danzig pun yer juga. Dan yang aku suka band ni walaupun dia ada rapping, takdernya tukang gosok vynyl tu. Aku memang tak minat benda-benda yang terlebih unsur hip-hop ni.

Tetapi secara jujurnya, kalau album ini diterbitkan sekarang. Pastinya aku tak akan berminat pun. Dulu-dulu ianya sekadar mencuba sesuatu yang baru. Mereka pun yang pada ketika album ini dirakamkan berumur belasan tahun telah pun meninggalkan muzik sebegini. Pemain bass mereka Jeff Morgan sekarang bermain drum untuk sebuah band bergenre sludge/doom metal, Rwake yang boleh tahan juga sedapnya.

Sayang hanya muncul untuk satu album. Kalau tak mungkin boleh setaraf Limp Bizkit ataupun Linkin Park.





Friday, August 23, 2013

Thunder and Lightning

Sebuah lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30


Thin Lizzy - Thunder & Lightning (1983)

Saya agak lambat untuk mengenali muzik Thin Lizzy. Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu hanyalah "The Boys are Back In Town". Tetapi semuanya berubah bila pertama kali saya mendengar Sodom membawakan lagu mereka "Cold Sweat" dalam album Better Off Dead (1990). Tambahan pula bila saya dapat tahu yang lagu tersebut adalah dari zaman John Sykes, semakin bersemangat untuk saya mencari album Thunder & Lightning ni maklumlah saya sememangnya meminati John Sykes sejak dari album Whitesnake (1987) lagi. Bermula  dari versi sedut sehinggalah saya berjaya membeli cdnya, Thunder & Lightning adalah salah satu album kegemaran saya. Sesungguhnya album ini membuka jalan untuk saya meminati Thin Lizzy dan mula mencari album-album mereka yang lainnya.

Entah kenapa, band 70an yang berubah arah untuk kekal relevan di tahun 80an, saya suka tetapi band 80an yang berubah arah di tahun 90an saya tak suka. Mungkin kerana jiwa dan telinga saya dah sebati dengan alunan rock dan metal 80an. Inilah yang berlaku kepada Thin Lizzy. Setelah 2 album mereka di awal 80an, Chinatown (1980) dan Renegade (1981) kurang berjaya dan ditengelami dengan munculnya pergerakan NWOBHM. Apa yang Phil Lynot buat untuk kekal relevan adalah seperti kata pepatah orang kampung saya "If you can’t beat them, join them". Menggantikan Snowy White dengan John Sykes iaitu seorang gitaris daripada band NWOBHMTygers Of Pan Tang yang sedang meningkat naik adalah satu tindakan yang tepat dan bijak. (Ni Metallica pun buat masa ambik Bob Rock).

Jadinya Thunder & Lightning adalah sebuah album Thin Lizzy yang berlainan. Jika mahukan Thin Lizzy 70an..lupakan sahaja. Kemasukan John Sykes memang besar pengaruhnya. Sangat kuat bunyi heavy metal 80annya. Kali ini mereka memainkan muzik yang lebih berat. Maksud saya untuk tahun 1983, muzik sebegini sudah boleh dianggap keras dan berat. Walaupun ketika itu telah muncul band seperti Metallica dan Slayer yang lebih berat dan keras muziknya.



Thin Lizzy masih mengekalkan dual gitar harmoni mereka. Gandingan John Sykes dan Scott Gorham memang menjadi. Ada 2 lagu yang paling saya minat. "Cold Sweat", satu-satunya lagu ciptaan John Sykes. Dah nampak dah kehebatan beliau dalam bab ciptaan lagu. David Coverdale bertuah dapat beliau selepas tu. Lagu yang paling kuat sound heavy metalnya. Tak hairan la banyak band metal membawakan semula lagu ini termasuklah Sodom, Helloween dan paling terbaru Megadeth. Satu lagi lagu yang jadi track pembukaan "Thunder And Lightning" memang boleh buat kita tak senang duduk. Bahagian Phil Lynott menyanyi  "God damn, it's so exciting'....tu rasa macam nak melompat ajer walaupun ketika itu sedang memandu kereta..

Sebenarnya lagu-lagu lain pun best. Ini kiler album. Tak perlu forward-forward. Lagu slow/mid tempo yang ada feel progessif 70an "The Sun Goes Down" pun syiok. Solo John Sykes memang berhantu. Layan lagu ni duduk kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam memang terasa feel giler. Lain-lain macam "This is the One", "Bad Habits", "The Holy War", "Baby Please don't go"....senang cerita semua la. Memang sangat best.

Sayangnya inilah album terakhir Thin Lizzy. Phil Lynot meninggal 3 tahun selepas ini. Mungkin kalau tak kerana itu, kita tak berpeluang untuk mendengar "Still Of The Night" atau mungkin sahaja "Still Of The Night" versi Thin Lizzy. Tak kisah la. Tapi yang pastinya untuk yang gemarkan Heavy Metal sebenar. Ini adalah album yang patut anda cari.

REKOMENDED!







Thursday, August 22, 2013

From Cat Stevens to Yusuf Islam

Ini adalah buku yang sempat saya baca daripada membuta waktu lunch sepanjang bulan ramadhan yang lalu...







Buku ini ditulis oleh Hermawan Aksan. Seorang warga Indonesia rasanya. Ringkasan buku boleh baca di gambar no 2.

Hidayah itu milikNya. Tak kira anda seorang rockstar atau siapa. Bagi sesiapa yang baru mengenali siapa dia Cat Steven dan cerita bagaimana beliau mendapat hidayah untuk meninggalkan dunia glamour dan memeluk Islam, buku ini sememangnya untuk anda. Tapi bagi yang yang dah tau kisahnya, buku ini sedikit mengecewakan.

Ada 2 sebab kenapa ianya mengecewakan.

Pertamanya, nampak sangat penulis buku ini jenis "copy and paste". Kebanyakan info dan tulisan boleh sahaja kita dapati di wikipedia atau laman web Yusuf Islam sendiri. Tiada yang eksklusif. Banyak juga ayat-ayatnya seperti "direct translation".

Keduanya, bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia sedangkan buku ini terbitan Malaysia. Sepatutnya penerbit melakukan terjemahan ke Bahasa Malaysia sebelum ianya diterbitkan. Setakat meletakkan glosari di bahagian belakang seolah2 penerbit nak buat untung lebih. Jenuh juga asyik nak meyelak halaman belakang demi untuk memahamkan sesuatu ayat.

Maaf. Mungkin saya tidak adil kerana mengharapkan ianya sebuah buku ala-ala biografi. Terlampau tinggi mungkin harapan saya sedangkan bukunya tak setebal mana. Mungkin penulisnya hanya sekadar ingin mengambil untung dari populariti nama Yusuf Islam itu sendiri. Takper lah...sangka baik. Sekurang-kurangnya ada juga usaha dari beliau dan penerbitnya.

Kalau di abaikan segala kekurangan tadi, buku ini sebenarnya agak menarik juga. Sesuai untuk dijadikan inspirasi dan tauladan. Memang banyak perkara yang boleh kita contohi. Jika anda malas nak mengoogle tentang Yusuf Islam di internet. Buku ini memang sangat sesuai untuk anda.

Kalau jumpa. Beli!. Apalah sangat RM20 kalau nak dibandingkan tiket Metallica yang beratus tu...heheheh...





Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday : Riak Cdwi pasal tak boleh nak riak Metalikawi






*dah nak abis ogos...masih berderet album 20,30 dan 40 tahun yang tak buat cerita lagi....kemalasan melanda....