Friday, August 23, 2013

Thunder and Lightning

Sebuah lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30


Thin Lizzy - Thunder & Lightning (1983)

Saya agak lambat untuk mengenali muzik Thin Lizzy. Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu hanyalah "The Boys are Back In Town". Tetapi semuanya berubah bila pertama kali saya mendengar Sodom membawakan lagu mereka "Cold Sweat" dalam album Better Off Dead (1990). Tambahan pula bila saya dapat tahu yang lagu tersebut adalah dari zaman John Sykes, semakin bersemangat untuk saya mencari album Thunder & Lightning ni maklumlah saya sememangnya meminati John Sykes sejak dari album Whitesnake (1987) lagi. Bermula  dari versi sedut sehinggalah saya berjaya membeli cdnya, Thunder & Lightning adalah salah satu album kegemaran saya. Sesungguhnya album ini membuka jalan untuk saya meminati Thin Lizzy dan mula mencari album-album mereka yang lainnya.

Entah kenapa, band 70an yang berubah arah untuk kekal relevan di tahun 80an, saya suka tetapi band 80an yang berubah arah di tahun 90an saya tak suka. Mungkin kerana jiwa dan telinga saya dah sebati dengan alunan rock dan metal 80an. Inilah yang berlaku kepada Thin Lizzy. Setelah 2 album mereka di awal 80an, Chinatown (1980) dan Renegade (1981) kurang berjaya dan ditengelami dengan munculnya pergerakan NWOBHM. Apa yang Phil Lynot buat untuk kekal relevan adalah seperti kata pepatah orang kampung saya "If you can’t beat them, join them". Menggantikan Snowy White dengan John Sykes iaitu seorang gitaris daripada band NWOBHMTygers Of Pan Tang yang sedang meningkat naik adalah satu tindakan yang tepat dan bijak. (Ni Metallica pun buat masa ambik Bob Rock).

Jadinya Thunder & Lightning adalah sebuah album Thin Lizzy yang berlainan. Jika mahukan Thin Lizzy 70an..lupakan sahaja. Kemasukan John Sykes memang besar pengaruhnya. Sangat kuat bunyi heavy metal 80annya. Kali ini mereka memainkan muzik yang lebih berat. Maksud saya untuk tahun 1983, muzik sebegini sudah boleh dianggap keras dan berat. Walaupun ketika itu telah muncul band seperti Metallica dan Slayer yang lebih berat dan keras muziknya.



Thin Lizzy masih mengekalkan dual gitar harmoni mereka. Gandingan John Sykes dan Scott Gorham memang menjadi. Ada 2 lagu yang paling saya minat. "Cold Sweat", satu-satunya lagu ciptaan John Sykes. Dah nampak dah kehebatan beliau dalam bab ciptaan lagu. David Coverdale bertuah dapat beliau selepas tu. Lagu yang paling kuat sound heavy metalnya. Tak hairan la banyak band metal membawakan semula lagu ini termasuklah Sodom, Helloween dan paling terbaru Megadeth. Satu lagi lagu yang jadi track pembukaan "Thunder And Lightning" memang boleh buat kita tak senang duduk. Bahagian Phil Lynott menyanyi  "God damn, it's so exciting'....tu rasa macam nak melompat ajer walaupun ketika itu sedang memandu kereta..

Sebenarnya lagu-lagu lain pun best. Ini kiler album. Tak perlu forward-forward. Lagu slow/mid tempo yang ada feel progessif 70an "The Sun Goes Down" pun syiok. Solo John Sykes memang berhantu. Layan lagu ni duduk kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam memang terasa feel giler. Lain-lain macam "This is the One", "Bad Habits", "The Holy War", "Baby Please don't go"....senang cerita semua la. Memang sangat best.

Sayangnya inilah album terakhir Thin Lizzy. Phil Lynot meninggal 3 tahun selepas ini. Mungkin kalau tak kerana itu, kita tak berpeluang untuk mendengar "Still Of The Night" atau mungkin sahaja "Still Of The Night" versi Thin Lizzy. Tak kisah la. Tapi yang pastinya untuk yang gemarkan Heavy Metal sebenar. Ini adalah album yang patut anda cari.

REKOMENDED!







8 comments:

  1. Album ni la yang jadi sumber inspirasi banyak band metal eh..masa era 70an lagu bad reputation tu paling aku suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lepas dengar album ni terus kemaruk cari album2 lain Thin Lizzy...album Bad Reputation (1977) pun best

      Delete
  2. kat youtube ada yang konsert tribute Thin Lizzy kat Ireland ke hapa ntah, yang segmen Gary Moore jemput satu gitaris apa nama dia untuk lagu Whiskey In The Jar.
    Giler best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang One Night In Dublin ker?...kalau tak silap gitaris tu Eric Bell...dia memang original member Thin Lizzy...dan memang dia yg main lagu Whiskey In The Jar...

      Delete
  3. Untuk lagu "emerald" dari album mana?

    ReplyDelete
  4. antara album metal 80an terhebat sepanjang zaman!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete