Tuesday, December 2, 2014

Vicious Circle

Yang dah pun 20 tahun...


L.A. Guns - Vicious Circle (1994)

1994 adalah antara tahun gelap bagi band-band 80an terutamanya yang berkonsepkan sleazy pop metal ataupun hair metal. Mereka samada duduk diam tidak mengeluarkan album atau mengeluarkan album tetapi tanpa menghiraukan kewujudan Nirvana/Pearl Jam ataupun bersalin kulit mengeluarkan album bersoundkan grunge/alternative untuk terus kekal relevan.

L.A. Guns memilih situasi yang ke 3. Cuba mengekalkan muzik asal mereka supaya tidak dikatakan sell-out tetapi di dalam masa yang sama memberatkan sound mereka untuk menjadi ala-ala grunge dan alternative. Pada saya mereka berjaya. Vicious Circle jauh lebih baik dari kebanyakan album-album rock di zaman tersebut. Sepatutnya album ini mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi. Sayangnya mana-mana band yang ada kaitan dengan "hair metal" telah menjadi sesuatu yang taboo pada ketika itu.


Saya sebenarnya agak kurang "familiar" dengan L.A. Guns. Ketika mereka popular saya telah mula memilih muzik metal yang lebih ekstrim. Saya cuma tahu mereka adalah band awal Axl Rose dan lagu slow rock mereka "The Ballad of Jayne". Tetapi saya membeli album ini kerana adanya lagu "Crystal Eyes". Cerita pasal ini boleh sahaja merujuk kepada entri saya untuk album Hollywood Vampires.

Tidak sangka pula lagu-lagu lainnya pun sedap. Sudahnya album ini menjadi antara album kegemaran saya pada ketika itu. Syahdu betul dengar lagu cover "I'd Love to Change the World" dari Ten Years After. Walaupun pada saya versi Tesla lebih mengasyikkan.

Sayangnya sehingga kini masih gagal mendapatkannya dalam bentuk cd.

Best!!



Monday, December 1, 2014

Purple Rain

Kenangan zaman kanak-kanak yang menyambut ulangtahun ke 30...


Prince and The Revolution - Purple Rain (1984)

Minat awal saya pada muzik banyak dipengaruhi oleh abang. Kami sebilik. Maknanya apa yang dia dengar adalah apa juga saya terpaksa dengar. Purple Rain adalah salah satu album kegemaran beliau. Akhirnya ianya juga menjadi album kegemaran saya.

Ianya ketika zaman sebelum saya mula terjebak dengan muzik metal. Tetapi Purple Rain tetap menjadi salah satu album kegemaran saya sehingga sekarang. Memang sedap, kalau tak..tak kan lah ianya berada di dalam kedudukan no 2 dalam senarai 100 album terbaik 80an pilihan majalah Rolling Stone.

Ianya agak berlainan dengan muzik new wave yang banyak saya dengar pada ketika itu. Sedikit guitar oriented. Maklumlah Prince juga bermain gitar dan boleh tahan hebat dalam bab menyolo. Muziknya sedikit pelik tetapi sedap. Ambil contoh antara lagu pelik tetapi terbaik beliau "When Doves Cry". Lagu ala-ala dance muzik tetapi tiada bunyi bass. Memang agak janggal. Tetapi itu yang menjadikannya sedap. Memang membuatkan saya ketagih.

Terdapat 5 lagu hits. 2 daripadanya mendapat no 1  ("When Doves Cry" dan "Let's Go Crazy"). Tetapi pada saya satu album bagus. Kegemaran saya selain 2 lagu tersebut adalah lagu "Take Me With You" dan lagu epik 8 minit lebih "Purple Rain" yang Prince sendiri akui seakan-akan sama soundnya dengan "Faithfully - Journey".


Tetapi waktu budak-budak dulu bila baca lirik lagu "Darling Nikki" yang ada  "I met her in a hotel lobby...Masturbating with a magazine"....ternganga juga nak paham maksudnya...maklumlah saya hanya seoarang budak kampung yang suci murni...hahaha...Inilah salah satu lagu yang jadi penyebab bermulanya sticker "Parental Advisory" kena lekat kat kaver album. Tapi lagu ni memang sedap.

Buat yang tak tahu, album ini sebenarnya adalah soundtrack untuk filem "Purple Rain" yang dilakonkan oleh Prince sendiri. Saya pernah menontonnya sekali tetapi sudah lupa bagaimana jalan ceritanya. Yang saya ingat cuma heroinnya Apollonia yang nyum..nyum... :P  (penyanyi asal lagu "Manic Monday - The Bangles yang juga dicipta oleh Prince) Nampaknya kena cari semula filem ni.

Senang cakap...album ini memang REKOMENDED!



***tengah berusaha mendapatkan versi vinyl...katanya lagu ‘Darling Nikki’ tu kalau dimainkan secara terbalik boleh dengar perkataan "Hello, how are you?... I'm fine 'cause I know that the Lord is coming soon...Coming, coming soon."





Friday, November 28, 2014

Stormbringer

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan November ini.


Deep Purple - Stormbringer (1974)

2 album dalam setahun biasanya bukanlah langkah yang bijak. Tak pasti kenapa Deep Purple tergesa-gesa menerbitkan Stormbringer. Mungkin juga kerana Glenn Hughes dan David Coverdale terlampau teruja untuk mengambil alih Deep Purple. Hasilnya Deep Purple semakin berubah arah. Tak hairanlah kalau Ritchie Blackmore meninggalkan mereka selepas dari ini.

Kalau Burn masih pekat lagi dengan sound heavy rock n roll atau hard rock, tetapi Stormbringer lebih kearah latarbelakang Glenn Hughes yang lebih kepada R&B boogie rock, funk, soul dan blues. Cuma lagu yang menjadi tajuk album "Stormbringer" yang masih kedengaran seperti Deep Purple yang asal. Tak pelik pun kerana ini lagu Ritchie Blackmore.

Tak pasti versi cd keluaran tahun bila...berdasarkan info kat belakang vynil, 1st pressing pada tahun 1974 hanya dikeluarkan dalam bentuk LP,kaset dan katrij...siapa yang ada simpan versi katrij memang betul-betul lejen lah...

Walaupun begitu, satu keistimewaan Stormbringer adalah "Soldier Of Fortune". Ini lagu wajib untuk zaman David Coverdale. Malah ianya juga lagu wajib bagi budak-budak melayu belajar main gitar zaman penghujung 70an atau awal 80an dahulu. Sememangnya inilah antara lagu terawal yang saya belajar main gitar selain Highway Star, Always Somewhere dan Wonderful Tonight.

Tak banyak sangat yang saya minat dari album ini selain "Soldier Of Fortune" dan "Stormbringer", mungkin "Holy Man" dan "Hold On".

Apa-apa pun terimakasih kepada Rafi Xyrus Zone kerana menghadiahkan versi vinyl yang menjadi rachun yang sangat berbisa...hahaha....





Thursday, November 27, 2014

Throwback Thursday : Kembara Hati Emas







Terimakasih kepada Y.A.B Tuan Portdy kerana berposah-posah untuk membelikannya...untuk ulasan lengkap...tungguuuuuuuuuuuuuuu.....






Tuesday, November 25, 2014

Rumah P. Ramlee

Lagi cerita di Pulau Pinang...


Tak rancang pun nak pergi ke sini. Kebetulan ternampak papan tandanya ketika pergi ke Pasar Karat Rope Walk. Berdekatan sahaja tempatnya. Anak-anak yang paling teruja nak singgah. Biasalah kat Malaysia ni siapa lah yang tak terpengaruh dengan cerita-cerita P Ramlee. Dari atuk nenek sampai ke cucu cicit...dari satu genarasi sampai ke genarasi yang lain...


Rumah papan beratapkan nipah ini dikatakan dibina oleh ayah P. Ramlee pada tahun 1926. Tapi ini bukanlah rumah yang asal. Cuma bentuk dan lokasinya masih dikekalkan. Teringat masa budak-budak dulu balik kampung rumah arwah atuk di Muar yang senibinanya lebih kurang macam ni. Sekarang mana nak jumpa. Kampung pun majoritinya dah rumah batu.


Ni ruang dapur. Lupa pula nak ambil gambar bilik tidur dan ruang tamunya. Kebetulan masa sampai tu  ada 2, 3 lagi keluarga yang turut melawat. Rumah ni bukannya besar mana. Ada satu bilik tidur ajer pun. Dah ramai-ramai tu sempit...susah pula nak ambil gambar. Tambahan pula sebenarnya kawasan di dalam rumah ini adalah kawasan tidak dibenarkan mengambil gambar. Kenapa?...Ntah...sila tanya Arkib Negara.


P. Ramlee dilahirkan disini pada tahun 1929. Ada banyak la koleksi barang-barang arwah dan foto-foto keluarga serta sejarah hidup beliau di letakkan di sini. Siapa peminat arwah memang seronok la dapat tengok benda-benda ni semua kan.


Ada tak mana-mana band metal berani letak nama macam ni? Ini baru true!!!


Basikal kepunyaan P. Ramlee juga ada dipamerkan selain sebuah sampan yang diletakkan di bawah rumah. Budak-budak dulu aku pernah bawak basikal tua macam ni kepunyaan arwah atuk. Kaki tak sampai tapi eksyen nak berkayuh jauh-jauh akhirnya tergolek dalam lumpur akibat basikal tersangkut kat tanah selut. Kenangan..


Ni paling lejen. Konpem budak-budak zaman sekarang tak pernah merasa jamban kat luar macam ni. Kononnya gambar di atas adalah merujuk kepada salah satu adegan dari filem Bujang Lapuk...heheh..


Bersebelahannya pula ada galeri yang menempatkan pelbagai barangan peribadi P. Ramlee. Gambar, poster filem dan macam macam lagi yang berkaitan dengan beliau. Sayangnya kawasan ini juga adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar. Tengok muka pakcik yang menjaganya yang agak serius dan ketat, tak jadilah nak ambil walaupun sekeping gambar.


Sesiapa yang tersesat ke Pulau Pinang tu bolehlah cuba singgah. Masuk percuma ajer pun.




Monday, November 24, 2014

Wings of Tomorrow

Juga yang menyambut ulangtahun ke 30...


Europe - Wings of Tomorrow (1984)

"and at the time, there was no such thing as Swedish metal movement going on, ‘til at the end of that year, when Europe won the Swedish national rock contest, so to speak, and they recorded an album which was first prize. And all of a sudden, there was this “metal boom”..." - Quorthon (Bathory)**


Mereka bukan hanya sekadar "The Final Countdown" atau pun "Carrie". 2 album awal mereka "Europe" dan "Wings of Tomorrow" pada saya adalah antara album terbaik heavy metal 80an. Sayangnya majoriti hanya mengenali mereka sebagai one hit wonder hair metal band.



Mungkin kalau 2 album awal tersebut yang terlebih dahulu dapat menembusi pasaran dunia sebelum album The Final Countdown, kredibiliti mereka sebagai sebuah band heavy metal akan lebih tinggi. Tetapi sayangnya bak kata pepatah orang Ulu Tiram, "You never get a second chance to make a first impression".  Maka, selamanyalah mereka dikenali kerana "The Final Countdown".

Berbeza dari album pertama mereka, mungkin kali ini ada sedikit elemen glam. Tetapi biasalah...ini tahun 1984. Muzik begini sedang meningkat naik. Tetapi kerja gitar John Norum memang cukup menyerlah. Solo-solo beliau yang secukup rasa dan tidak berlebih-lebih menjadikan kita ternanti-nanti solo-solo beliau yang berikutnya, "Aphasia" [instrumental] adalah salah satu hasil kerja terbaik beliau.


Lagu-lagu seperti "Scream of Anger" dan "Stormwind" akan membawa kita di zaman kegemilangan heavy metal 80an. Manakala "Dreamer" dan "Open Your Heart" adalah lagu perlahan/mid tempo yang jauh lebih baik dan sedap dari "Carrie".



Tabik juga kepada vokal Joey Tempest yang juga bermain keyboards untuk album. Walaupun ada yang tak suka The Final Countdown kerana menjadikan Europe berubah kepada glam metal. Tetapi saya cukup berterimakasih kepada album tersebut, kerana jika bukan kerana The Final Countdown sudah semestinya saya tidak akan mengetahui kewujudan 2 album awal mereka.

Best!



**dipetik dari http://www.metalunderground.com/news/details.cfm?newsid=77468




Friday, November 21, 2014

Interstellar



Interstellar (2014)

Pengaruh dari ulasan yang positif dari beberapa orang sahabat membuatkan saya tertarik untuk menontonnya di pawagam. Satu rekod peribadi bagi saya kerana inilah filem pertama yang saya tonton untuk diri sendiri semenjak lebih dari 10 tahun yang lalu. Selalunya ke pewagam (taklah selalu..setahun sekali dua kot :P ) untuk menonton filem pilihan anak-anak.

Sebabnya kerana saya ingin menyaksikan adegan di angkasa lepas dengan lebih rasa puas. Saya tidak merasa puas semasa menonton Gravity di tv. Kesan khas dan CGI di ruang angkasa lepas memang menakjubkan. Memang tabik dengan kemampuan Christopher Nolan mengambarkan keadaan angkasa lepas, blackhole/wormhole dan planet-planetnya. Ianya diluar imaginasi saya. Ternganga tengok.

Anda tidak perlu menjadi seorang peminat filem Sci-Fi untuk menyukainya. Isteri saya yang citarasanya lebih kepada filem-filem romatik komedi juga mengaku tidak bosan ataupun mengantuk walaupun durasinya mencecah 2 jam setengah. Seperti biasa, Christopher Nolan tidak tegesa-gesa dalam penceritaan. Teratur diantara satu adegan dengan adegan yang  berikutnya. Adegan yang awalnya kita rasa tak penting sebenarnya akan mempunyai kaitan pada penghujungnya.

Tidak juga perlu menjadi pakar sains untuk memahami jalan ceritanya. Walaupun mungkin anda sedikit terganggu dengan teori yang melibatkan "ruang masa" dan "5 dimensi", tetapi secara keseluruhan ianya amat mudah untuk difahami. Tambah-tambah pula jika anda berminat dengan teori kuantum fizik, "wormhole", "blackhole" dan lain-lain. Rasanya kalau yang tak paham pun mungkin berkenaan adegan-adegan terakhir bagaimana bumi dan Cooper dapat diselamatkan. Saya tak mahu mengupasnya takut nanti spoiler.  :)

Sesuai juga untuk tontonan keluarga kerana ianya bukanlah sebuah filem bertema Sci-Fi semata-mata. Tema kemanusian, keluarga dan kasih sayang serta pengorbanan seorang ayah kepada anak perempuanya boleh mengundang suasana pilu dan sedih.

Arahan terbaik dari Christopher Nolan. Runut bunyi yang "awesome" dari Hans Zimmer dan seperti biasa,  Matthew McConaughey sememangnya tidak pernah mengecewakan. Harap mereka menang oscar.

Rekomended!!!