Friday, December 26, 2008

Gitar Hero Part 2



Edward Lodewijk "Eddie" Van Halen

Seorang lagi gitar hero aku dizaman belasan tahun dulu...ada ker yang tak kenal mamat ni?..aku start kenal Van Halen pasal dulu2 punya band rock Malaysia suka cover lagu You Really Got Me (Search pun rakam lagu ni jadi Sirih Dan Gambir dlm album Cinta Buatan Malaysia)..tapi lepas lagu Jump meletup..baru2 aku betul into Van Halen ni..

Teknik tapping memang sinonim dgn Eddie...walaupun ramai yg mendakwa teknik tu bukan ciptaan beliau...tapi tak dapat dinafikan beliaulah yg mempopularkan teknik tapping..aku pun tak pandai nak citer bab teknikal ni...dengar sendiri la baru tau kehebatan Eddie ni...sampaikan Quincy Jones pun panggil dia menyolo untuk lagu Michael Jackson's Beat It...(untuk nota..lagu ni Steve Lukather (Toto) yg main..Eddie hanya menyolo)...aku rasa majoriti gitarist sekarang memang dipengaruhi beliau...

Aku tak kisah zaman David Lee Roth ker Sammy Hagar...semua best...walaupun zaman Sammy Hagar..Eddie dah banyak main keyboard..tapi zaman Gary Cherone memang aku tak follow langsung..antara lagu dan solo yg aku suka...sudah semestinya Eruption...lain2 macam Runnin' With The Devil,Aint Talking About Love,And The Cradle Will Rock,Jump,Panama,Why Cant This Be Love, Dreams, Love Walked In,Poundcake dan berderet2 lagi ahh...dan tak lupa cover version Pretty Woman...lemak berkrim betul la solo2 Eddie ni...


Gitar Frankenstrat yg jadi trademark Eddie

Gitar Charvel ni pulak sekarang dah tertanam bersama Dimebag Darrell...Eddie hadiahkan kerana Dimebag masa hidupnya dulu memang suka gitar ni..


Nak tau teknik tapping...layan lagu ni Eruption...berhantu betul ahh solo ni...




"Who wants to sit in front of the piano? That's boring" - Eddie Van Halen

ada lagi sambungan nanti..part 3 pulak..

3 comments:

  1. terima kasih la pasal lu minat gua... susah2 aje lu ni....

    hahaha.... eddie van halen ni sepatutnya main drum, abg dia yg main gitar, tapi jadik the other way around pulak, dan meletup..!!!

    lagi, pasal eddie yg ramai tak tau, dia dinamakan sempena nama komposer terkenal, Ludwig beethoven, dan dia sendiri namakan anak dia sempena nama wolfgang a. mozart...

    mak dia, eugena van halen tu berasal dari jawa, indonesia...!!

    ReplyDelete
  2. gitaris tempatan yang betul2 cam eddie VH ni..aku rasa john(hillary search). Memula aku kenal masa nengok vc yang dia drill gitar dia tu.

    ReplyDelete
  3. Memang betul...Sebenarnya ED Van Halen tu idol Hillary. If you remember, last time Hillary dressing sebiji macam Ed Van Halen dan cara main pun lebih kurang.
    Masa gua tengok Van Halen Live in Monster of Rock 1988 kat Dallas Texas(student days) siap terpegun tengok Ed and terbayang cara Hillary.Gua agree dgn lu Ed memang best.

    ReplyDelete