Tuesday, January 6, 2009

Antara 10 Muharram dan Bubur Asyura




MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.

Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

Adakah penyediaan bubur asyura ini satu bidaah?

aku copy and paste artikel dibawah daripada al-haziq.blogspot.com (terimakasih kpd penulisnya)

ANTARA ADAT DAN SYARIAT

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya


في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).

Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.

Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.

p/s : Makan bubur makan juga!!! Tapi penghayatan itu lebih penting. Menggabungkan kedua-dua niat itu alangkah lagi bagus. "Masak dengan niat menjamu dan sedekah + Menghayati peristiwa dan Kisah Nabi Nuh as".


Di bawah pula petikan dari artikel Utusan Malaysia Online bertarikh 16/01/2007


Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, tidak salah dan tidak ada apa-apa dosa untuk menyediakan bubur Asyura.

Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.

Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.

“Sudah tentu aktiviti ini satu kerja kemasyarakatan yang baik. Malamnya pula mereka berkumpul untuk mendengar ceramah agama berkaitan Asyura. Habis ceramah dan solat Isyak berjemaah, para hadirin bersama-sama menjamu selera bubur Asyura.

“Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama. Cuma ada juga yang terlalu memperbesarkan bubur Asyura hingga seolah-olah ia satu perkara wajib pula,” kata Mohammad Nidzam.

Namun katanya lagi, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:

Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).

Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.

“Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.

Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.

Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

“Oleh itu, amatlah wajar jika program masyarakat sekitar bubur Asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura,” kata Mohammad Nidzam mengakhiri perbualan.


Aku buat artikel ni bukan pasal aku nak tunjuk pandai atau macam bagus...tapi lebih kepada mencari jawapan yg aku sendiri pun tak dapat menjawap sebelumnya bila di tanya seorang rakan pasal hal ini...Semoga kita sama2 mendapat manfaat dari artikel ini dan selamat berpuasa kepada yg berpuasa pada 10 Muharram ini...wallahualam.

11 comments:

  1. tima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  2. whatever it is, maghrib ptg ni gua nak solat kat BBU, kat sana tiap2 tahun bubur dia best!!!

    ReplyDelete
  3. hehehe, pekaba org tiram!
    jom lepak retoran Md Ali.

    ReplyDelete
  4. bro,

    aku lebih cenderung kepada memegang apa-apa yang tiada nas dari Al-Quran dan al-hadith sebagai bida'ah dalam perkara yang berkaitan ibadah. Seperti kata ex-Mufti Perlis, Dr. Asri, kalau nak kata dari kitab, macam2 kitab dok ada. But in the end penilaian kitab kena datang dari Al-Quran dan Al-hadith yang sahih.

    Same as artikel, siapa2 boleh tulis artikel agama. Kewajipan kita ialah check source yang dipetik (i.e. hadith ataupun fatwa ulama muktabar) supaya ianya bersandarkan dari nas dan dalil yang sahih.

    Kita tak perlu "pure" dalam rock/metal tapi dalam agama "purity" itu adalah satu keperluan.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. posting aku tadi berkaitan dengan penyataan mengatakan penyedian bubur asyura adalah ibadah.

    i.e. kalau sediakan bubur asyura dapat pahala.

    It is better kalau artikel pertama menyediakan dari mana dikutip hadith-hadith tentang bubur asyura itu, so at least kita boleh tahu ianya datang dari sumber yang sahih.

    ReplyDelete
  6. matakucing...
    sama-sama la kita.

    eddie dan deaf...
    aku dah lama tak merasa bubur asyura ni...zaman duk kg je rasa dulu...

    jimbo...
    org tiram baik2 belaka..hehe..
    dah lama wa tak pekena roti canai restoran Md Ali...dedulu masa thn 80'an...tu aje la restoran kat Tiram yg ada jukebox...setiap kali pergi kurang2 pun 3 kali pasang lagu Wasted Years - Iron maiden ulang2...dah tu je lagu rock yg ada kat situ..hehe..

    Abang Ben...
    aku lebih suka memandang sama ada bidaah yg tu bidaah yg baik atau pun tidak..walaupun bidaah...tapi benda yg baik dan boleh dapat pahala...aku rasa tak salah kita buat...dari langsung tak buat apa2...betul tak?

    Wallahualam

    ReplyDelete
  7. Bro,

    Banyak benda yang kita boleh buat dari petunjuk Al-Quran dan al-hadith tapi kita tak buat tapi mencari bida'ah hasanah yang tiada petunjuk dari Al-Quran dan al-hadith kita besar-besarkan, kenapa? Sila rujuk entry 100 amalan sunnah dari blog gua dan check banyak mana yang kita tak dapat amal lagi. In fact banyak benda pun yang kita masih tak tau.

    Apabila bida'ah datang, ia mematikan sunnah. Itu sudah terjadi. Contoh, memperbesarkan bacaan Yasin malam Jumaat, setiap masjid melakukannya sedangkan sunnah bacaan surah al-kahf dari sumber yang sahih, ada siapa yang nak buat atau pertahan?

    Kenapa yang sahih ada tidak mahu dipromote tapi yang tiada sumber yang sahih bermati-matian dipertahan?

    Teruskan pengkajian bro... gua pun confuse bab ni dulu... bab ni bukan pasal menang kalah tapi mencari kebenaran dalam beragama. Itu kewajipan.

    ReplyDelete
  8. Abang Ben...

    gua paham maksud lu...gua setuju sesangat apa yg lu cakap..cuma apa yg gua nak tekankan kat sini..yang sunnah kita teruskan...kita terus promote untuk yang tak tau..tapi bidaah yg baik ni tak salah kita teruskan...sunah buat..bidaah yg elok pun buat...kan lebih bagus gitu...

    Contohnya la...bacaan yasin tiap malam jumaat...kalau kita rasa boleh buat...lebih elok buat...takkan bila dah tau bidaah kita tak nak buat dah..masyarakat sekarang...contohnya gua la...bz memanjang...tak der masa nak bercampur jiran tetangga...tapi ngan ada nya majlis yasin ni dapat jugak wa berkenalan ngan jiran2..bergotong royong sama2...kan elok...

    yg sunah kita buat jugak...tapi bidaah contohnya majlis maulidur rasul...kalau tak der maulidur rasul...tak penuh masjid kita...semua org sibuk memanjang kan...sekurangnya ada jugak setahun sekali ikut majlis ilmu...dengar ceramah...ikut gotong royong...suai kenal ngan jiran2...dlm masa yg sama tu...boleh la promote apa yg sunah...apa yg bidaah..dan mmg biasa pun dlm majlis2 maulidur ada citer bab ni..

    kan lebih baik begitu...last year masa majlis maulidur rasul kat tempat aku...Mufti Johor Dato' Noh Gadut pun pernah cakap camtu...

    waallaualam

    ReplyDelete
  9. Wallahua'llam bro.

    Kita akan rasa tenang dan konfiden apabila kita buat satu-satu ibadat tu yang kita tau clear dan sahih adalah suruhan Allah s.w.t. ikut cara Nabi s.a.w.

    Larangan untuk buat bidaah dalam agama sangat clear dari sabda hadith sahih Nabi s.a.w.

    Alasan2 yang kita bagi untuk membenarkan bidaah dalam agama biasanya untuk menutup kelemahan kita seperti yang kita sendiri cakap, sibuk, takde masa...

    Agama ini tidak perlukan penambahan. Ianya telah lengkap.

    Cara menunjukkan kita kasihkan Nabi s.a.w. bukanlah perarakan tetapi mengamalkan segala sunnah Baginda yang sahih. Itulah yang Baginda s.a.w. Andaikata Baginda mahu beliau diingati dengan cara perarakan, sudah tentu orang paling faham dalam agama selepas Baginda s.a.w. ie Sahabat r.a. melakukannya. Siapakah lebih sayang Baginda s.a.w., kita atau mereka?

    Pergilah ke kuliah ilmu tapi janganlah khususkan time Maulid saja. Masjid kita penuh bukan sebab Maulid tapi kerana kefahaman kita terhadap pentingnya berjemaah di masjid (berdasarkan dari hadith2 sahih yang banyak). Satu hari nanti anak-anak kita hanya mahu ke masjid kerana bidaah berkumpul di masjid time Maulid bukan kerana arahan Nabi s.a.w. untuk memenuhkan masjid HARI HARI.

    Jadikan agama kita pure seperti yang ditunjuk oleh Nabi s.a.w.

    ReplyDelete
  10. Abang Ben,

    Setuju ngan apa yg lu tulis...wa pun tak sokong perarakan maulidur rasul tu...tapi bab ceramah agamanya wa sokong...

    Tapikan...kalau yg dah biasa pergi masjid ok lah kan...tapi...tak semua org dapat hidayah nak pergi masjid hari2....tak semua orang terbuka hati nak pergi masjid hari2...macamaner nak tarik org pergi masjid...mungkin ngan peluang setahun sekali pergi masjid ikuti majlis maulidur rasul boleh buat terbuka hati?..sapa tau...

    atau mungkin ada yg terbuka hati bila mengikuti perarakan maulidur rasul?..ntah...

    Wallahualam

    btw..thanks bro

    ReplyDelete