Friday, January 2, 2009

Searching...Seek and destroy!..



Mencari2 di internet terjumpa pulak youtube Search live kat panggung anniversary.Dulu masa thn 86..masa program ni keluar kat TV3...aku ada rakaman konsert ni dlm bentuk VHS...sayangnya aku pun tak tau mana dah peginya tape VHS tu..sayang betul...

Search ni memang banyak nostagia untuk aku..Album Cinta Buatan Malaysia memang benar2 telah megubah hidup aku...dari seorang budak yang dulunya peminat tegar Duran Duran dan A-ha..aku telah berubah menjadi seorang peminat Rock..Sebelum ni bukan aku tak pernah dengar lagu rock..lagu2 Scorpions,Deep Purple,Rainbow,Uriah Heep,Bad Company dll 70's rock (kebanyakan Pak Alang aku punya) memang kecik2 lagi aku dah dengar..tapi zaman tu mungkin aku kecik2 lagi kot...belum into muzik sangat...lebih pada nak main dan berkubang kat paya je..tapi tahun 85 tu...dengan keluarnya Search memang telah merubah hidup aku...

(Seingat aku ini adalah kali ke3 aku beli album ni..1st tahun 85..kaset cetak rompak..pastu kaset original dan ke3nya beberapa tahun lepas bila keluar versi cd ni)


Tahun 85 tu aku di tingkatan 2…(dah tua aku kan.. :P) Search telah mengubah segala2nya…dari segi pakaian dan stail rambut..semua nak rock…seluar sekolah pun aku alter jadi fit ngam2 kaki (kat sekolah aku gelar seluar ni seluar Search)..dan kasut high cut warrior jadi pilihan…dan aku mula dengar band rock omputeh..start dari 2 minutes to midnight Iron Maiden (pinjam kaset lagu2 campur jiran aku) dan terus aku demam band2 rock/heavy metal omputeh antaranya Motley Crue,Twisted Sister,Dokken,Loudness,Bon Jovi dan juga band2 macam Malmsteen,Dio,Ozzy,Def Leppard,Saxon dan semestinya Iron Maiden la...dan terimakasih la pada tokey kaset Apache..anda memang banyak membantu...haha..

Selepas tahun 88…aku mula minat yang lebih heavy...thrash…the big four Metallica,Megadeth,Slayer,Anthrax…dan kemudiannya Sepultura,Kreator,Sodom dll dan lepas tu timbul pulak death metal…aku mula stop dengar/beli rock melayu…aku mula stop dengar Search…terutamanya selepas album Fenomena…bila Hillary keluar…Kid masuk...aku mula hilang minat...Kid Gersang???...arhhh...tak masuk arr...tambah pulak lepas tu dah keluar trend rock leleh tu semua...mmg aku tak follow la..(3 je band melayu aku follow terus...Rusty Blade, Belantara dan skit2 Wings...)

(3 album terawal Search telah mengubah taste muzik aku dari Duran Duran ke Heavy Metal :P)

Tapi masa pertengahan hingga hujung 90an..aku mula bosan ngan trend zaman tu…glam metal mati…heavy metal hilang..thrash lenyap…death metal tenggelam…timbul pulak grunge dan black metal…sorry aku tak minat grunge..grunge kill gitar hero (but they failed..hehe..)…bosan …black metal pun bosan….aku dah tua untuk tunjuk sapa tr00 sapa lebih setan...bosan...bosan...aku mula tinggalkan metal...tambah pulak zaman tu aku tgh bercintan...hahaha...layan Soul Asylum ngan Collective Soul lagi best....time tu aku mula beli balik album2 Search yang aku tertinggal..

Ternyata…bagus jugak Kid ni…album2 macam Karisma,Rampage,Rock N Roll Pie memang bagus…menjadi album2 favourite aku…disamping 3 album awal dorang…sayangnya album terbaru dorang kurang best la bagi aku…banyak sangat pengaruh Edrie Hashim dlm tu…hilang dah identiti Search..sayang bakat Hillary dibazirkan...dan Din Mayat takder?..Search tak akan best tanpa Din Mayat...betul...

(album2 Search yg berjaya aku kumpul sejak beberapa tahun lepas...album baru aku skip dan Selepas Banjir aku jual balik..tu bukan Search la..

Seperti yang aku kata tadi...inilah konsert klasik Search yang aku terjumpa di youtube..kenangan mengusik jiwa betul...



Lagu 2 minutes to midnight dan Search mmg banyak nostalgia untuk aku..perhatikan Din Mayat menyolo dalam lagu ni..bukan senang nak tengok dia menyolo...lawa siut gitar Din tu..zaman tu popular betul corak matahari loudness ni..



Isi dan kulit versi Hillary...sapa best? terpulang masing2 la...



Lagu joget..kalau korang perasan...band rock dulu2 mmg terer bawak lagu joget...biasa la..lagu band orang kahwin kan...



Cover Loudness - Heavy Chains...walaupun ntahapa2 lirik yg disebut Amy...(kalah kamikaze english Niihara)tapi..ok la tu...janji rock...hahaha...

terimakasih pada En. MatRock69(www.mymalaya.co.cc)kerana menguploadnya di youtube.

dan terimakasih Search....aku akan rock sampai tua....hehehe...

13 comments:

  1. duran2, aha, spandau ballet, bros, culture club.
    Beb ni semua legends beb masa kita zaman sekolah dulu.
    Legends punk khianat! haha.

    kelakar aku baca ceta kau, nostalgia.

    dalam banyak2 aku tengok Search, paling happening tetap mesti kat Johor.
    Aku tengok dorang kat stadium Larkin yang drummer Lola, yang reunion tu.
    Crowd johor, sampai roboh semua pagar pembahagi tiket mahal/murah. tapi sporting, dan sportmanship tinggi fans johor tak kacau orang walau kiri kanan aku smua headbanging.

    cam amy cakap kat konsert 'selepas banjir' indoor stadium jb,
    Johor is the rock n roll city, dan Search is always the king of rock n roll.

    ReplyDelete
  2. gua jadik gila amy ni sejak kenal brader2 besar aku la, amid dan mokhtar, gangster kg bakar batu yg jugak gila liverpool, teruk gua kena kutuk pasal support chelsea...

    nak pukul, karang cakap derhaka dgn 'tai lo' pulak... sabar aje la!

    apa pun, lagu musafir dan cinta sepi boleh buat gua nangis tanpa sebab, mungkin teringat zaman susah gua.

    ReplyDelete
  3. BRO,
    GUA SAMPAI TUA PUN AKAN TERUS IKUT SEARCH..LEGENDA MALAYSIA,LEBIH2 LAGI SEARCH NI BERASAL DARI JOHOR..LAGI GUA SAYANG.X KIRA LA KID ATAU HILLARY.TAPI GUA LEBIH MINAT KID.'BERHANTU'KALAU DIA YANG MENG'GORENG'.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Search tetap lagenda R&R, sapa2 pon kene tempias search. Harap2 2009 ni ada something dari search. Din mayat pon dah joined balik so wasted la kalau tak de apa2 untuk fans.

    Antara vc paling rare masa still performed lagi kat hardrock TTDI. gi youtube : search live at hardrock TTDI. Zaman man keedal ada lagi

    ReplyDelete
  6. SEARCH memang rules!

    Kid >>> Hillary

    ReplyDelete
  7. lu layan search jugak eh bro. gua suka jugak. cam lagu fantasia bulan madu & rozana. x lapuk ek zaman tu. ehehhe

    ReplyDelete
  8. BRO..LU ADA ALBUM (MP3)
    -WINGS & SUPERFRIEND VOL 1/2
    -WINGS - BIRU MATA HITAMKU
    -WINGS & SEARCH (DOUBLE TROUBLE 2)

    ReplyDelete
  9. deaf...
    kita sezaman..hehe..

    walaucamana rock pun..aku masih layan Duran Duran dan A-ha...nostalgia tu...

    Awal 80an dulu time tempat lain tgh sibuk pop dangdut..bebudak S'pura dan Johor dah gila rock...kira kita macam LA Scene (Glam/Hair Metal) dan Bay area (thrash)la kalau kat US ...kita Rock n Roll...haha...

    eddie...
    Amy tu aku tengok masih join ngan bebudak Bakar Batu...Last 2 year team veteran Bakar Batu main bola aku tengok dia pun ada...aku tengok gambar je la..driver kat opis aku budak Bakar Batu..respek ahh..

    Matakucing...
    nanti aku cekidout la Search at hardrock TTDI tu..thanks for info

    ReplyDelete
  10. Abang Ben...
    Tu ahh...kalau Kid join Search balik pun best kan..

    main 3 gitar la...baru Maiden...hehe

    Cikgu Wiween...
    dah terhidup zaman tu...mesti la layan..kalau tak jadi mat diskang la pulak wa ni...hehe...

    Rajarock...

    album mp3 yg lu sebut tu semuanya ada kot...lu nak ker?

    ReplyDelete
  11. bro berteromber...kita sezaman tu. Gua ingat kalau kita duduk satu meja memang tak habis cerita pasal rock. Since gua kat London ni, I will be more than happy to look for old collections on your behalf.Collection kat HMV records kat sini giler sehh..
    Gua memang minat habis Search until today.Tapi bila Endry masuk Din Mayat kena buang gua potong.
    Din Mayat tak de Search Live tak layan langsung.

    Bro Deaf..gua layan jugak Duran Duran dan Aha..hehhheh

    ReplyDelete
  12. alamak...macam kenal je CD Double Trouble tuu..macam yg hilang dari grobok CD aku jeee...hehehehe!!

    ReplyDelete
  13. Salam bro.

    Kalau lu ada simpan lagi cd "bikin wilayah" tu, kasi tolak kat wa bro, boleh?

    Tak pun kalau ada tau mana2 kedai yang ada jual lagi cd tu boleh la inform kat wa kat clashead@gmail.com.

    Dah lama mencari tu. MP3 ada tapi nak yang hard copy..

    Tahnks bro.

    ReplyDelete