Monday, March 16, 2009

Masjid Serkam Pantai : Ke Melaka Lagi Pt 2

sesuatu yang aku cukup tertarik sepanjang perjalanan dari Muar ke Melaka ikut jalan lama ni adalah masjid2 di sepanjang jalan tersebut..kenapa?..kerana senibina masjid2 lama di Melaka ni sangat unik...boleh dikatakan hampir kesemuanya kalau sekali pandang ingatkan chinese temple la pulak..tak caya?..lihat lah sendiri...






Balik dari makam Tun Teja tu...sempat aku menyinggah di salah satu masjid unik ni untuk solat zohor...Masjid Sekam Pantai...sebenarnya dah banyak kali aku teringin nak singgah kat salah satu masjid2 ni...kali ini baru kesampaian





kalau ikut info kat board ni...dah lebih 150 tahun dah usia masjid ni...lama tu...


menara ni pun unik...dengar ceritanya zaman dulu2 tok bilal kena panjat menara ni utuk azan...maklum la zaman tu takder speaker..





hiasan dalamannya





seperti kebiasaannya...masjid2 lama mesti ada perkuburan disekitarnya...cuma yang ini lain skit...ada meriam kecik pulak

aku pun tak pasti kenapa senibina masjid2 kat melaka ni begini rupa...adakah arkiteknya dulu berasal dari cina...keturunan puteri hang li po mungkin?...anyone from melaka?...

9 comments:

  1. gua perasan jugak, kebanyakan masjid2 lama di area Melaka berbentuk seakan pagoda...

    mungkin jugak la.

    ReplyDelete
  2. eh makan sultan ali ko tak gi jengah ke?

    ReplyDelete
  3. ..Melaka dulu kan tumpuan para pedagang dari Cina dan juga Timur Tengah..dan orang Cina juga lah yang bawa ugama Islam ke Tanah Melayu pada masa tu..jadi pengaruhnya mesti ada yang ditinggalkan...macam penjajah Inggeris dulu jugak le..

    ReplyDelete
  4. masjid ni nampak terpelihara dengan baik..cantik lagi..masih kelihatan baru lagi.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. aku suka nengok

    ReplyDelete
  6. salam... ni masjid kampung saye..terimakasih upload kat sini.. sebab asalnye melaka tumpuan pedagang dr luar..so ciri2 kesenian diaplikasikan masa buat masjid ni..x silap saya ukiran nye guna putih telur ..

    ReplyDelete
  7. pakcik aku meniaga ikan bakar kt serkam...slalu tlg kalau hari raya..org ramai..tapi dulu lg sda feel,coz kdai dia papan..skrg dah moden.. tak berapa feel..

    ReplyDelete
  8. seni bina masjid kt melaka ni bnyk pengaruh seni bina china. ini menunjukkan bukti yg kukuh bahawa pengislaman negeri melaka datang nya daripada china. contoh paling ketara adalah pada bumbung masjid ni iaitu berbentuk pagoda. keunikan masjid serkam pantai ni adalah pada mimbarnya. mimbar ini berusia 200 tahun dan ukiran nya menjadi sejarah dalam seni ukir melayu yg berkonsepkan flora sesuai dgn agama islam yg melarang umatnya melukis, mengukir, membentuk dan melakar bentuk manusia.

    ReplyDelete