Friday, December 9, 2011

Blue Murder

Tu hari aku ada cerita pasal gitarist2 whitesnake...ni last aku nak tambah...John Sykes



Blue Muder - Blue Murder (1989)

Aku tau pasal John Sykes dari Whitesnake 1987...nama dia makin melekat bila aku start dengo Tygers Of Pan Tang...pastu ada rumours dia nak join Def Leppard ganti Steve Clark (sayangnya Vivian Campbell pulak yang ganti...potong betul la Vivian ni...dah la kat Whitesnake pun dia yang ganti...haha...) masa tu la dalam tahun 1991 kalau tak silap aku berpeluang dengo kaset Blue Murder ni...aku tak beli...aku pinjam...

Ini adalah band solo pertama John Sykes lepas dia kena tendang dari Whitesnake...mungkin pasal meletupnya album Whitesnake 1987 tu...syarikat rakaman gergasi Geffen berani berabis duit untuk album ni...penerbitnya Bob Rock tu...sayangnya tak tau mana silap...album ni tak meletup..

Mendengar album ni seperti mendengar album Whitesnake 1987...tak boleh salahkan John Sykes kalau album ni tak lari dari bunyi camtu...Whitesnake 1987 tu adalah 50/50 antara dia ngan David Coverdale...dan aku rasa kalau dia masih dalam Whitesnake...mungkin ini lah antara lagu2 untuk album Whitesnake yang seterusnya...dan aku yakin....kalau album ni namanya Whitesnake bukannya Blue Murder...MTV dan radio akan main hari2 dan konpem akan terjual berjuta2 unit...kalau tak tak kan dalam That Metal Show, Eddie Trunk cakap album ni no4 dalam list favorite debut album of all time dia...



Seawal track pertama "Riot" dah dapat cam bunyi Whitesnake 1987...track ke 2 "Sex Child" sebelum part solo tu memang sebijik stail "Still Of The Night"...tapi rasanya bab lagu2 slow rock David Coverdale lagi terer...lagu slow album ni "Out Of Love" kurang menangkap...tapi lagu paling aku suka dari album ni adalah "Jelly Roll"...lagu yang agak pelik yang terbahagi kepada 2 bahagian...1st halfnya ada bunyi2 ala country...masuk 2nd half dah bunyi lagu slow rock yang sangat catchy...part 2nd half tu la yang buat lagu ni sedap...

Bab gitar tu tak yah sentuh la...solo2 John Sykes memang dasat...semua dah maklum...tapi bab suara dia tu...memang tak sangka sungguh...dia bukan takat menyanyi...tapi menyanyi dengan bagus sekali...ntah macamaner la time live dia boleh jerit high pitch dalam masa yang sama main gitar...memang dasat...ada yang kata suara dia lagi best dari David Coverdale...tapi bab tu...ikut pilihan memasing la...

Apa2 pun maafkan la gambo dressing ala2 lanun kat belakang cd tu kalau korang suka Whitesnake 1987....overall album ni OK...tapi khas untuk die-hard Whitesnake dan yang suka kerja gitar John Sykes...


***tak sabo nak dengo camner la bunyi band baru dia bersama Mike Portnoy tu..

2 comments:

  1. this is among the most underrated super group. John Sykes and legendary drummer Carmine Appice...what more do we want.

    ReplyDelete