Tuesday, June 12, 2012

The Raid Madagascar 3

The Raid : Redemption (2011)


1st time dengar pasal filem dari Indonesia ni bila aku baca review filem Bunohan...ada satu blog tu tulis Bunohan adalah jawapan Malaysia kepada The Raid....sejak tu aku tertanya2 apakejadahnya The Raid ni...

Dan akhirnya minggu lepas dapat jugak menontonnya...versi sedut ler...kabarnya tak akan masuk panggung Malaysia kerana aksi2 ganasnya....lepas menonton sekali lagi teringat akan kata2 penulis blog tu...pada aku mana mungkin nak bandingkan The Raid dengan Bunohon...tak sama genre...mungkin penulis tu hanya nak menyedapkan hati dia jer...The Raid adalah filem aksi dan aksi...manakala Bunohon pulak cerita berat yang secara jujurnya aku tertidur semasa menontonnya...heheh...maaflah...Bunohan bukannya selera aku...

The Raid ni memang sangat rekomended untuk sapa2 yang gilerkan filem aksi...kill kill die die...aku bukanlah fanatik cerita2 aksi sebegini seperti zaman aku budak2 dulu...tapi cerita ni memang boleh buat ternganga nengok aksi pertarungannya...memang ganas...rasa macam menonton filem Hollywood ataupun Hong Kong...tak hairan lah jika filem ni pernah mencapai no 11 kat carta filem2 box office di US pada suatu minggu tu...

Sebenarnya ceritanya simple ajer...straight forward...takder twist2 takder pening kepala...yang hebat adalah aksi pertarungannya....cuma sikit pening kepala pasal aku tak faham beberapa dialognya....kes malas nak cari subtitle....

Walaupun ianya bukan filem Malaysia...dan pengarahnya pun seorang Mat Saleh...tapi bila nengok silat dijadikan bahan utama dalam filem ni...ada sedikit rasa bangga jugak la...walaupun sekadar menumpang....



Madagascar 3:Europe’s Most Wanted (2012) 



Sebelum abis cuti sekolah...sempat jugak bawak anak2 aku ke TGV Tebrau City nengok cerita ni...lama giler aku tak gi panggung wayang...ini adalah pengalaman pertama anak bongsu aku masuk panggung...memang excited sesangat dianya...mungkin 10...20 tahun mendatang bila dia baca blog abah dia ni...benda ni boleh jadi antara kenangan penting dalam hidup dia...

tapi yang tak bestnya penuh sesak la pulak panggung wayang kalau cerita kartun time cuti2 sekolah ni...penyudahnya dapat seat line ke 2 dari depan...pening kepala aku nengok mendongak....dah la mata ngantuk malamnya layan Euro....3,4 kali jugak aku hampir terlelap...kalau tak pasal anak bongsu aku excited bertanya...maunya aku ZZZZ terus...heheh...

Ceritanya ok la...walaupun aku lebih suka Madagascar 1...biasalah...kalau dah masuk siri yang ke 2 ke 3....dah nampak sangat macam terlalu mencuba....tak kisah la...yang penting anak2 aku suka...

"Bising dan besarnya tv dia...." komen anak bongsu aku 1st time tengok wayang




6 comments:

  1. Kirim gigit pipi kat model Madagascar tu boleh? he he he

    ReplyDelete
  2. karangan anda semakin mantap, teruskan usaha anda...

    (pergh, seriusnya komen)

    ReplyDelete
  3. Uncle Zan...tak sabo nak tunggu Dunia Eicak...minta otograp boleh?...heheh..

    Ijau...nasib komen positif...kalau tak saya buang awak dari blog list saya...hahahaha...

    ReplyDelete
  4. nak kena cari Kukup dvd version untuk The Raid ni...

    ReplyDelete
  5. gua baru pagi ni abis layan THE RAID secara besambung2. heh!
    memang KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEE!
    layan movie ni buat adrenalin mencanak ke langit lepas dan jantung memecut 380km sejam!

    aksi killkilldiedie! yang jaw droping!

    ReplyDelete
  6. baru lepas tgk madagascar...ok la...yg penting family hepi

    ReplyDelete