Friday, January 4, 2013

Tower Heist





Tower Heist (2011)

Saya baru sahaja menonton filem ini di HBO. Saya tak pasti kenapa saya tak perasan akan kewujudan filem ini dulu. Melihat kepada bintang2 yang terlibat (Ben Stiller,Eddie Murphy,Matthew Broderick,Casey Affleck dll) membuatkan saya tertarik untuk menontonya.

Walaupun ceritanya bukanlah terbaik sangat. Twistnya pun dah dapat saya agak dari awal tetapi gandingan pelakon2 bintang ini berjaya membuatkan saya terhibur. Ternyata lawak Ben Stiller dan Eddie Murphy kembali menjadi selepas beberapa filem mereka kebelakangan ini kurang menarik minat saya terutamanya filem2 Eddie Murphy.

Selain mereka, kredit juga patut diberikan kepada Alan Alda kerana watak jahatnya memang sangat berkesan. Tower Heist bukanlah sebuah filem komedi yang akan diingati tetapi jika anda tak tau nak buat apa musim2 hujan begini, mungkin cerita ini sesuai untuk untuk mengabiskan masa.



5 comments:

  1. musim hujan = tido!! Haha.... Anyway lakonan Eddie Murphy hanya best masa dekad 80'an dan 90'an saja utk filem seperti Beverly Hills Cop, Shrek, Nutty Profesor dgn Dr Dolittle. Selebihnya byk yg flop...

    ReplyDelete
  2. klu la diorg buat cerita super lawak, parody expendables - pelakon2nya semua pelawak thp mega; eddie murphy, chris rock, chris tucker, owen wilson, ben stiller, will smith, martin lawrence, dll... mcm mana la agaknya?

    ReplyDelete
  3. tropic thunder jugak rules...hehehe

    ReplyDelete
  4. Layan jugak movie ni..ok jugak la

    ReplyDelete
  5. mengantuk tgk movie ni kat wayang ritu, jalan cerita pun dah tak berapa nak ingat, mungkin kena try tgk sekali lagi..

    ReplyDelete