Thursday, January 31, 2013

The Hunger Games

Sambungan misi menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence kerana >INI<


The Hunger Games (2012)

Dah lama tau pasal The Hunger Games, bukan filemnya tetapi bukunya. Anak saya adalah salah seorang peminat novel remaja tulisan Suzanne Collins ni. Meng"download" filemnya pun atas permintaan beliau. Kalau tak kerana hendak menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence, pasti saya tak akan menontonnya.

Amaran dari anak saya, novelnya lebih bagus dari filem. Tetapi disebabkan saya tak pernah membaca novelnya, tak boleh lah saya nak bandingkan. Seperti Harry Potter dan Twillight, cerita adaptasi novel fantasi remaja begini sudah pasti sasarannya adalah untuk golongan remaja. Tetapi saya agak terkejut juga kerana ceritanya ada unsur keganasan iaitu bunuh membunuh. Tak pasti adakah ianya sesuai untuk remaja?

Ceritanya pada saya biasa-biasa sahaja. Ianya mengingatkan saya kepada filem The Running Man. Selian dari scene yang gambarnya bergoyang-goyang memeningkan kepala, sesuatu yang menarik dari filem ini pada saya adalah lakonan Jennifer Lawrence. Tidak syak lagi beliau pastinya akan menjadi bintang kelas A di masa hadapan.






8 comments:

  1. bro berteromber sudah jadi die-hard fan Jennifer Lawrence haha....fever sudah mari!

    ReplyDelete
  2. smlm layan hansel & gretel kat TGV/KLCC

    ganas jugak

    ReplyDelete
  3. Ada lagi filem dia yang sebelum ni.x men first class pun best jugak.

    ReplyDelete
  4. tengah download Winter's Bone...satu lagi yang nak kena tengok...

    ReplyDelete
  5. kena buat Jennifer Lawrence Fanpage dah nih....hehehhe

    ReplyDelete
  6. sesuatu yang menarik dari filem ini pada saya adalah lakonan Jennifer Lawrence

    -beteromber


    sesuatu yang menarik pada saya adalah Jennifer Lawrence

    -PORTDY

    ReplyDelete
  7. Jennifer Lawrence, Jennifer Aniston, Jennifer Garner, Jennifer Love Hewitt, Jennifer Lopez.. em, semuanya the best.. heheh

    ReplyDelete
  8. pernah terbaca kat facebook nikki sixx... dia suka movie ni

    ReplyDelete