Monday, April 22, 2013

Demons and Wizards

Lama dah cari...tak sangka akhirnya terjumpa..dah 41 tahun dah umurnya ni...


Uriah Heep - Demons and Wizards (1972)

Kalau sebut band-band rock 70an, Uriah Heep adalah salah satu yang paling aku suka. Pernah cerita pun pasal ni 3 tahun yang lalu. Cekidot >SINI<

Lama dah mencari album ini. Kat e-bay pun selalu kalah bid. Tapi tak sangka pula akhirnya terjumpa depan mata dengan harga yang sangat murah. Terimakasih kepada En. Portdy kerana memaklumkan aku Popular Plaza Pelangi ada buat sales cd bulan lepas. Walaupun aku datang 2 hari terakhir sales, cd-cd yang kau sebut tu pun banyak yang dah takder. Tapi aku terjumpa hidden treasure ni.


Mungkin bukan hidden treasure pun bagi orang lain...kalau tak...tak kan lah masuk kategori sales RM9.90 kan...tapi bagi aku Demons And Wizards memang best. Memang aku rekomended bagi sesapa yang into rock 70's. Pada aku selain Deep Purple, ini lah band yang patut anda dengar kalau anda meminati Hammond Organ. Ken Hensley memang best. Dia bersama Jon Lord memang takder siapa boleh lawan...

Lagu-lagu seperti The Wiazard, Traveller In Time, Easy Livin' memang menjadi favourite aku kalau sebut pasal lagu rock 70's. Memang klasik...sayangnya kalau sebut Uriah Heep..ramai yang cuma tau Lady In Black...


Yang menariknya cd ni cd Malaysia Edition tapi ini pertama kali aku jumpa cd Malaysia Edition yang bukan jenis kaver sekeping. Booklet tebal cuma kalernya lah kelam sikit. Nak jimat kos printing agaknya. Tapi dengan harganya tu, aku kira ianya sangat berbaloi. Ianya adalah versi remastered. Bermakna mungkin ada lagi album-album lain Uriah Heep Malaysia Edition yang di jual. Sayangnya kat sini cuma ini lah sahaja yang ada.

Mana tau satu hari nanti terjumpa album-album lain...harap sangat dapat Salisbury, Look at Yourself atau  The Magician's Birthday...

REKOMENDED!





6 comments:

  1. Perghh..rezeki bro.aku ada versi lp.nanti aku tepek

    ReplyDelete
  2. fuuyooo
    great price, nice packaging, and most important you like it.

    Uriah Heep ni alrite, sampai skrang dorang masih top terutama Eastern European regions.

    Tengok kat youtube dahsyat audience dorang ramai.

    ReplyDelete
  3. bunyian Hammond Organ memang sesuai semasa era rock 70'an dulu...terbaik!

    ReplyDelete
  4. Uriah Heep ada pengikutnya... macam aku..terbabit dengan lagu album awal diorang... (Very Eavy Very Umble, salisbury dan Look at Your Self )

    ReplyDelete