Wednesday, March 3, 2010

Demons And Wizards



Semenjak dua menjak ni aku banyak pulak dengar lagu2 rock 70’s…antara yang sering aku dengar sekarang adalah Uriah Heep…dengan album “Demons And Wizards”nya…ni memang giler old skol ni…

Teringat aku zaman2 aku bebudak di zaman penghujung 70an….kalau tak silap aku Uriah Heep ni pernah turun Malaysia pada masa tu…antara band2 yang jadi sebutan brader2 rock yang lebih senior kat area tempat aku selain Deep Purple,Rainbow,UFO dan Scorpions…zaman tu aku tak ambik port sangat pun…maklum la bebudak lagi..main guli dan mandi paya lagi syok la kan…




Pak Alang aku yang masa remajanya dulu duduk kat rumah parent aku banyak meninggalkan koleksi kaset2 band2 rock zaman tu…Uriah Heep adalah salah satu darinya…tapi memang aku tak ambik tau pun masa tu…album mana dan lagunya macam pun aku tak berapa ingat…maklum la bila masuk era 80’s…zaman aku dah start minat rock…aku lebih banyak dengar rock 80’s…tapi aku tau jugak la beberapa lagu popular dorang seperti Lady In Black dan Easy Livin’ dari beberapa kaset kompilasi yang aku ada…

Tapi yang betul2 aku dengar Uriah Heep adalah masa zaman2 aku rajin trade mp3 dan zaman aku pandai menyedut mp3 dari internet…(awal2 tahun 2000 kot) dan album Demons And Wizards adalah antara yang aku suka dengar…album yang sama umur dengan Encik Eddie Raja Naga ni memang ada beberapa lagu yang best…antaranya Wizard, Easy Livin’ (di cover oleh WASP dalam Electric Circus),Traveller In Time,Rainbow Demon,Circle Of Hands dan Paradise/The Spell.

Uriah Heep ni kalau mula2 dengar ingatkan Deep Purple…maklum la gitaris/ keyboardis dia Ken Hesley tu pun macam Jon Lord…guna Hammond Organ…dasat jugak permainan dia…bak kata Blackie Lawless "Ken Hensley wrote the rule book for heavy metal keyboards as far as I'm concerned."

Ken Hensley dengan Hammondnya

Satu lagi…kalau nak tau…album Demons And Wizards jugak adalah salah satu inspirasi untuk Hansi Kursch (Blind Guardian) dan Jon Schaffer (Iced Earth) menubuhkan side projek band mereka Demons And Wizards..

Sayangnya aku takder pun cd ni…ada gak tengok2 kat ebay…tapi ada benda2 lain yang perlu lebih diutamakan…iskh…

mari layan 2 lagu yang paling aku suka dari album ni..





12 comments:

  1. aku kenal uriah heep drp lagu wizard yg dicover oleh blind guardian...

    tp mmg best video youtube wizard tu - total hippies >:)

    ReplyDelete
  2. hari tu gua ada letak lagu Lady in Black kat blog...

    ReplyDelete
  3. Uriah Heep...Bad Company..tu antara band2 70's yang aku dengo masa awal2 80's dulu... Masa tu aku tak tau pun rock...Rare Earth pun aku dengar...

    ReplyDelete
  4. Salam,singgah lalu...last album Uriah Heep yang wa layan ialah 'Conquest'sebab pastu depa dah tak macam dulu lg Ken Hensley cabut dan David Byron arwah..tapi depa memang best!

    ReplyDelete
  5. ko bagi sumer band2 dulu2~
    rambut aku pon dah folo stail dorg~

    kedengki ah ko~

    ReplyDelete
  6. Masa Uriah Heep turun Shah Alam awal 2000 dulu, wa antara yang pergi tengok dorang walaupun time tu satu lagu dorang pun wa tak tau..Tapi sayang stadium kosong. Kalau kira2 mau dalam 1-2 ribu je yang datang..

    Tapi sound dorang buat wa "inzal" beb. Duduk dekat tingkat 3 stadium pun bunyik akustik guitar macam main depan muka jer..hahaha

    ReplyDelete
  7. Uriah Heep? Antara koleksi kaset abang aku yang x sempat aku nak sentuh dulu...

    ReplyDelete
  8. aku setuju dgn En Wan Beruas...Uriah Heep ni terbaek masa zaman Ken Hensley...majoriti lagu2 best dorang pun Ken Hensley yang buat...kena pulak ngan suara David Byron tu...tapi suara Ken Hensley pun ok jugak..cekidout lagu Lady In Black..

    album2 selepas tahun 1980 memang dah tak best...

    ReplyDelete
  9. band ni jadi rujukan sahabat2 gua yang jadi pengikut hippies tegar masa kat kampung dulu. seronok bila dikenang tiap kali gua layan lagu2 uriah heep. ingat pada kawan2 hippies, ingat kat poster diorang kat dinding. easy livin'

    antara banyak2 hits diorang, yang gua suka sangat adalah lagu 'sympathy'(firefly- 1977). layan sungguh lagu ni. lemak sungguh riff gibson mr. mick box.

    sekarang gua layan uriah heep-acoustically driven

    "This is a thing I've never known before
    It's called easy livin'
    This is a place I've never seen before
    And I've been forgiven
    Easy livin' and I've been forgiven"

    ReplyDelete
  10. Sympathy adalah salah satu lagu terbaik zaman John lawton...tapi aku lebih suka David Byron...

    skid...aku hampir2 lupa pasal Rare Earth

    yeah...70's memang rock!

    ReplyDelete
  11. gi kedai rekod buruk, kalo belek2 vinyl album2 uriah heep ni kan, nanti uncle2 cina nanti tegur
    'wah..this one good'

    ReplyDelete