Friday, July 26, 2013

A Real 20 Years One







Iron Maiden - A Real Live One & A Real Dead One (1993)

20 tahun dah album live Fear of the Dark World Tour ni. A Real Live One mengandungi lagu-lagu dari era Somewhere in Time (1986) hingga Fear of the Dark (1992). Manakala A Real Dead One mengandungi lagu-lagu sebelum Somewhere in Time.

Ini bukan nak review. Pasal takder apa yang aku tak suka pasal Maiden. Cuma cerita bergambar.



Dulu aku ada 2 kasetnya. Sayang yang tinggal cuma satu. Tak tau mana pergi Live one.




Masa upgrade ke cd beli tak saing. (Dia pun rilis tak saing kan?). Hasilnya dapat Live One versi Capitol (US) manakala Dead One versi EMI (made in Holland).


Yang tak puas hatinya versi EMI ni, inlaynya jenis kertas sekeping. Kasetnya pun macam tu. Banding dengan versi Capitol kat bawah. Penuh gambar warna warni.






Tak pasti adakah Dead One versi EMI memang macam tu atau yang Made In Holland ajer camtu. Adakah versi Capitol Dead One juga ada gambar banyak macam versi Capitol Live One. Dan ada berapa versi cd ni sebenarnya. Yang aku tau versi remastered 1998 combined jadi A Real Live Dead One.  Ni yang macam nak cari Dead One versi Capitol. Mungkin Deaf boleh bagi penjelasan. Aku tau dia ada vynil semua.

Btw, album live ni memang di tunggu-tunggu sebenarnya. Maklum la 8 tahun dah selepas Live After Death. Paling best dah tentu-tentu lagu Fear of The Dark. Suara penonton singalong kat Helsinki tu takder rakaman live lain yang boleh celen. Dan aku suka juga versi Bring Your Daughter... to the Slaughter dalam Live One ni.






8 comments:

  1. zmn ARLO ni la aku mula serius layan maiden

    ReplyDelete
  2. A real dead one dapat poster besar dalam ada family tree maiden kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...aku baca pun camtu...tapi aku punya takder...adakah hanya versi Capitol yang ada...EMI made in Holland memang takder...atau seller kat ebay tu dah tipu aku..

      Delete
  3. Replies
    1. soklan rachun ni...tu kena tanya Rafi, PC Kokak dan Faizal Skudal....heheh...

      Delete
  4. Wooo..ini album live best oo

    ReplyDelete
  5. Antara album yg mengenalkan aku pada Maiden..selepas compilation best of the beast.. Teringat kat sorang barber rockers tempat aku..kedai dia ade poster ardo.. N poster arlo selalu keluar kat urtv dulu hahaha

    ReplyDelete