Wednesday, July 3, 2013

Shout at the Devil

Lagi sebuah album heavy metal klasik yang menyambut ulangtahun ke 30...



Mötley Crüe - Shout at the Devil (1983)

Beberapa minggu yang lepas semasa memandu sambil mendengar lagu Shout At The Devil di dalam kereta, kedua-dua anak perempuan sulung dan kedua saya secara tiba-tiba menyanyikan chorusnya bersama. Pelik juga, darimana mereka tahu sedangkan mereka memang tak minat rock dan tak pernah mengusik koleksi cd-cd saya. Dan saya kebiasaanya mendengar lagu-lagu rock/metal secara bersendirian dan kadang kala bila pemanduan jarak jauh. Rupa-rupanya ini semua adalah angkara game Guitar Heroes. Terbukti muzik yang catchy, tak kira genre, didengar secara berulang-ulang akan membuatkan kita suka. Dan sempat saya katakan kepada anak-anak saya, nampak tak...lagu-lagu yang abah dengar ni sebenarnya sedap-sedap belaka...sama sedap macam lagu K-pop kan?...hehehe..

Shout At The Devil, lagunya memang sedap, albumnya apatah lagi. Ini adalah album Mötley Crüe kegemaran saya. Takder lagu yang tak sedap. Ini adalah zaman terbestest Mötley Crüe. Walaupun dari segi sound, ianya tak lah sehebat zaman Bob Rock. Tetapi soundnya yang kasar dan raw itulah yang saya suka dimana bunyi gitar adalah kedepan berbanding zaman Dr Feelgood. Inilah sound heavy metal 80an yang cukup saya suka.

Ketika zaman saya sekolah dulu, imej ganas, conteng muka, leather dan pentagram mereka inilah yang menjadi ikutan remaja. Tengok sahaja lah cara pakaian SYJ. Sebelum black metal, mereka dah pentagram dah. Kaver cd ni pun dulunya pernah kena ban. (Cd remastered kepunyaan saya ni mengekalkan gambar asal...ada cd yang letak gambar band). Sayangnya mereka adalah band yang suka berubah. Logo pun tak pernah sama. Album-album berikutnya mereka mula menjadi komersil dengan lagu-lagu yang agak bluesy dan saya juga mula meninggalkan mereka bila zaman thrash melanda.




Shout At The Devil mengandungi lagu-lagu yang sedap-sedap belaka. Semua pun legend. Kalau ada yang kata Motley Crue cheesy, cuba dengar lagu "Red Hot". Memang power. Lagu syiok untuk pemanduan lewat malam. Tak hairan lah kenapa FTG pernah kaver lagu ni dalam album Made In Malaysia mereka.

"Shout at the Devil", "Looks That Kill","Too Young to Fall in Love", "Ten Seconds to Love" adalah antara anthem zaman remaja saya. Lagu yang melambangkan sound heavy metal 80an yang sebenar. Manakala lagu pendek "God Bless the Children of the Beast" banyak mengingatkan saya kepada lagu slow rock UFO. Dan "Helter Skelter" pula membangkitkan keinginan saya untuk megenali Beatles.

REKOMEMDED!







9 comments:

  1. Motley Crue = SYJ @ Sofea versi America hahaha....

    ReplyDelete
  2. aku rasa cover buku ni jd inspirasi utk cover buku ni

    ReplyDelete
  3. Suara vince dalam ni pun power jugak.nyaring gitu.masa kecoh pasal black metal pun dulu mastika labelkan motley crue ni band black metal jugak..hadoiii

    ReplyDelete
  4. ..dressing style yang sejibik ditiru oleh SYJ...

    ReplyDelete
  5. style macam SYJ...lagu ikut WASP

    ReplyDelete
  6. Too Fast For Love is better me thinks.

    ReplyDelete
  7. Kau pernah dengar cerita syj ke sapa masuk press conference betul2 style glam rock,kaki letak atas meja lagik.
    Ye ke?
    Hahahahaa...
    Kongajar!,, hahaha

    ReplyDelete
  8. Hahaaa Deaf lu ingat lagi ahh?!?! Wa ingat jugak...pasal kes ni dorang kena hentam kaw kaw dengan wartawan..Kaki letak atas meja..Dalam gambar aku tengok vocalist dorang letak kepala lutut kat tepi meja jee...

    ReplyDelete