Tuesday, August 20, 2013

Creeping Death/Jump In The Fire

Entri ini khas di tujukan kepada sesiapa yang tengah demam Metallica.


Metallica - Creeping Death/Jump In The Fire EP (1990)

Tracklist:

1."Creeping Death"  
2."Am I Evil?"  
3."Blitzkrieg"  
4."Jump in the Fire"  
5."Seek & Destroy" (Live)
6."Phantom Lord" (Live)

Ini adalah zamannya tak kira apa sahaja rilisan Metallica walaupun dah ada lagunya akan tetap juga di beli. Ketika itu Metallica adalah no 1. di hati. Iron Maiden pun seolah-olah terlupa dah. Tambah-tambah pula bila beli kaset ni dapat pendant logo Metallica secara percuma. Masih tak lupa sebaik beli kaset ni (di kedai kaset tingkat 2 Komtar, JB...alah tak boleh ingat pulak dah nama kedai kaset tu sekarang) terus menuju ke kedai Rock Station di dihadapannya untuk beli rantai. Tak pernah seumur hidup aku pakai rantai, Metallica punya pasal beli rantai dan pakai. Sayangnya rantai dan pendant tu hilang dah. Kawan aku pinjam dan buat harta sampai sekarang. Dan sampai sekarang juga lah aku tak pernah pun ada rantai lain dan pakai.

Kaset ini jugalah yang dipinjam oleh seorang sahabat (Budak Surau) yang teringin sangat nak tau kenapa aku suka sangat dengar Metallica. Ketika memulangkannya selepas seminggu, dia pesan "Sedap muziknya, padanlah ko suka...tapi baik-baik dengan liriknya".



Memang banyak memori pasal Metallica. Tak kisah la walaupun sekarang aku bukanlah lagi peminat no 1 mereka dan buat-buat macho tak pergi konsert mereka. Tapi deep down inside...kalau minat metal...pasti sedikit sebanyak frust juga tak dapat nak nengok dorang live.

Ok lah...Kepada sesiapa yang pergi menonton Metallica di Stadium Merdeka malam esok. Selamat mengamit memori silam. Aku tunggu review ajer la. Harap-harap lagu-lagu seperti dia atas akan dimainkan...Pada yang lainnya (termasuk aku yang tak mampu nak beli tiket pasal tiket murah dah sold out)...kita layan makan tempeyek sudah...heheh...

eleh...Metallica dah tua...bukannya best pun...(ayat kaver line...hahahaha)



15 comments:

  1. haha, ingat lagi aku kaset ni.

    dulu komtar tingkat dua ada dua ye kedai kaset, satu yang ada poster FOTD besar giler tu kan, kedai emak bandi amuk ke hapa eh? haha.
    Komtar..kenangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa ada 2 kedai...yg satu tu kecik...ni yang Bandi Amuk keje kat situ tu...betul2 ngandap escalator...Tak silap Climex Gedung Muzik ker apa ntah namanya...ntah beratus dah duit aku abis beli kaset kat kedai ni...memang port mat rock JB sama dengan B Sound Studio dan Kedai baju Rock Station tu...memang kenangan la...

      Delete
  2. "eleh...Metallica dah tua...bukannya best pun...(ayat kaver line...hahahaha)"

    kaver jgn tak kaver

    ReplyDelete
  3. Rasany mgkn diorang akan bawak Creeping Death dgn Seek n Destroy kot...

    ReplyDelete
  4. Kaset aku pun lesap..syg betul.phantom lord versi live yg dalam ep ni best

    ReplyDelete
  5. biar betul bro..jangan takda pulak sok malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tiket murah dah sold out...dan aku tak cukup tabah nak ngabiskan RM600++...

      Delete
  6. Seek and destroy. Yahyahyahyahyahyahyahgyah

    ReplyDelete
  7. Pergh, kaset pakcik memang rare lah pakcik..!

    ReplyDelete
  8. Aku tak study apa. 100% final aje. Takde carry mark. Mana yang tau nyanyila. Yang lupa harap orang sebelah boleh remindkan.

    ReplyDelete
  9. Ko patut kena study St Anger & Lulu....ni dua memang susah walau ada soklan bocor...heheh...

    ReplyDelete
  10. ya, gua ada kaset ni tapi tak pernah pakai pendant metallica tu. simpan baik2. tapi hilang mano ntah. hari tu ado! aduuuu...

    kenangan lama walau 20 tahun telah berlalu masih begegar kat kepala hotak!

    ReplyDelete
  11. 50-50, 70-30, 20-70, 60-40......X PERGI....SKARANG MENYESAL X SUDAH.
    JANGAN MIMPI LAGI METALLICA MAN KEMBALI

    ReplyDelete
  12. nasib baik aku pegi malaysia & singapore. ehehehe. masih agak berbisa mcm 1991

    ReplyDelete
  13. Saya membeli album Metallica ( and justise for all ) beserta Slayer ( South oh Heaven ) pada 1989

    ReplyDelete