Saturday, June 28, 2014

Menakluk Kosmos




Wings - Menakluk Kosmos (2014)

Dah lama tak rasa teruja untuk membeli album baru Wings. Album yang sebelumnya (Naga Kramat) pun dah beberapa tahun selepas itu baru dibelli. Promosi di Facebook terutamanya dari Sayap-Sayap Wings dan rakan-rakan blogger membuatkan rasa bersemangat. Walaupun agak lewat juga membelinya, tetapi perasaan ketika mengunboxingnya, (ada ker perkataan macam ni...dan macam lah box set sangat kan...hahaha..) rasa terujanya tu kalau album Wings ni kali terakhirnya sama perasaannya semasa album Teori Domino (1990).

Awalnya agak ragu-ragu. Terutamanya bila mendengar lagu-lagu slow yang dah dimuatnaik di youtube. "Bisa Yang Tertunda" tu lebih kepada macam lagu Awie solo bukannya Wings. Maaf, saya bukanlah peminat Awie. Saya suka Wings tapi saya kurang gemar dengan Awie. Lagu yang terlebih bunyian keyboard seperti "Bisa Yang Tertunda" memang buat saya rasa kurang berminat. Tetapi bila review dari rakan-rakan blogger majoritinya kata positif, saya sedikit bersemangat.

Selepas membeli dan mendengarnya. Ada yang best tapi ada juga yang tidak. Cerita yang tak best dulu....tapi sebagai peringatan...ini bukan review. Saya bukan orangnya yang layak. Tetapi sekadar pendangan dari seorang peminat rock yang mengikuti perkembangan mereka dari zaman Belenggu Irama.

1st impression tengok packagingnya kat kedai dah rasa kecewa. Kenapa bukan jewel case...kenapa mesti digipak. Dah lah sizenya tak standard. Macamana nak letak kat rak cd. Packaging jenis macam ni memang senang nak koyak. Hampeh betul!!!. Sampai hari ni masih tak tau nak selit kat celah mana bendalah ni.

Lagu-lagu slownya sedikit mengecewakan saya. Lebih kedengaran seperti Awie berbanding Wings. Banyak keyboards. Tiada lagi solo-solo mendayu trademark Joe macam dulu-dulu. Jangan salah faham. Bukan lagunya tak sedap. Melodinya sedap. Contohnya lagu "Ingatkan Dia", sekali dengan chorusnya dah melekat. Tapi dari susunan muziknya..tak rock. Mungkin hanya "Ingatkan Dia" yang berbunyi rock.


Tetapi yang lain-lainnya pada saya best. Produksinya pun bagus. Tip top!. Lagu-lagu heavy dan mid temponya memang menarik. Sedap!. Mungkin tak sesuailah kalau hendak dibandingkan dengan zaman album-album mereka di zaman 80an atau awal 90an. Perbadingan dengan era Mus seperti album Mencari Asal Usul atau Mr.Barbarik mungkin lebih tepat. Lagu "Adoney Dari Paran" mempunyai feel lagu-lagu heavy dari zaman tersebut.

Lagu-lagunya lebih kepada corak hard rock moden. Tetapi rif-rif dan sound gitar Joe masih mempunyai identiti yang serupa walaupun ada sedikit pengaruh Zakk Wylde terutamanya pada lagu "Menakluk Kosmos". Manakala lagu "Raja Segala Duri" ada bahagian-bahagiannya yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu progressif 70an. Saya juga bersetuju dengan saudara Takilala yang lagu "Komplikasi Pramaya" mempunyai intro yang mengingatkan kita kepada lagu Shadows of War dari Loudness.

Tak perlulah nak review setiap lagu. Pada saya lagu-lagu heavy dan mid-temponya memang tidak mengecewakan. Memang best. Jangan terpadaya dengan lagu-lagu perlahan mereka yang dimuatnaik di youtube. Lagu-lagu lainnya memang heavy. Memang keras. Senang cerita Wings telah kembali terbang ke angkasa dan Kosmos telah pun berjaya mereka takluki,

Terbaik!




7 comments:

  1. You hit the spot.

    This is a great opinion post. Aku suka.

    Anyway, aku selalu cakap, awie ni macam2 dalam internet, ni berapa hari ni memang ngah hangats lagi kat tenet, tapi bila dia sama ngan wings dia cam superman la pada aku, selain dari tu... well...



    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan...




    kenapa mesti digipak?

    ReplyDelete
  3. digipack salah satu penyebab aku lambat nak sambar cd ni, dan satu lagi aku dah dengar 4 lagu kat utube. rasa macam hmmmm je, lepas tu aku sedut masuk mp3, dah dgr berhari2 baru lah masuk sikit... tgk lah klu sampai giliran cd ni aku rembat... jangan tepengaruh ngan lagu kat utube yya.. makin semangat juga aku terus ni...

    ReplyDelete
  4. Tang packaging tu pun aku tak berapa bekenan gak.. Bila da masuk setahun dua mesti bucu nya kedut..
    Btw.. Review yg jujur..heheh

    ReplyDelete
  5. Setuju ngan ko sound kali ini lebih dekat dengan album mr barbarik.. Cuma lagu2 dalam album ini lebih "berwarna" yg mungkin agak sedikit janggal dari identiti wings yang biasa

    ReplyDelete
  6. aku pun tak berkenen digipek ni, lain la kalau special edition ke... err... korang buka posa karang makan lauk ape arr...?

    ReplyDelete
  7. aku suka heavy songs diorang kali ni.

    ReplyDelete