Monday, July 7, 2014

Condition Critical

Hari ni, genap 30 tahun dah usia album ini.


Quiet Riot - Condition Critical (1984)

Susah nak agak apa yang menyebabkan sesuatu album itu berjaya atau tidak. Mungkin segalanya terletak pada nasib. Quiet Riot telah melakukan tindakan pemasaran yang betul apabila mengeluarkan Condition Critical 9 bulan selepas Metal Health mencapai kedudukan no 1 di carta Billboard . Pertama kali dalam sejarah sebuah album heavy metal dapat no 1.

Sayangnya Condition Critical tidak berjaya mengulangi kejayaaan tersebut. Susah nak agak selera peminat. Ada yang tak suka bila sesuatu band itu berubah. Tetapi tidak berubah juga bukan satu jaminan untuk berjaya. Condition Critical bolehlah dikatakan sebagai salinan dari Metal Health. Memang tiada perubahan. Segalanya dari segi konsep dan muziknya memang sama. Malah mereka juga sekali lagi mengambil lagu Slade untuk dijadikan lagu cover. Kalau dulu "Cum on Feel the Noize"  kini "Mama Weer All Crazee Now" . Tetapi ntah di mana silapnya album ini gagal menandingi Metal Health.

Tak kisah lah jika ada yang kata ini glam, cheesy atau pop metal. Tetapi bagi saya yang membesar pada zaman itu, ini adalah heavy metal. Mereka bersama beberapa band yang lain pada ketika itu mengenalkan saya kepada terma "Heavy Metal". Dulu semua pun panggil rock. Iron Maiden pun rock. Zaman kegemilangan "hair metal" lah yang membawa heavy metal ke dunia mainstream. Kalau tak kerana mereka tidak mungkin saya akan terjebak ke muzik metal yang lebih ekstrim kemudiannya.


Walaupun ada yang menganggap ianya tidak sebagus Metal Health, tetapi oleh kerana ini adalah antara album yang  sering saya dengar ketika saya mula terjebak dengan heavy metal. Maka ianya membawa nilai sentimental kepada saya. Membawa saya kembali kepada kenangan zaman sekolah, Semua lagunya saya suka terutamanya "Sign of the Times","Mama Weer All Crazee Now, "Party All Night", "Condition Critical" dan lagu perlahan "Winners Take All".

Sayangnya selepas dari ini, klasik line-up Kevin DuBrow – Carlos Cavazo – Rudy Sarzo – Frankie Banali berpecah bermula dengan Rudy Sarzo yang menyertai Ozzy Osbourne. Saya kurang berminat dengan album-album mereka yang seterusnya. Pada saya inilah era Quiet Riot yang perlu diingati...bukannya era Randy Rhoads mahupun era selepas Kevin Dubrow.





3 comments:

  1. ha ah, Quiet Riot ni dua album ni gerek eh... Best eh. OK la nak dengar balik haha

    ReplyDelete
  2. dengar dari ftg saja lagu Metal Health

    ReplyDelete
  3. Album ni pun aku senang mencari..QR dua album ni je la yg aku aku..lain taktau..heheh

    ReplyDelete