Friday, June 5, 2015

Hunting High and Low

Oleh kerana agak sibuk dengan kerja di awal bulan, saya terlepas untuk meraikan sambutan ulangtahun album kegemaran ini....


a-ha - Hunting High and Low (1985)

Album ni dah pun 30 tahun usianya pada 1hb Jun yang lalu. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang mendengar lagu "Take On Me" di radio bersama-sama abang. Berebut-rebut cuba merakamnya bila ianya disiarkan di radio. Susah nak dapat yang sempurna. Asyiklah suara DJ menyampuk kalau tak diawal, menyampuk di akhir lagu. Hampeh! Sehinggalah abang berjaya membeli kaset "pirated"nya (RM3) di kedai kaset di Pekan Ulu Tiram.

Suka betul saya lagu tersebut. Apatah lagi bila dapat menonton video clipnya yang mengabungkan alam realiti dan kartun. Kreatif betul. Ianya adalah video clip kegemaran saya sepanjang zaman. Bahkan majoriti video clips mereka memang semuanya menarik.


Saya meninggalkan a-ha bila saya mula kemaruk dengan muzik metal dan rock. Tetapi album yang bagus terutamanya jika anda mempunyai banyak kenangan padanya tetap tidak akan dilupakan. Saya kembali mencari album ini dalam bentuk cd bila wujudnya zaman cd. Tambahan pula saya telah kehilangan versi kasetnya.

Walaupun saya sukakan lagu "Take On Me" tetapi lagu kegemaran saya dari album ini adalah "The Sun Always Shines on T.V."  Tajuknya sahaja sudah cukup untuk menarik minat apatah lagi bila mendengar. Dan pastikan juga anda menonton video clipnya. Ianya kesinambungan dari video clip "Take On Me". Seperti yang saya katakan awal tadi, video clip mereka memang semuanya menarik.


Selain itu lagu yang menjadi title track, "Hunting High and Low" pun sedap. "Train of Thought" pun ok tetapi bila time feeling emo mungkin boleh layan balada pendek tak sampai 2 minit, "And You Tell Me".

Mungkin kalau ada rezeki cuba-cuba juga untuk mencari versi piring hitam.

Ini bukan rock ataupun metal...tetapi sangat sedap. Rekomended!



5 comments:

  1. A-HA ni kan yg video kartun dia tu kira yg pertama dlm sejarah video klip menggunakan animasi.lepas tu baru Dire Straits tiru ek?penah tengok vid klip dia kat rancangan "playback 84" dulu.

    ReplyDelete
  2. aha aha aha,,, senang ja nama band ni, jap lagi nak dgr kat utube. haha

    ReplyDelete
  3. I think July or september, deluxe edition remastered bentuk vinyl akan keluar. Sooner or later tentu boxset cd pulak kot

    ReplyDelete