Monday, August 15, 2016

World Gone Made

Yang menyambut ulangtahun ke 30...



CJSS - World Gone Mad (1986)

Semenjak dah ada kembali pemain kaset, dapatlah semula mendengar kaset-kaset lama. Antara yang rasanya dah lebih dari 20 tahun tak dengar adalah kaset ini. Lagu lagunya pun dah lupa macamana.

Kali pertama mendengarnya mungkin dalam tahun 1987 atau 1988. Yang membuatkan tertarik untuk mendengarnya pada ketika itu adalah kerana gitarisnya yang bernama David T. Chastain.

Nama beliau tercatat dalam senarai antara gitaris gitaris hebat yang disiarkan dalam majalah URTV (jangan tak percaya). Beliau memang shredder hebat. Sayangnya nama beliau kurang dikenali pada zaman sekarang.

CJSS adalah huruf awal nama anggota kumpulan mereka. Muzik mereka adalah heavy/speed metal yang mempunyai pengaruh Judas Priest.  Mungkin orang sekarang lebih gemar mengelarkannya sebagai muzik tradisional heavy metal. Muzik sebegini sememangnya menjadi kegemaran saya.


Mendengarnya semula mengingatkan betapa dulunya lagu lagu seperti World Gone Made, Hell On Earth, Run To Another Day dan beberapa buah lagi sememagnya santapan halwa telinga saya. Cuba juga mencari cdnya tetapi boleh tahan mahal juga harganya.

Jika anda pengemar muzik heavy metal 80an, ianya mungkin kena dengan selera anda. Dan jika anda sukakannya mungkin anda patut cuba juga dengar Chastain. Kumpulan yang ditubuhkan oleh David T. Chastain selepas CJSS.





8 comments:

  1. Brader teromber beli cd gersang cdr tu katne boleh pm..gua nak cuba try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...kontek aku kat email ni....thrashead@gmail.com

      Delete
  2. tak pernah layan David T.Chastain solo dan gitaris utk grup2 lain juga...mungkin sbb tak glamor kat M'sia kot...

    ReplyDelete
  3. ok kalau band chastain aku pernah dengar

    ReplyDelete
  4. Ini betul punya rare kaset ni.jgn kata cd cjss ni,cd band chastain pun susah nak jumpa.aku survey kat amcorp pun tak penah jumpa.chastain pun kenal dlm majalah gila2 kartunis Li kot tak silap aku yg suka lukis logo2 band heavy metal 80an ni

    ReplyDelete
  5. CJSS ni masih wujud lagi ke Band ini?

    ReplyDelete