Thursday, April 13, 2017

Prime Domestic

Tak pergi ke showcase...tapi dapat ole-ole dari sahabat yang pergi ke sana...


Prime Domestic - Cd single (2017)

Nak baca ulasan tentang showcase mereka sila klik blog Deaf >SINI<

Ini pengenalan mereka kepada dunia. Diterbitkan sendiri oleh Jo Branko. Ada 3 lagu, dua ciptaan Jo dan 1 ciptaan beliau bersama Hillary Ang. Satu rancak, satu mid tempo dan satu lagu perlahan. Produksi dan sound pun sedap. Bagus!

Kalau ikut selera telinga tuan tanah, 2 lagu yang jadi pilihan adalah "Tekno Dewata" dan "Sedingin Pluto". Yang perlahan, "Satukan Impian" agak kurang berkenan. Biasa biasa sahaja. Kurang melekat melodinya.


Tak ada apa nak komplen sangat. Ini cuma pengenalan. Tunggulah nanti album penuhnya. Cuma ada satu perkara nak sentuh...

Saya kurang ambil tahu perihal Aweera sebelum ini. Tak pasti bagaimana cara vokalnya. Cumanya sedikit menganggu apabila lengok beliau seolah-olah terikut-ikut gaya Awie. Harapnya beliau ada cara yang tersendiri...

Apa-apa pun ini permulaan yang bagus. Tak sabar nak tunggu album penuh. Support!


**thaks Deaf...semoga bertambah2 lagi rezekinya...



6 comments:

  1. Packaging nampak menarik.kalo masuk kt victoria aku nak beli la satu.
    Lp belenggus dah keluar.dah oder ke lum?heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jual kat kedai kot...cuma secara on-line...kalau nak contact Zan (clashead@gmail.com)

      Belenggu dan Rintangan Hidup Dunia tengah tunggu posto sampai...

      Delete
  2. aku dengar kat youtube lagunya, sedap juga. cantik cover albumnya sekali pandang terus melekat.

    ReplyDelete
  3. serius, aku blur kejap memikirkan siapa jo branko tu, rupa2nya hahaha... nampak sangat aku ketinggalan kapal

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu cuma pemain gitar Wings (Awie kata la..) so bila dah keluar kena la pakai nama lain...hahaha...

      Delete
  4. Baru layan kat youtube, bolehlah order nanti..aku dulu layan One in a Million sbb ada Aweera, suara memang tinggi..

    ReplyDelete