Saturday, October 28, 2017

Legendary Tales

Yanga menyambut ulangtahun ke 20 pada 27hb Oktober...


Rhapsody - Legendary Tales (1997)

Rhapsody adalah antara band yang membuatkan saya terjebak kembali mendengar metal selepas konon-kononnya pencen selepas bergelar suami dan ayah. Metal bukanlah satu kerjaya, mana mungkin adanya pencen. Kecuali minat dan passion kepadanya menjadi pudar.


Album Rhapsody - Dawn Of Victory (2000) adalah pembuka jalan untuk saya terjebak dengan genre yang di panggil sebagai symphonic power metal. Agak lambat juga sebenarnya. Dari situ saya mula mendengar band seperti Blind Guardian, Edguy , Sonata Arctica, Stratovarius dan lain-lain yang seangkatan dengannya.


Dan dalam masa yang sama mencari juga album-album lain dari Rhapsody. Kebetulannya pada ketika itu (tahun 2000) mungkin juga genre sebegini memang sedang popular di Malaysia. Banyak pula kaset-kaset genre sebegini di jual di pasaran. Kebanyakannya adalah keluaran dari Jamback Records yang beralamat di Shah Alam. Tak pasti pula adakah ianya pirate atau under licensed. Ianya mengingatkan kembali zaman kegemilangan kaset pirate Apache di tahun 80an.


Mendengar Legendary Tales menguatkan lagi minat saya pada Rhapsody. Agak menarik bila music klasikal digabungkan dengan muzik melodic metal.

Di kala dunia metal mainstream pada ketika tengah sibuk dengan genre nu metal dan anti gitar heronya, (yang saya tak berminat) muzik sebegini benar-benar mengembalikan semangat hingga menyebabkan saya terjebak kembali mendengar dan membeli muzik metal.



5 comments:

  1. Tahun 97 mmg tahun hambar untuk muzik metal.tak penah dgr lagi band ni nanti aku cekidot kt utube

    ReplyDelete
  2. agak takut untuk mendengar band2 power/speed/symphonic metal yang lain... takut terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat power/speed/symphonic metal...memang rugi la kalau tak dengar Rhapsody...

      Delete
  3. sama la, memula dgr symphonic power metal ni dr album dawn of victory, pstu dgr tribute to helloween, bnyk plak band power metal best2

    ReplyDelete
  4. i think pernah tengok kat youtube, tapi tak tinggalkan impak

    ReplyDelete