Wednesday, November 15, 2017

Hakikat

Lagi yang terkini di pasaran


MAY - Hakikat (Limited Edition Gold Disc - 2017)

Tu hari masa Rahsia keluar versi gold disc, tak rasa nak beli pun. Tak terduit nak dah nak beli semua. Tambahan pula cd reissue versi biasa tu pun soundnya dah ok dah.

Tetapi yang ini memang ada rasa nak beli. Sound lebih baik dari versi reissue biasa. Tetapi tak ada beza sangat pun dengan versi special edition. Mungkin ianya menggunakan sumber yang sama.


Gold Disc 2017 vs Reissue 2016 vs Special Edition 2003

Nak kata minat sangat pun….tak juga. Tapi banyak lagu klasik MAY dalam ni. Ini adalah antara album-album terakhir rock melayu yang di beli sebelum selera muzik saya berubah. Tetapi ianya ada kenangan tersendiri.


Kasetnya dulu dibeli masa zaman kerja kilang. Kilang membuat kuih bulan cina di Taman Johor Jaya. Waktu itu sedang menunggu result SPM. Kerja shift. Masuk pukul 2 petang. Sebelum pergi, sempat lah menyinggah kedai kaset. Beli siap dapat poster. Masuk kilang semua member, abang, kakak, makcik dan pakcik kat kilang tegur poster apa. Bukak...gulung...bukak...gulung...abis shift pukul 11 malam, poster pun lunyai....haha...


Sayangnya kaset tu dah hilang ntah kemana. Boleh sahaja kalau hendak di ganti. Bersama-sama versi gold disc ini ada juga dikeluarkan semula versi kaset. Tetapi macam yang dah dikatakan awal tadi...tak terduit dah nak beli kesemuanya....

Tapi kalaulah akan datang dikeluarkan dalam bentuk lp...hmmm...mungkin akan terjebak juga nanti...







9 comments:

  1. serius, aku punya versi reissue 2016 pun masih belum buka plastik sebab lepas beli baru ingat dah ada versi 2003, kah kah kah... gold? tak payah lah~

    ReplyDelete
  2. buat perabih duit jer laa bro.. beli satu dah laa.. takyah riak CDwi hehehehehe.. jangan marah wehh

    ReplyDelete
  3. Dah ada yg reissue 2016 malas dah nak beli yg versi gold ni.cuma harap sangat album strategi tu keluar balik dengan sound yg sedap

    ReplyDelete
  4. Best best best. Lawak cerita pasal poster tu...

    ReplyDelete
  5. Kalau sama dengan 2003 tu nampaknya boleh skiplah..BOTB 1 yg gold tu 99% dari yg double cd sebelum nie, aku compare spectogram dgn dynamic range

    ReplyDelete
  6. Salam brader, daerah JB yang dekat ngan SG ada kdai cd original tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling dekat kat terminal bas larkin...selain tu boleh try Cdkarat kat pusat bandar pasir gudang

      Delete